Tuesday, November 30, 2010

memperbaharui iman yang usang



Kelusuhan dalam hati menjadikan kita tak bermotivasi dalam melaksanakan dan meningkatkan amal kebaikan. Jika hal ini terjadi, m0honlah kepada Allah, agar dikurniakan hati yang tunduk dan patuh hanya pada-Nya..

Ayuh! Kita muhasabah kembali..mengapa hal ini terjadi...
Sebab hati lusuh, iman usang:

1. Meninggalkan tilawah Al- Quran
*hati yang meninggalkan tilawah Al- Quran menjadikan hati tidak kukuh dan mudah goyah
*mengurangkan kebaikan yang Allah nak bagi
*tanda kita banyak lupa pada Allah sebenarnya

2. Jarang berzikir dan suka bermalas- malasan (dalam menunaikan ibadah)
*boleh mengakibatkan kemunafiqan bila tidak segera mengatasi kemalasan.
*"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka(Allah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani spt melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.." [An-Nisa':142]

3. Sibuk dengan urusan duniawi
*hati hanya fokus pada urusan dunia
*sepatutnya kita bekerja untuk menambah keimanan

4. Mencintai isteri/ suami & anak2 yang berlebihan
*sehingga mengakibatkan rasa berat untuk melaksanakan ibadah & kewajipan dakwah
*anak akan wujud sifat kikir, pengecut & mudah bersedih (fitrah yang tidak dikawal akan menjadi fitnah)

Indikasi usangnya iman di hati (tanda/ ukuran)

1. Bermalas- malasan dalam menunaikan amal kewajipan
*amal tidak memberi kesan kepada hati

2. Meninggalkan amalan sunat dengan alasan tidak ada hisab ke atas amalan sunat
*cth:sunat rawatib, sunat tahajud

3. Meninggalkan bacaan Quran kecuali di majlis tahlil dan seangkatan dengannya
*baca sekadar keluar suara tapi tak tembusi hati

4. Sangat jarang berzikir dan berd0a kepada Allah swt
*hati lupa pada Allah

5. Melihat pelbagai urusan dunia dari sudut pandang berdosa atau tidak berdosa untuk melakukannya.
*buat perkara makhruh & syubhah sedangkan perkara syubhah itu mendorong untuk terjerumus dalam perkara yang haram

6. Banyak melakukan hal yang sia2

7. Lemah tanggungjawab keagamaan dalam jiwa sehingga tidak melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar

8. Tingginya cita2 duniawi dalam diri
*hanya fikir nak dapat apa yang seronok bagi nafsu sahaja

9. Munculnya sifat egois
*lebih mementingkan diri sendiri sehingga lemahnya ukhwah

*Perkongsian hQ- Januari 2010

No comments:

semoga bermanfaat..^_^