Friday, December 31, 2010

Tahun Baru, Azam Baru??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Tahun 2010 kian berlabuh.. hanya tinggal beberapa jam saja lagi.. Tahun 2011 bakal bertamu.. Semoga lebih baik..



Tahun 2010..
Rasanya dah bermacam- macam perkara yang berlaku..
Ujian dari Allah yang silih berganti..
Nikmat dari Allah yang tidak terhitung..
Segalanya bukan sia2.. pasti ada hikmah dari-Nya buat kita..

Banyak yang saya belajar.. Banyak lagi benda yang saya xtahu..
Bila direnung sejenak, ujian dari Allah yang datang silih berganti lebih kurang sama bentuknya membuktikan bahawa diri ini tidak tertingkat.. Nikmat dari Allah yang datang tidak terhitung membuktikan bahawa diri ini masih diberi kesempatan waktu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Segala puji selayaknya hanya bagi Allah..

Tahun 2011..
Bila tahun baru, mesti sebut pasal azam baru kan..?
Bagi saya, setiap hari kena ada azam baru.. Setiap pagi mesti kena mulakan dengan niat yang baru.. Baru la hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.. Esok akan jadi lebih baik dari hari ini.. Insha Allah.. :)

Hati ini, mudah berbolak balik.. sebab tu kena selalu doa agar Allah tetapkan hati dengan Iman dan Islam, dan agar sentiasa bersama gerabak dakwah dan tarbiyah Rasul saw.. Kena selalu minta dengan Allah.. tapi kena la penuhi hak Allah juga.. Jagalah Allah (tunaikan hak Allah), nescaya Allah akan menjagamu.. Insha Allah..

Saya d0akan, semoga kita sama- sama terus istiqamah, terus berjuang, terus bertahan, terus menerus meneruskan langkahan walau sesukar dan sesulit mana sekalipun.. Ingatlah.. Allah pasti sentiasa bersama kita andai kita sentiasa ingat dan menjaga hubungan kita dengan Allah.. Semoga besok menjadi lebih baik.. ameen..

Hanya post pendek buat hari ini.. Maaf atas kekasaran bahasa, maaf atas segala kekurangan saya.. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 yang sentiasa memberikan sokongan dan peringatan.. Semoga Allah redha dan berkati hidup kita.. Ameen..

wassalam..

Tuesday, December 21, 2010

Buatmu Faranaqwiyah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Istimewa buatmu sahabatku..
Faranaqwiyah..

Pertamanya, jutaan terima kasih buatmu sahabatku atas segala2nya..
Ana sangat bersyukur Allah temukan kita, menyatukan kita bersama gerabak dakwah dan tarbiyah Rasul saw.. Alhamdulillah..semoga sama2 terus thabat di jalan ini..Ameen..

Ana juga ingin memohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap ana, kekurangan ana, khilaf ana pada nti..ana sedar, banyak silap yang telah ana buat.. maaf..maaf..maaf..

Coretan ini ku nukilkan buatmu..
Sekadar luahan rasa hatiku padamu..
semoga sama2 kita terus berpegang teguh dengan Deenul Islam nan satu..
agar selamat dari tipu daya syaitan dan nafsu yang menipu..

semoga sama2 beroleh manfaat..



Mengenalimu sahabatku, satu anugerah yang besar buatku..
Jazakillahukhairan..
Atas nasihatmu, dorongan semangatmu, teguranmu, setiamu, tawa dan tangismu..
Segalanya sangat daku hargai..

Ketahuilah sahabatku..
dunia luar yang bakal dikau tempuhi tidak kan sama dengan dunia yang pernah kita sama2 lalui sebelum ini..
di sana, dikau bakal menemui pelbagai ragam dan gelagat manusia.. yang akan membuatkan dirimu makin mengenali dunia..
Namun, nasihatku, usah ragu, usah gentar.. Allah pasti akan sentiasa bersamamu selagi kita sentiasa terikat denganNya..

Carilah sahabat2 kita.. yang boleh sama2 saling menguatkan di saat leka dan alpa..
Carilah sahabat2 kita.. yang boleh menenangkan di saat tertekan dengan arus dunia..
Carilah sahabat2 kita.. yang bisa menguatkan di saat rasa tidak kuat menghadapi dugaan dariNya..
Namun, jangan di lupa.. usaha dirimu sendiri untuk terus kuat..dengan Allah..
itu yang utama..
kerna,
bukan kerana adanya murabbi kita ada kekuatan..
bukan kerana adanya sahabat kita ada kekuatan..
bukan kerana adanya biah kita ada kekuatan..
kekuatan itu hanya dari Allah ukhti..
La haula wala quwwata illa billah..
biah, murabbi, qudwah...itu hanyalah situasi yang boleh membantumu..
namun, yang utama adalah hubunganmu dengan Allah itu sendiri..
kuat hatimu denganNya, Insha Allah kukuhlah peganganmu terhadap deenNya..
Insha Allah..

Jangan dilupa juga sahabatku..
Di sana masih ada ramai hati2 yang berhajatkan cahaya Islam..
pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang..
Kita adalah penyeru, bukan penghukum..
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja..
Elakkan dari judge hanya dengan pandangan pertama.. kerana itu bakal menghalangmu dari mengenalinya dengan lebih baik.. mungkin dikau akan kerugian permata2 berharga..
permata2 yang telah diselaputi dengan lumpur, maka tugasmu adalah untuk kembali menggilap permata itu agar bersinar dan berharga di sisi Penciptanya..

Ingatlah sahabatku..
Setiap dugaan dan cabaran yang bakal dikau tempuhi, lihatlah dari sudut yang positif.. kerna Allah pasti tidak akan pernah menzalimimu.. setiap ujian itu pasti sesuai dengan kemampuan dan kudratmu..
Jika rasa xmampu, fikirkan kembali.. apakah usahamu untuk memampukan dirimu?
sejauh mana kekuatan yang telah dikau bina untuk menghadapi dugaanNya? sebanyak mana persiapan yang telah dikau siapkan sebagai bekal menangkis segala ujian dan mehnah dunia..? Itu yang perlu direnung dan difikirkan..



Lantas, marilah kita sama2 persiapkan diri..
Untuk menjadi yang terbaik..
di sisi Allah swt..
Sebagai bekal yang kita boleh bawa sewaktu bertemuNya nanti..
Insha Allah..
saling mendoakan sahabatku..

Semoga dirimu dan diriku terus tabah dan teguh di sana..
Teruskan usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..
itu tugas kita hingga ke akhir hayat..Insha Allah..
kerana ummat itu, memerlukan bantuan dari kita..
Insha Allah..
moga Allah tetapkan hati kita atas jalan dakwah dan tarbiyah ini..
moga sama2 terus istiqamah..
teruskan mujahadah..
teruskan proses tarbiyah dan tazkiyah..
semoga Allah redha..

mohon maaf atas kekurangan dan kecatatan..
mohon dihalalkan segalanya..
moga kita kan ketemu lagi..
ingatkan ana di saat ana lupa, leka..
sama2 saling terus mend0akan..

uhibbuki lillah fillah jiddan jiddan..
moga Allah temukan kita di JannahNya..ameen..

salam mujahadah penuh rindu..

wassalam..

sahabatmu,
wardah syuhada'

Thursday, December 16, 2010

usirlah kesedihan itu.. usaplah air mata itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa kaku jemari ini..
Macam2 berlegar2 di fikiran saat ini..
Namun, saya gagahkan juga untuk mencoret sesuatu buat muhasabah diri..
Yang terasa makin hanyut dan jauh dengan arus duniawi..
Allah.....

Saya sedar, saya yakin..Allah tahu yang terbaik buat saya..
Ayat yang selalu saya ulang dan ulang dan ulang..
Cuba untuk positif dan yakin pada Allah dengan sepenuh keyakinan..
Cuba untuk mencari kekuatan di sebalik Kalam Ilahi..
Cuba untuk meredah dan menongkah arus duniawi..

Saya masih ingat..
Seorang murabbi saya pernah beri saya satu anologi..
Kita sebagai daie ini, ibarat berjalan dengan melawan arus..
Contohnya;
*kita sedang naik tangga dalam masa yang sama semua orang sedang turun tangga.. Pastinya situasi itu sulit buat kita yang sedang naik kan.. sebab orang lain semuanya sedang turun tangga..kita seorang saja yang nak naik..

Namun, adakalanya, saya merasakan langkahan kaki ini terasa sulit..
Sulit tanpa murabbi, sulit tanpa sahabat2 dakwah..
Sulit tanpa bimbingan dan peringatan berguna..
Yang sentiasa ingatkan saya di saat lupa..
Yang sentiasa perbetulkan saya di saat saya silap..
Yang sentiasa menegur saya di saat saya leka..
Yang sentiasa menjadi tempat luahan hati saya di saat hati tidak lagi mampu memendam rasa..

Tapi...
sampai bila saya harus merintih membiarkan diri terus diulit kesedihan..
sampai bila saya perlu menangisi suatu kehilangan..
sampai bila...?
Ketiadaan biah itu...
Bukan bermakna saya perlu terus lemah..
Bukan bermakna saya harus hilang arah..
Bukan bermakna saya perlu tunduk menyerah..!

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya...
Jadi, saat ini, yang terbaik buat saya adalah..
Meneruskan perjuangan dengan situasi dan keadaan yang Allah tetapkan bagi saya..
Allah tarik seketika nikmat bersama sahabat2, tapi Allah berikan saya 'saudara2' yang mewarnai hidup saya di sini..
Allah tarik seketika peluang sentiasa bersama murabbi, tapi Allah beri saya peluang menjadi 'murabbi'..

Lihatlah segala yang hadir dalam hidup ini dengan pandangan positif..
Lihatlah sesuatu itu dengan kaca mata Iman dan Islam..
Insha Allah, saya yakin..segalanya pasti adalah yang terbaik buat kita..:)



Allah beri saya peluang, untuk melaksanakan kerja2 ma'aruf..
Bukan hanya melalui satu medan.. Bahkan tiga..!
Jadi, ini adalah peluang yang Allah beri pada saya..
Dan saya tidak harus siakan.. hanya kerana saya sendirian di sini..
Saya perlu teruskan juga langkahan kaki ini..

Berhenti seketika untuk menyemak kembali hati..
Itu tidak salah..
Tetapi, jangan biarkan rasa hati itu, terus membelenggu diri..
Sehingga kita merasakan sudah tidak bermotivasi untuk meneruskan perjuangan..
Walhal, masih banyak peluang yang terbuka luas buat kita..
Jalan keluar bagi sesuatu masalah itu bukan hanya satu..
Jadi, jika jalan yang pertama buntu, gunakan jalan kedua..
Jika buntu juga, gunakan jalan ketiga..dan seterusnya..
Sehingga kita temui jalan keluar yang terbaik bagi setiap permasalahan kita..
Apa yang penting, kita harus sentiasa ingat..
Allah sentiasa bersama kita.. Selagi kita sentiasa 'terikat' dengan-Nya..

Bila muhasabah kembali, saya rasa, ini adalah akibat daripada ikatan saya dengan Allah tidak kukuh.. Ikatan saya dengan Allah tidak padu.. Ikatan itu longgar.. Sebab itu saya rasa lemah dan goyah..

Tiada gunanya kita terus memilih untuk terus menerus dengan rasa lemah itu..
Kerna detik kehidupan akan terus berjalan tanpa menghiraukan kita..
Kita yang akan rugi jika detik2 yang masih diberi ini, kita sia2 kan dengan melayan rasa lemah itu..



Saya kongsikan mesej2 yang saya terima dari sahabat2 saya.. Yang menjadi salah satu jalan untuk saya kembali membakar semangat..

* "Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,
namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan.
Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabithah hati"

* "Apabila kita merasakan diri xlayak bergelar seorang pendakwah,
sama ertinya kita xlayak hidup di bumi Allah.
Bila kita berhenti berdakwah hanya kerana kekurangan diri,
maka ketawa gembira iblis kerana tewasnya anak Adam pada bisikan mereka.
Dakwah itu bukan sekadar mengajak kebaikan,
tapi dakwah satu penghijrahan.
Jalan dakwah tidak dihiasi dengan keseronokan, tapi penuh duri.
Tapi, dakwah x beerti kesengsaraan, kerana dunia hanya pinjaman.
Rasa sengsara, hidup dalam diri yang cintakan dunia melebihi cintanya kepada Pencipta..."

* Hadiah untukmu:
"Jika sendiri janganlah merasa sendiri, ada Allah yang sedang mengawasi.
Jika sedih janganlah dipendam di hati, ada Allah tempat berbagi.
Jika susah jangan menjadi pilu, ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan putus asa, ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia jangan menjadi lupa, ada Allah tempat memuji dan memuja.
Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah menjagamu.."

* "Belajar atas dorongan Iman, Insha Allah akan belajar bersungguh2.
Mengajak ke arah kebaikan atas dasar Iman, Insha Allah ketabahan dan kecekalan akan mengiringi.
Bina, jaga dan tingkatkan KEIMANAN pada-Nya, Insha Allah akan menjamin kehidupan dunia dan akhirat..
Salam mujahadah sayangku lillah.."

Jazakumullahukhairan sahabat2ku..
Semoga Allah meredhai setiap detik hidupku dan hidupmu..
Semoga kita sentiasa dalam pimpinan Allah dalam menelusuri kehidupan ini..
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu..
Ameen..

Wallahu'alam..

Tuesday, December 7, 2010

Bila kita buat maksiat, apa akibatnya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Maksiat lawannya taat. Bagi setiap insan, kedua2 hal ini, hanya Allah swt yang tahu. Dan pastinya, setiap kesan dari kedua hal ini ada dan berbeza. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya. Ketaatan kepada Allah memberikan kemanisan bagi Mukmin itu. Maksiat pula memberi suatu kelazatan bagi mereka yang engkar itu. Sesungguhnya, maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan dunia dan akhirat.

Mari kita lihat... apa kesan bila kita buat maksiat..

1. Tidak mendapat ilmu

Kenapa bila buat maksiat ni tak dapat ilmu?
Ye ke?

Ilmu ini anugerah Allah.. Ilmu adalah sinar yang Allah letakkan dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut.. Ilmu adalah cahaya.. dan cahaya ini tidak akan memasuki pintu2 hati yang gelap dan ada maksiat. Sebab tu, kita kena bersihkan dan sucikan dulu hati dari maksiat, baru ilmu boleh masuk..

Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengannya:
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar di hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."

2. Tidak mendapatkan rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat."

Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah itu mendatangkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa itu mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan kesepian di hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterikatan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia dan seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih2 lagi dari orang yang sebelum ini baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang2 tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarga dan anak2nya, dan ini akan menambahkan lagi kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Gelap dalam hati seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah Ibn Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadapnya.
Adapun pada perbuatan buruk itu terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan

Orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan orang2 Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang2 Mukmin dengan kekuatan hati yang kuatnya iman kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan2 kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

8. Mengurangi umur dan menghakis barakah

Sebahagian ulama' mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu2 hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu2 umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari2 hidupnya yang hakiki. Sehingga akhirnya orang itu akan berkata:
"Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini." [Al-Fajr:24]

*Rujukan :Ibn Qayyim,"Terapi Penyakit Hati"
-Siri 2-Ke Arah Penghayatan Islam-


Setelah melihat dan meneliti kesan2 maksiat, marilah kita sama2 kembali koreksi diri. Bertepatan dengan Maal Hijrah ini, marilah kita sama2 berusahan untuk menjadikan Tahun Baru Hijrah ini, LEBIH lebih LEBIH baik dari tahun2 lalu.. Sudah banyak azam dicipta, sudah banyak azam ditempa.. Namun sejauh mana impian itu terlaksana...?



Cukup2 lah dengan apa yang telah kita perbuat dulu.. Marilah kita memilih jalan keimanan sebagai jalan hidup kita.. Tiada ruginya.. Malah mendapat keberuntungan pula.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yang lalu, kini dan akan datang. Ameen..
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu. Ameen..

Salam mujahadah, Salam Maal Hijrah, Salam Perjuangan, Salam Pengorbanan...

Tuesday, November 30, 2010

memperbaharui iman yang usang



Kelusuhan dalam hati menjadikan kita tak bermotivasi dalam melaksanakan dan meningkatkan amal kebaikan. Jika hal ini terjadi, m0honlah kepada Allah, agar dikurniakan hati yang tunduk dan patuh hanya pada-Nya..

Ayuh! Kita muhasabah kembali..mengapa hal ini terjadi...
Sebab hati lusuh, iman usang:

1. Meninggalkan tilawah Al- Quran
*hati yang meninggalkan tilawah Al- Quran menjadikan hati tidak kukuh dan mudah goyah
*mengurangkan kebaikan yang Allah nak bagi
*tanda kita banyak lupa pada Allah sebenarnya

2. Jarang berzikir dan suka bermalas- malasan (dalam menunaikan ibadah)
*boleh mengakibatkan kemunafiqan bila tidak segera mengatasi kemalasan.
*"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka(Allah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani spt melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.." [An-Nisa':142]

3. Sibuk dengan urusan duniawi
*hati hanya fokus pada urusan dunia
*sepatutnya kita bekerja untuk menambah keimanan

4. Mencintai isteri/ suami & anak2 yang berlebihan
*sehingga mengakibatkan rasa berat untuk melaksanakan ibadah & kewajipan dakwah
*anak akan wujud sifat kikir, pengecut & mudah bersedih (fitrah yang tidak dikawal akan menjadi fitnah)

Indikasi usangnya iman di hati (tanda/ ukuran)

1. Bermalas- malasan dalam menunaikan amal kewajipan
*amal tidak memberi kesan kepada hati

2. Meninggalkan amalan sunat dengan alasan tidak ada hisab ke atas amalan sunat
*cth:sunat rawatib, sunat tahajud

3. Meninggalkan bacaan Quran kecuali di majlis tahlil dan seangkatan dengannya
*baca sekadar keluar suara tapi tak tembusi hati

4. Sangat jarang berzikir dan berd0a kepada Allah swt
*hati lupa pada Allah

5. Melihat pelbagai urusan dunia dari sudut pandang berdosa atau tidak berdosa untuk melakukannya.
*buat perkara makhruh & syubhah sedangkan perkara syubhah itu mendorong untuk terjerumus dalam perkara yang haram

6. Banyak melakukan hal yang sia2

7. Lemah tanggungjawab keagamaan dalam jiwa sehingga tidak melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar

8. Tingginya cita2 duniawi dalam diri
*hanya fikir nak dapat apa yang seronok bagi nafsu sahaja

9. Munculnya sifat egois
*lebih mementingkan diri sendiri sehingga lemahnya ukhwah

*Perkongsian hQ- Januari 2010

Thursday, November 25, 2010

Nasihat Ibn Taimiyah..


Akhi Da'iyah,
Jangan jadikan hatimu mudah dihanyutkan syubhat,
seperti bunga karang di tepi laut yang kian ternoda tatkala diterpa gelombang air.
Jadilah bak cermin yang tetap kukuh.
Berbagai isu dan tuduhan hanya lalut di hadapannya,
dan tidak menetap padanya.
Cermin menolak semua itu dengan kekukuhannya.
Bila tidak demikian,
bila hatimu menghirup semua syubhat yang melaluinya,
nescaya ia akan menjadi sarang segala tuduhan dan isu yang tak jelas.

Ketahuilah, di antara kaedah syariat dan hikmah menyebutkan,
bahawa siapa yang banyak dan besar kebaikannya,
dan telah menanam pengaruh nyata di dalam Islam,
mungkin saja melakukan kekeliruan yang boleh jadi tidak dilakukan orang selainnya.
Orang seperti itu dapat dimaafkan.
Maaf yang tidak diberikan pada selainnya.
Sesungguhnya kemaksiatan itu adalah kotoran,
dan air bila mencapai dua kolah,
tidak membawa kekotoran.

[Nasihat Ibn Taimiyah kepada muridnya, Ibn Qayyim]

Wednesday, November 24, 2010

semua orang buat silap kan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

"Setiap anak Adam itu berdosa. Sebaik- baik orang yang berdosa itu adalah orang yang bertaubat.." [Al- Hadith]



Siapa yang xbuat salah? Semua orang buat salah kan.. Sama ada yang kita sedari ataupun x.. Benar, nak berubah tu, bukan la satu benda yang mudah.. saya juga mengalami saat dan detik itu.. Masa tu saya masih di bangku sekolah.. Bila nak berubah ni, pastinya yang akan turut terkesan adalah teman2 sekeliling.. betul x..? ye la..tiba2 jadi baik -baik sikit la dari sebelumnya kan-, adakalanya kawan2 sekepala pun susah dan ambil masa nak terima kan... Di pendekkan cerita, Allah izin, beberapa tahun lepas tu baru saya tahu dari seorang teman saya, pelbagai cerita dan pandangan kawan2 terhadap saya..! Betapa Allah tahu ketidakmampuan saya untuk menerima dan mendengar cerita2 -ve itu..! Bila saya fikir balik, mungkin Allah tahu saya xmampu nak hadapi dan terus dalam perubahan +ve bila saya kena hadapi semua tu kan.... Allah.. lemahnya saya....T_T

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan di sini..
Kisah ni berlaku masa saya masih sekolah juga.. Saya sedar saya silap.. Dan saya d0a sangat semoga saya xulang lagi buat perkara yang sama.... Kesilapan dalam berdakwah.. kesilapan dalam mengajak teman2 seperjuangan.. cara saya yang salah.....
Masa tu, yang saya fikir adalah untuk cegah mungkar.. tapi saya xfikir kesan jangka panjang.. sama ada cara saya itu membawa kepada ma'ruf ataupun tidak..

Seorang murabbi saya pernah pesan.."Kita nak ajak kepada ma'ruf (kebaikan) ni, kena pastikan cara kita, kaedah kita, akhirnya akan membawa kepada ma'ruf juga.."

Jika tidak, diam itu adalah lebih baik.. Tapi, diam bukan bermakna terus membiarkan kemungkaran itu berlaku.. Cuma mungkin itu bukan saat untuk kita tegur dulu.. Kita boleh guna cara lain yang lebih baik.. Bergantung pada keadaan dan situasi.. Contohnya:
*tunjuk Qudwah (contoh) yang baik
*menangi hati orang yang paling berpengaruh dalam kumpulan tu, bila dah rapat dan rasa oleh tegur, baru tegur dengan cara yang baik..
*boleh juga minta orang yang rapat dengan mereka/ orang yang mereka hormat untuk menegur
*tegur secara umum di kalangan umum/ semua orang
-dan macam2 lagi cara yang difikirkan terbaik dan sesuai, selagi xlanggar syara'..:)

tiada niat saya nak burukkan sesiapa..cuma yang saya nak tekankan di sini adalah, adakalanya, kita kena fikirkan dan teliti cara dan kaedah kita dalam mengajak insan lain kepada Allah.. Sebab kesilapan tu, sedikit sebanyak akan memberi kesan pada kehidupan kita, kehidupan orang lain.. Tapi, seandainya kita dah buat silap, jangan terus mengalah.. Jangan terus- terusan hidup dalam bersalah itu.. Yang penting, usaha untuk perbaiki diri dan bertaubat, m0hon ampun pada Allah swt.. Kena banyak d0a supaya Allah tunjukkan jalan terbaik dalam berdakwah..

Kesilapan dalam berdakwah, dalam mengajak insan lain kepada Allah tu, anggaplah ia sebagai satu pengajaran, satu tunjuk ajar dari Allah swt.. supaya untuk masa akan datang, dengan sesiapa saja yang lain, kita xbuat kesilapan yang sama.. kita berfikir dulu sebelum bertindak.. fikir jangka panjang......

"Perbaiki dirimu, dan seru/ ajaklah orang lain" [Sheikh Mustafa Masyhur]

Macam mana ya nak dapat kekuatan untuk berubah...?



Ya... itulah jawapan yang paling tepat..Bukan satu perkara yang mudah kan... Tapi ingatlah diriku, dan sahabat2 sekalian, kekuatan itu hanyalah milik Allah.. jadi, kita kena pohon daripada-Nya..! M0honlah dengan sepenuh hati, sepenuh kesungguhan.. Bukan dengan main2 dan tiada keseriusan.. Melalui solat dan sabar..!

Oleh itu duhai diriku dan sahabat2ku sekalian..
Marilah kita sama2 perbaiki dan tingkatkan diri kita.. Marilah kita mulakan dengan detik ini.. Mulakan dengan niat yang betul dan benar.. Agar jalan yang kita bakal lalui ini, terus2an mendapat redha Allah swt.. Insha Allah..



Yang paling penting adalah usaha...!
Perbetul niat dan pastikan tidak langgar syara'..!



Andai terlintas untuk berubah menuju kebaikan dalam hatimu, turutilah seruan itu, kerna itu adalah lintasan daripada Allah.. mungkin tidak akan berulang banyak kali..!
Teruskan usahamu.. Teruskan mujahadahmu.. Semoga Allah menilai dan mengambil kira segala usahamu itu sebagai amal soleh di sisi-Nya...! Ameen..

Wallahua'lam..

Monday, November 22, 2010

ukhuwah itu indah..



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

Pesonanya ukhwah fillah!
Bila berjauhan, pasti merindu..
Bila dekat, pasti bertambah erat..
Bila tersalah, pasti ada yang membetulkan..
Bila beramal, pasti lebih bersemangat..
Bila sedih, pasti ada yang menghiburkan..
Bila terlalu gembira, pasti ada yang mengingatkan..
Bila berjuang, pasti x keseorangan..
Bila lemah, pasti ada yang menghulurkan tangan..



Saat ini, saya benar2 rasa rindu pada sahabat2 saya.. Rindu pada suasana ukhwah yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang Allah.. Rindu pada sahabat2 yang mendidik.. Rindu pada sahabat2 yang sentiasa mengingatkan di saat lupa dan leka.. Rindu di saat semuanya berlumba2 berbuat kebaikan..

Sungguh..Ukhuwah itu indah.. kerana dengannya kita di janjikan Jannah..!


Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah swt.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur Allah memberi saya nikmat itu.. Merasai manisnya ikatan ukhuwah yang dibina bila hanya kerana Allah.. Walau kini, mungkin pertemuan itu tidak selalu berlaku, bagi saya, d0a yang dititipkan buat sahabat seperjuangan juga cukup untuk mengubat rindu..


Duhai sahabat2ku..
Kita dipertemukan atas dasar aqidah yang sama..
Kita dipertemukan di saat dan detik yang sangat memberi makna..
Bukan kerana kita satu batch kita rapat..
Bukan kerana kita satu sekolah kita rapat..
Bukan kerana kita satu persatuan kita rapat..
Bukan kerana kita satu kolej kita rapat..
Bukan juga kerana kita pernah berjumpa di satu pr0gram kita rapat..
Bukan.. Bukan kerana semua itu..
Itu namanya Ashobiah..
Bukan itu yang kita mahukan..
Tapi kita bersahabat kerana Allah..
Bersahabat kerana Allah ini, bukan sekadar kata2..
Pasti ada ujiannya.. Baru bisa capai nikmat-Nya..

Lagi indah rasanya, jika sahabat itu..
Adalah yang sama2 perjuangkan aqidah yang satu ini..
Adalah yang sama2 perjuangkan keimanan kepada Allah ini..
Adalah yang sama2 pertingkatkan diri demi mencapai redha Ilahi..
Adalah yang sama2 berjuang di jalan ini..
Adalah yang sama2 bekerja di atas jalan ini..
Adalah yang sama2 memikul beban dakwah ini..
Adalah yang sama2 berusaha menggapai redha dan syurga Ilahi..



Sem0ga kasih Allah sentiasa bersamamu duhai sahabatku..
Sem0ga kita sama2 terus thabat dan istiqamah di atas jalan ini..
Sem0ga kita nanti ditemukan kembali di Jannah-Nya yang abadi..
Insha Allah.. Ameen..
Salam ukhwah bil Iman lillah..:)

wassalam..

Sunday, November 21, 2010

Ayuh! teruslah mara ke hadapan..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

Sedikit peringatan buat diri ku yang sering lupa..

Duhai diri..
Ingatlah bahawa, di mana pun kita berada, itu bererti Allah kirimkan kita di situ.. Ketahuilah bahawa peluang untuk beramal itu berada di mana2. Cuma bergantung pada kita mahu melaksanakan amal atau tidak. -Amal Qawie kah? atau cuma Amal Dhaif..?-
Maka segala cabaran di tempat itu nanti adalah medan amal yang luas untuk kita..

Duhai diri..
Di saat kita merasakan bahawa kita bersendirian, -merasa tiada teman dan kawan,- sebenarnya itu adalah saatnya untuk kita meningkatkan kualiti diri.. Kerana berada di kondisi nyaman, -ramai teman dan sahabat seperjuangan,- terkadang membuat kita terlena.. Terleka dengan kemudahan dakwah, terlena dengan ramainya saudara di sekitar kita sehingga menyebabkan kita tidak merasa gentingnya untuk perbaiki dan pertingkatkan diri..

Duhai diri..
Bukankah hidayah itu milik Allah? Bukankah kita hanya mampu berusaha, natijah itu milik Allah? Bukankah masa itu sebahagian daripada rawatan? Namun, mengapa duhai diri, mengapa tidak sabar dan mengeluh lambat merasa hasil? Mengapa rasa jemu menghantuimu tatkala tiada yang menyahut seruanmu..? Mengapa rasa lemah menyapamu di saat tiada yang menyambut huluran tanganmu..? Mengapa..? Mengapa..? Lupakah dikau akan janji2 Allah? Semudah itukah dikau mengalah..? Alangkah ruginya.. Alangkah ruginya.. Andai cuma sekecil ini dugaan yang menimpamu, dikau sudah menarik diri dari gerabak dakwah ini...!



Duhai diri..
Ingatkah dikau akan karakter asas tarbiyah?
*Sukar, tetapi hasilnya terjamin..
*Panjang masanya, tetapi terjaga keasliannya..
*Lambat, tetapi terjamin hasilnya..
Maka, yakinlah bahawa, ini adalah jalan yang patut dikau lalui dan teruskan sehingga akhir hayatmu.. Benar, memilih jalan Rasul saw ini bermakna dikau memilih keletihan dan kepayahan.. Kerna, akhirnya adalah nikmat, keberuntungan yang paling besar dan anugerah yang tidak ternilai harganya...!

Duhai diri..
Saat ini, kembali semak hatimu.. 0h hati, bagaimana keadaanmu..? -Hidupkah, sakitkah atau matikah..?- Ambillah masa sebentar, untuk mengecas kembali imanmu.. Agar detik2 selepas ini menjadi detik perkiraan amal Qawie mu.. Insha Allah..

Duhai diri..
Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja.. Sampaikanlah Islam kepada sesiapa sahaja kerana Islam itu bukanlah warisan dari kedua orang tua.. Setiap orang punya latar belakang yang berbeza2 dan hati2 yang berhajat kepada Islam itu ada di mana2.. Hati2 yang inginkan cahaya kebenaran itu ada di mana2.. Cuma saat ini yang diperlukan adalah usaha kerasmu untuk mengenal pasti pemilik hati2 itu.. Sedarlah..

Duhai diri..
Saat ini, umat manusia berada di jurang kehancuran.. Kerosakan demi kerosakan yang wujud pada hari ini adalah disebabkan krisis 'nilai' yang dihadapi oleh masyarakat.. Mereka hilang arah tujuan, hilang pegangan hidup yang benar.. Hanya mengikut kehendak nafsu yang inginkan kesenangan.. Namun, kesenangan itu sementara.. Keseronokan yang sebentar cuma.. Maka, adalah menjadi tugasmu untuk sama2 kembali tingkatkan diri dan mengajak yang lain untuk turut merasai kemanisan beriman kepada Allah swt..

Duhai diri..
Ayuh! Apa lagi yang dikau tunggu.. Sampai bila lagi dikau menangguhkan waktu.. Masa itu tidak kan pernah berpihak pada kita.. Mati juga sentiasa mengejar kita.. Tiada lengah walau sesaat pabila telah tiba saatnya.. Telah berkata Imam Syafi'e: Istirehat seorang aktivis itu, adalah satu bentuk kelalaian..!

Duhai diri..
Andai saat ini lemah menguasaimu, sedih memikirkan kekurangan yang ada padamu, usahalah untuk bangkit kembali.. Sedarlah bahawa saat ini, Allah inginkan dikau lebih erat dengan-Nya.. Berusahalah sekuat hatimu untuk bangkit kembali.. dengan IMAN.. kembali lah.. kepada Allah..



Duhai sahabat2ku..
sem0ga kita sama2 saling terus kuat menguatkan, saling ingat memperingatkan, saling lengkap melengkapkan.. Sungguh, tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan dan kekuatan dari Allah swt.. sem0ga segalanya adalah amal kerana-Nya semata.. saling mend0akan ya..^_^

wassalam..

Saturday, November 20, 2010

m0tivasi-tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah swt..



"Wahai orang2 yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,
Nescaya Allah mengampuni dosa- dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai- sungai, dan ke tempat- tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.." [As- Saff:10-13]


"Indahnya mukmin itu.
Bilamana dia buntu, dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus.
Apabila dia sedih, lalu tangisnya diajukan pada-Nya yang Maha Mendengar.
Apabila dia keliru dalam memilih, maka dia kembali kepada-Nya yang bersifat SATU!
Lalu Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu. Malah menambah akan hal- hal yang datang dari sudut yang x disangka- sangka. Dia memujuk hamba-Nya dengan janji- janji-Nya dan Dia membuat pilihan bagi hamba-Nya. Allah suka padanya, lalu ketenangan menyelubungi hatinya.."


"Jangan korbankan diri untuk kebahagiaan yang sementara sehingga menggadai kebahagian hakiki yang diidamkan oleh semua hamba yang BENAR- BENAR BERIMAN.."


"Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya, meski terkadang berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan.
Saat mendapat musibah, air matanya menitis.
Tapi hatinya terilham untuk meyakini, bahawa apa yang diberikan Allah padanya pasti yang terbaik untuknya.
Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat, tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila ia diuji Allah, itu adalah tanda bahawa Allah masih sayang padanya.."


"Setiap mukmin meyakini di sebalik kehendaknya terdapat kehendak Allah swt dan di sebalik kemampuannya terdapat kekuasaan Allah swt. Untuk itulah Rasul saw mengajarkan kita istikharah.."


"Ketenangan itu milik hati2 yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita , jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah swt.. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti.."


"Jiddiyah adalah pelita hati. Malas dan main2 itu adalah penggelap jiwa, penghalang kita dari meraih pahala dan mendapat kasih sayang Allah swt. Kemalasan juga menimbulkan pelbagai penyakit jasad dan hati.. Teruskan mujahadah dan berserahlah pada-Nya.."


"Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji.
Makin banyak d0a, makin banyak ujian yang menimpa.
Kerana..
segala yang dipinta x datang dengan segera, tapi ia akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi-Nya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Dia memberi apa yang kita perlu.."


"Ladang dakwah terhampar luas,
kewajipan kita untuk menyirami tanah- tanah tandus,
menyemai benih- benih unggul,
agar tumbuh pohon- pohon kejayaan Islam..
Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah.
Jangan bersedih.
Di mana kita berada,
disitulah dakwah kita sebarkan..!"
[Sang Murabbi]

Friday, November 19, 2010

Salam perjuangan, salam pengorbanan..

Assalamua'laikum wbt..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam aidil adha, salam pengorbanan, salam perjuangan buat semua.. Semoga Aidil Adha kali ini memberi erti yang besar bagi kita..


Saat ini, Alhamdulillah.. saya telah kembali ke kampus setelah lebih kurang 3 minggu bercuti.. Bagi saya, cuti kali ini saya agak puas hati kerana banyak juga aktiviti yang saya ikuti dan isi walaupun rasanya banyak lagi perkara yang saya xisi dengan sebaiknya.. Tapi Alhamdulillah, banyak benda saya belajar.. Alhamdulillah..

Semalam, saya sempat mengikuti program qorban bersama sahabat2 saya.. Dah agak lama sebenarnya saya xj0in program qorban bersama mereka.. xsilap saya sejak sek men.. Sebab setiap tahun bertembung dengan program qorban yang dibuat di rumah nenek saya.. Tahun ini, Alhamdulillah.. sempat menolong dan bersama mereka.. Ramai yang saya jumpa.. sahabat2 masa tadika ada, sahabat2, senior dan junior sek men ada, sahabat2 kolej pun ada...:) Alhamdulillah.. merasai kembali suasana yang soleh dan mendidik itu membuatkan saya benar2 rindu pada suasana itu.. Amal Jamaie.. Bersama2 menolong dan melicinkan perjalanan program.. Dari menyediakan bihun untuk sarapan pagi, kemudian melapah daging qorban, masak guna kawah, sehinggalah basuh pinggan mangkuk.. Semuanya membuatkan saya rasa bahagia dan merasai nikmat persaudaraan kerana Allah.. Tiada yang dengki mendengki, tiada yang curi tulang, tiada yang berbual kosong.. Semuanya saling bantu menbantu dan mewujudkan suasana yang mendidik.. Pengalaman dan ilmu yang saling dikongsikan bersama membuatkan saya rasa indahnya saat itu..! Setelah itu, sempat juga saya ke rumah nenek dan ke rumah pak cik saya yang turut mengadakan program qorban..

Pengalaman hidup ini, sama ada tatkala diberi nikmat mahupun di saat diuji oleh Allah swt, pastinya semua itu adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada kita hambaNya.. Sewajarnya, segala yang hadir dalam hidup kita, kita terima, redha dan syukur dengan sepenuh hati.. Insha Allah.. kita akan dapat melihat hikmah dan kebaikan setiap kejadian itu..

Walau seteruk mana pun ujian itu, yakinlah, ada mudahnya kemudian hari..
Walau seberat mana pun ujian itu, yakinlah, ada yang lebih berat ujiannya dari kita..
Walau sebesar mana pun ujian itu, yakinlah, ada yang lebih besar tanggungannya..

Benar..kata2 itu, lebih mudah untuk diungkapkan berbanding yang menerima dan menghadapi ujian.. Namun, yakinlah.. Allah tidak kan pernah menzalimi hamba-Nya. Segalanya pasti dalam kemampuan kita.. Dan segalanya pasti ada jalan keluar buat kita.. Apa yang kita perlu buat adalah, usaha dan mohonlah pada-Nya..!

Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik.. saya cuma seorang hamba yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.. Namun bagi saya, saat saya bermula untuk berblog ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya, perasaan saya, kehidupan saya dll agar apa yang baik itu dapat dijadikan teladan, yang tidak baik itu dihindarkan.. Insha Allah.. saya juga masih belajar.. belajar berkongsi rasa hati, belajar meluahkan apa yang di hati, belajar membumikan apa yang difikirkan.. bukan sekadar untuk kalian, tapi juga sebagai peringatan buat saya, insan yang selalu lupa..

Akhir kata, semoga sama2 beroleh manfaat dan kebaikan.. ameen..Insha Allah..
Jutaan terima kasih buat semua yang telah mendidik saya, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. Jutaan kemaafan juga saya hulurkan di atas segala kesilapan dan kekurangan saya. Saya cuma mapu berusaha untuk memberikan yang terbaik semampu saya..

0h ya.. Aidil Adha ini, jangan makan daging banyak sangat.. Makan, makan juga.. tapi kesihatan juga perlu dijaga.. :) Moga setiap detik kehidupan kita menjadi ibadah kita kepada-Nya.. Insha Allah..wallahua'lam..

Thursday, November 11, 2010

puteri harapan..



Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah.. Allah izin saya berkesempatan untuk mengikuti kem bersama adik2 form 3 sek men agama kampung laut (smakl) di terengganu.. Kem ni bermula pada 8-10 Nov 2010.. Bagi saya, saya bersyukur sangat Allah izin saya dapat j0in program ni.. Banyak benda yang saya dapat.. Melihat telatah dan reaksi adik2 sepanjang program tu membuatkan saya rindukan saat2 saya di sekolah dulu.. Rindukan ukhwah bersama sahabat2, rindukan biah solehah, rindukan peringatan2 yang tidak mungkin saya dapat di tempat lain.. Walau seindah mana pun memori itu, hakikatnya saya tidak mungkin mampu untuk kembali ke saat itu.. Saya hanya mampu mengenang dan berd0a semoga saya masih bisa untuk bertemu dengan sahabat2 seperjuangan saya yang masing2 telah bertebaran di muka bumi Allah ini..

Sepanjang program ini dijalankan, bagi saya, saya juga merupakan peserta program.. bukan sekadar fasilitator.. kenapa..? Dengan tema program "Menjana Kepimpinan Masa Depan", bagi saya kepimpinan ini bukan hanya untuk pengawas, ketua pelajar, tetapi juga kepada setiap individu.. kerana setiap insan adalah pemimpin.. yang paling asas adalah pemimpin kepada diri sendiri..

Setiap program yang dijalankan, semuanya menyentuh hati saya.. Saya nak kongsikan satu aktiviti yang pertama kali saya laluinya.. Slot "kita adalah pemimpin".. Peserta dikehendaki mengenal pasti kelebihan dan kekuatan tokoh yang terdapat dalam potret yang telah disediakan.. Waktu tu, yang ada dalam fikiran saya adalah, IHAB ke, MFY ke, SMM ke, ASQ ke..dll ulama' muktabar.. tapi tahu potret siapa yang dimaksudkan...? Saya dengan perasaan ingin tahu bergerak ke arah potret yang dimaksudkan pabila penceramah(en razali maarof) meminta pelajar pertama melihat potret itu.. Potret itu ditutup dengan sehelai kain dan diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang dewan.. Dan pelajar perlu melihatnya seorang demi seorang tanpa memberitahu rakan2 yang lain apa yang telah dilihatnya.. Maka, saat saya dapat melihat apakah di sebalik kain itu, saya mula mengerti apa yang dimaksudkan..... Potret yang dimaksudkan adalah diri kita sendiri..kenapa..?sebab di sebalik kain itu, terdapat cermin yang memantulkan objek dihadapannya..! Allah....saya terkedu..perasaan sedih menyelubungi saya.. Selama 20-an hidup ini, apakah yang telah saya buat? Apakah yang pimpin diri saya?-iman kah atau nafsu kah..? Astaghfirullahala'zim..

Itu hanya salah satu aktivitinya.. Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap detik, setiap saat bersama adik2 dari hari pertama sehinggalah detik2 kami berangkat pulang, rasa sayu sentiasa menyelubungi saya.. Saya yang telah lama tidak menjadi fc, atau dalam kata lain, dah lama xbercakap depan khalayak ramai(L+P), menyebabkan saya terpaksa bermula dari bawah..Dengan buku di tangan, dan rasa xtahu nak cakap apa, saya cuba juga untuk kongsikan apa yang ada dalam fikiran saya pada adik2.. Saya melihat potensi yang cukup besar pada adik2 itu.. Cuma yang diperlukan saat ini adalah..PROSES.. Proses untuk jadi orang yang hebat di sisi Allah swt.. Nak jadi hebat bukan boleh jadi cam 2 je.. Semua orang bermula dengan '0'.. Yang penting proses.. Dan proses terbaik tentunya proses dengan Tarbiyah Islam.. Insha Allah.. kita semua boleh jadi hebat dengan tarbiyah..
adik2 puteri harapan..:)

Hmmm.... macam2 saya nak bercerita.. tapi, apakan daya.. saat ini, ada beberapa urusan yang perlu dilaksanakan.. Bimbang takut tertangguh entri ini, saya publishkan juga.. semoga sama2 beroleh manfaat.. Insha Allah.. wallahua'lam..

wassalam..

Saturday, November 6, 2010

Allah tahu yang terbaik..

Assalamua'laikum wbt..

Jika kita perhatikan, dalam hidup ini, xsemua benda/ hal yang kita nak, kita dapat.. xsemua benda yang kita hajatkan kita peroleh.. xsemua benda yang kita rancangkan tercapai.. Benar.. kita hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan..


Saya masih ingat, masa mula2 sambung belajar beberapa bulan yang lalu.. Macam2 perasaan yang bermain dan berlegar2 di fikiran saya.. Gembira, takut, risau, fikirkan kemampuan-(bolehkah diri ini?), dan macam2 lagi.. Masa 2, Alhamdulillah.. saya terima banyak mesej dari sahabat2 dan teman2, kebanyakannya mengatakan:
1.tahniah
2.jaga diri
3.terus istiQamah
4.Allah tahu saya mampu sebab 2 Allah 'campakkan' saya di situ
5.teruskan DnT di tempat baru

Masa 2, saya xtahu nak ungkapkan dengan kata2..hanya butiran permata yang gugur..
saya pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya.. Maka dengan lafaz Bismillah, saya mulakan hidup saya di tempat baru.. Saya semak hati, agar niat saya benar dan saya bertitik tolak atas sebab yang betul.. Kerana berputus asa di tengah jalan itu adalah disebabkan oleh berlakunya kesilapan di titik mula..saya sangat mengharapkan semoga Allah merahmati dan melindungi saya kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah swt..

Kenapa saya risau..?
Boleh dikatakan, itu adalah kali pertama saya keluar daripada tempat yang ada suasana yang baik.. Sebelum ini di sekolah menengah, di kolej, merupakan tempat terbaik bagi saya.. Di sana, saya belajar pelbagai perkara dalam hidup ini terutamanya mengetahui bagaimana menjadi insan yang Allah kehendaki dan yang paling penting, saya tahu tujuan saya hidup di muka bumi ini....

Maka, bila Allah izin saya sambung belajar di sini, saya yakin dan pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya..

Di sini, memang suasananya jauh berbeza dengan suasana yang saya lalui sebelum ini..
Di sini, tiada sahabat dan teman yang saya kenali..
Di sini, tiada murabbi dan qudwah hasanah yang boleh saya minta tunjuk ajar..
Di sini, jauh dari tempat lain, cuma pekan kecil..
Di sini, banyak perkara yang jiwa saya xselesa dengannya..
Dll......

Tapi,
inilah hakikat yang saya perlu tempuhi..
Di sinilah saya perlu belajar hidup berdikari, bergantung hanya pada Allah..
Di sinilah yang akan memperlihatkan potensi dan diri saya yang sebenar.. apakah saya benar2 berpegang pada Islam itu, ataupun sekadar ikutan semata- mata..
Di sinilah saya akan lebih faham hakikat tenatnya umat Islam kini..
Di sinilah saya perlu dan perlu untuk sentiasa faham dan sedar bahawa betapa hubungan dengan Allah itu mesti dijaga setiap masa..
Di sinilah saya perlu rasa urgent untuk tingkatkan potensi diri dan iman saya agar saya mampu untuk meneruskan perjuangan yang penuh ranjau ini..
Di sinilah saya belajar erti sebenar perjalanan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..
Di sinilah saya mengenal satu hakikat bahawa kita tidak layak menilai manusia itu dari luarannya..
Di sinilah saya sedar hakikat menjadi hamba dan khalifah Allah itu bukan sekadar kata2 dan ucapan sahaja..
Di sinilah saya perlu usaha sehabis daya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar mampu menjadi qudwah kepada masyarakat..
Di sinilah saya belajar erti IKHLAS, SABAR, UZLAH..dll
Di sinilah saya sedar akan hakikat bahawa umat memerlukan kita..! untuk kembali kepada Islam yang sebenar..

Allah...

Betapa saya ini insan yang kerdil.. Tidak mampu dan tidak punya daya mahupun kekuatan.. melainkan yang datang dari Allah swt..
Betapa Maha Halus hikmah di sebalik setiap penyusunan Allah buat kita hamba-Nya..
Betapa kita tidak mampu untuk menjangkau ilmu Allah swt..

Allah...
Ampunkan d0sa2 kami ya Allah..
Berilah kami hidayahMu..
Tetapkan hati kami di atas landasan Deen-Mu..
Ameen..

Maka, marilah kita sama2 pujuk hati agar yakin bahawa setiap yang Allah tetapkan untuk kita, Allah tahu yang terbaik..! Pasti ada hikmah di sebaliknya.. Ya..benar.. Adakalanya untuk kita menerima sesuatu yang sukar itu memakan masa.. Namun, segeralah kembali kepada Allah.. Pujuklah hatimu menuju Allah.. Pujuklah hatimu agar redha dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah.. Yakinlah bahawa sesudah kesusahan itu pasti kan ada kemudahan...

M0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan untuk jadi yang terbaik, untuk dapat yang terbaik, untuk beri yang terbaik, untuk buat sehabis baik.. Insha Allah..

"Bila engkau memandang segalanya dari Rabbmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah x tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya.."

Semoga kita sama2 redha dengan ketentuan-Nya, dan mampu meneruskan kehidupan kita sehabis baik.. Demi Islam hanya kerana Allah.. Insha Allah.. Ameen.. Wallahua'lam..

Wednesday, November 3, 2010

j0m semak hati..

Assalamua’laikum wbt..

Saat ini, ingin sekali rasanya kongsikan bersama kalian, dari seorang murabbi yang saya kasihi, mc Mai..Semoga Allah mudahkan, berikan kesihatan yang baik, dan berinya kekuatan. Ameen. Semoga sama2 mendapat manfaat..Insha Allah..

WHAT THE PROPHET TAUGHT ME
Written by: Pn Maimunah Hashim

“My Rabb has commanded me to do NINE things:

1.To be sincere at all times, in my exterior & interior, overtly & inside my heart. Privately & in public.

2.To observe justice at all times. In agreeable times, & disagreeable times, in happiness & in anger.

3.To take the middle path whether I am very poor or extremely wealthy

4.To give the person who oppress me

5.To connect with person who cuts his/ her relationship with me.

6.To give to the one who does not give me

7.To my conversation be the zikr of Allah

8.To make my silence be that of contemplation & reflection

9.To make my glance be an ibrah (taking lessons from what I see)

I must strive to attain such character so that I can enjoin good & forbid evil effectively”




Bila direnung, dimuhasabah kembali, amatlah sedikit yang telah dibumikan dalam diri ini.. Memang, bukan sesuatu yang mudah namun, apa yang penting adalah USAHA! Untuk jadi yang terbaik, x mungkin hanya dalam sekelip mata.. pastinya memerlukan PROSES.. satu proses yang menuntut pengorbanan yang bukan kecil, mujahadah yang bukan sedikit.. kerana, Islam itu adalah sesuatu yang bernilai. Mana mungkin sesuatu yang bernilai itu diperolehi dengan mudah saja! Tentunya menuntut sesuatu yang besar.. maka, sesukar mana ia sampai pada kita, sebesar itulah kita perlu menjaganya…! Tidak rela kembali ke dalam kejahatan sepertimana kita tidak rela Allah campakkan kita ke dalam azab nerakaNya..!

Bersama berusaha ke arah yang lebih baik..! Insha Allah.. Demi Islam kerana Allah..

Tuesday, November 2, 2010

teruskan perjuangan



Begitulah hakikat perjuangan.. Dalam menggapai sesuatu yang tertinggi dalam hidup ini pastinya perlukan pengorbanan yang bukan sedikit.. Kita nak capai apa..? Pastinya Redha Allah.. kerana Redha Allah itulah yang misi terbesar dalam hidup kita.. Namun, bukan semudah itu jika kita mahukan redha Allah.. Ye la.. If sesuatu yang bernilai tu, mudah je semua orang dapat, xperlu usaha, xperlukan bersusah, xperlukan berkorban, xjadi bernilai dah la..kan..?

Dalam hidup ini, kita terutama saya, hanyalah insan biasa.. Ada kelemahan dan kekurangan, ada juga kekuatan dan kelebihan.. Yang pasti, tiada siapa pun yang sempurna.. Namun tanpa sedar, kita mudah untuk menilai dan menghukum orang lain bersalah, xda iman, dsbgnya.. ya Allah..sukarnya melebur ego.. sukarnya memaafkan orang yang telah melukakan... Sedarlah... segala rasa hatimu itu, tidak mendatangkan keuntungan langsung padamu.. maka, tiada gunanya terus- terusan dalam rasa hati negatif itu.. Ayuh..! P0sitiflah.. Rawatlah rasa hati itu dengan yakin akan janji- janji-Nya.. Semoga ada nilainya usahamu itu di sisi Allah swt.. Insha Allah..

Apa saja dugaan yang hadir dalam hidupmu, hubungkan segalanya dengan Allah.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian itu.. kerna tiada yang sia- sia.. Memang nak didik diri perlukan masa, perlu tanggung keperitan.. tapi, yakinlah.. Allah akan nilai dan kira segalanya.. Andai ikhlas, pasti pertolongan-Nya akan tiba..!

"Kemenangan terbesar mukmin adalah yakin pada janji- janji-Nya..!"

Walau terpaksa harungi kesusahan, namun kesenangan pasti kan menjelma jua.. Teruskan perjuangan..! Allah pasti bersama hamba- hamba-Nya yang sabar dan ikhlas.. Insha Allah..

wallahua'lam..

Saturday, October 30, 2010

moga kasih Allah bersamamu..

Assalamua'laikum wbt..

Hari ini, saya nak dedikasikan ucapan "selamat hari lahir" buat adik yang disayangi, semoga Allah mudahkan urusanmu dan beri kamu kekuatan dalam menghadapinya.. Ameen..


Adik saya ni yang bawah saya.. beza dua tahun dengan saya..(tapi dia lebih tinggi dari saya..huhu) walaupun dia sambung degree dulu daripada saya, dan mungkin habis dulu daripada saya (mungkin la-sebab saya masih dalam perancangan untuk pendekkan tahun pengajian saya..xtau lagi..d0akan ya..), tapi saya x kisah.. yang penting, sama2 menuntut ilmu.. sapa dulu sapa kemudian tu x penting sangat..kan..(boleh pakai ke dari sudut langkah bendul pulak ke nanti, mana la tahu..)..hehe(",) -wallahua'lam..itu rahsia Allah yang kita xkan tahu sehingga tiba masanya..:)

Allah tu Maha Adil kan.. dari satu sudut yang saya nampak dalam adik beradik saya ni, Allah kurniakan kami kelebihan dari satu sudut, tapi kekurangan dalam sudut yang lain; menjadikan kami jadi saling lengkap melengkapi.. dengan kelebihan dan kelemahan masing2.. Alhamdulillah.. Mama, abah, adik2.. individu itu hanya satu.. xkisah la macamana pun mereka, satu persatu, tapi itulah yang Allah kurniakan pada kita.. Tiada yang lain.. Itulah yang terbaik bagi kita..

Jadi, pesan saya buat diri saya dan kamu, jaga dan syukurilah apa yang kita masih ada..xperlu fikirkan apa yang kita xada.. lebih baik kita terima saja apa yang dah ada pada kita sekarang ni..:) Selagi belum terlambat, buatlah sehabis baik untuk kita pelihara ikatan kekeluargaan yang tidak mungkin putus dan terimalah seadanya..


Ya Allah, selamatkanlah kami dari azab nerakaMu..ameen..

Sekian, wassalam..

Thursday, October 28, 2010

nak jadi lebih baik..?

Assalamua'laikum wbt..

"Perjalanan beribu batu itu, pasti dimulai dengan langkah pertama.."

Pepatah yang biasa kita dengar kan..hmm..hari ni, rasa nak kongsikan satu benda yang pastinya menuntut pengorbanan yang besar, perlukan istiQamah dalam mujahadah.. apakah ia? 0k..saya terangkan..

Jap, sebelum tu..Tetiba teringat sorang lecturer saya pernah pesan dalam kuliahnya.."Today you are nobody, but in the future, you will be somebody.." Membuat saya berfikir.. hmm..Kita nak jadi seseorang pada masa akan datang, pastinya memerlukan usaha keras, mengurus masa dengan baik, disiplin, sungguh2 dalam menuntut ilmu..kan..? Maknanya, untuk jadi yang terbaik tu, bukan hanya sekelip mata.. ianya memerlukan PROSES.. Faham maksud saya..?

Macam ni..
Seorang profesor pada hari ini, pastinya bukanlah profesor sejak dia dilahirkan..betul..? apa yang membuatkan dia boleh jadi profesor pastinya dia kena usaha belajar, cari ilmu sebanyak mungkin, dan macam2 lagi sehingga melayakkan dia untuk mencapai tahap seorang profesor..

Apa yang saya nak kaitkan di sini adalah...dari sudut kita sebagai hamba dan khalifah Allah swt.. Semestinya, kedatangan kita di dunia ini, bukanlah sesuatu yang saja2.. Allah menciptakan manusia dengan sebaik- baik kejadian.. Pastinya kedatangan kita sebagai manusia juga mempunyai tujuan yang sangat besar..

Saya rujuk satu ayat yang biasa kita dengar, Allah swt berfirman:
"Dan tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk BerIbadah kepada-Ku.." [Ad-Dzariyat:56]


0k..maaf sebab saya xmampu nak menyusun idea2 yang melimpah-limpah ni.. tapi, apa yang saya nak maksudkan di sini adalah, untuk jadi hamba dan khalifah Allah yang terbaik, pastinya perlukan PROSES.. proses untuk jadi yang terbaik.. sebab sesuatu yang berharga dan bernilai xkan diperoleh dengan mudah.. kena ada ujian dulu.. kena buat silap dulu.. dari situ kita akan belajar.. belajar mengenal cara untuk jadi yang terbaik, cara untuk buat yang terbaik, cara untuk mempersiapkan diri ke arah yang lebih baik.. sebab itulah yang paling penting adalah, proses tarbiyah dalam diri kita kena berjalan.. bukan sekadar ikut proses, tapi berada dalam proses.. ada bezanya di situ..

Jadi, sama2lah kita memproses diri kita ke arah yang lebih baik.. Insha Allah..
Maaf di atas kekurangan saya dalam menyusun kata.. ini adalah latihan bagi saya untuk mengeluarkan idea dan apa yang saya fikirkan kerana, berkongsi itu lebih baik.. Sharing is caring..:) Banyak lagi yang saya perlu belajar.. sama2 ambil manfaatnya ya.. semoga Allah mudahkan dan beri kekuatan pada kita semua..ameen..

wassalam wbt..

Tuesday, October 26, 2010

~kenangan indah~

Assalamua'laikum wbt..

Bila dah cuti ni, teringat pula pada sahabat2 saya.. sahabat satu sekolah, sahabat satu kolej.. Bersama mereka, saya melalui hari2 yang penuh dengan warna warni kehidupan.. Alhamdulillah.. saya bersyukur sangat.. Allah menemukan saya dengan sahabat2 yang sentiasa saling menguatkan di kala lemah, sentiasa saling mengingatkan kepada Allah di saat menerima nikmat mahupun ujian.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah.. Semoga kita semua sentiasa istiQmah di atas jalan ini, dimudahkan dan diberi kekuatan oleh Allah, dan yang paling penting, moga sentiasa dalam redha Allah..
Salam ukhwah bil iman lillah fillah.. saya sayang semua sahabat saya hanya kerana Allah.. :)



Moga ukhwah kita kan kekal hingga ke JannahNya..ameen..:)

Monday, October 25, 2010

Selamat Ulangtahun..

Assalamua'laikum wbt..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada seorang murabbi saya yang saya kasihi, semoga Allah berinya kekuatan, kesihatan dan semoga Allah mudahkan segalanya..

0k..mari saya ceritakan serba sedikit tentang murabbi saya ini, atau saya lebih senang memanggilnya pc..

Pc ini saya sering mendengar namanya sewaktu di sekolah dulu, tapi kenal dengan baik masa saya ambil dip beberapa tahun yang lalu..macam mana? sebab pc ni kerja di tempat saya belajar.. Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah, betapa mulianya hati pc ini, kerna tanpa jemu memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya.. walau saya sering menyusahkannya, tapi pc xpernah rasa saya menyusahkannya malah katanya dia berbesar hati kerana dapat membantu.. (rasa bersalah pun ada..huhu)

Bagi saya, pc ini merupakan seorang guru, murabbi, sahabat dan ayah.. Nasihatnya, panduannya tunjuk ajarnya pada saya sangat2 membantu saya dalam membentuk diri ini menjadi muslim mukmin di sisi Allah.. walau saya tahu, saya bukanlah sebaik mana, banyak kelemahan dan kekurangan yang masih wujud dalam diri, namun saya bersyukur.. Allah temukan saya dengan pc ini, sebagai salah seorang yang dapat membantu diri saya untuk menjadi yang lebih baik.. Alhamdulillah..

Banyak pengalaman hidupnya yang dapat saya belajar mengenai ragam kehidupan dunia ini. Saya banyak mengikuti program yang pc ini buat.. Sejak zaman belajar dip dulu sehinggalah kali terakhir, beberapa bulan yang lepas.. Daripada jadi peserta, sehinggalah jadi urusetia..Dari situ saya banyak belajar.. Belajar pelbagai perkara.. dari perkara yang kecil2 sehinggalah kepada perkara yang besar2.. (kemahiran softskills, jadi fc, pasal management, kawalan kredit dll - sangatlah banyak sehingga xmampu untuk nyatakan semuanya)..

Saya sebenarnya bukanlah seorang yang pandai meyatakan rasa hati kepada sesiapa saja.. hanya kepada yang saya benar2 percaya dan yakin saja yang saya boleh kongsikan masalah.. namun, dengan pc ini, saya senang untuk bertanya pendapat dan kongsikan persoalan yang bermain di fikiran saya. dan pc dengan senang hati memberi panduan kepada saya dan memberi cadangan bagaimana untuk menyelesaikannya.. Alhamdulillah.. dari situ saya belajar berfikir untuk mencari jalan keluar dari setiap permasalahan yang saya hadapi.. Belajar berfikir sebelum buat sesuatu..

Jauh di lubuk hati saya, saya punya hasrat untuk membalas jasa dan budi baik pc kepada saya.. namun, saya tidak tahu adakah kesempatan bagi saya untuk membalas jasanya.. Moga Allah memberi saya kesempatan waktu.. walau saya tahu, mungkin saya xmampu untuk membalas jasanya buat masa ini, hanya doa yang mampu saya kirimkan agar pc sentiasa sihat, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..Ameen..

Akhir kata, saya mohon maaf atas segala salah dan silap saya.. Hanya d0a yang mampu saya kirimkan buat pc dan moga Allah memberi kebaikan kepada pc dunia dan akhirat.. Selamat ulangtahun..

Sekian, wassalam..

Sunday, October 24, 2010

.:Langkahku bermula:.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum wbt..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah.. dah lama nak buat bl0g ni.. setelah pelbagai rintangan dilalui (ceh..macam la susah sangat..hehe) akhirnya hiduplah bl0g ini..(",)

Semoga melalui bl0g ini, saya dapat kongsikan sesuatu bersama kamu.. pengalaman mungkin, agar yang baik itu dapat di contohi, yang x baik itu dijauhi.. Sebab bagi saya, setiap insan itu punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. insan itu unik dan Allah itu Maha Adil.. jadi, x salah kan saling berkongsi..:)

Sama2 saling mend0akan ya.. semoga kita kuat dan teruskan perjuangan menghadapi kehidupan dunia ini..Insha Allah..

Sekian dulu.. wassalam..

semoga bermanfaat..^_^