Saturday, November 6, 2010

Allah tahu yang terbaik..

Assalamua'laikum wbt..

Jika kita perhatikan, dalam hidup ini, xsemua benda/ hal yang kita nak, kita dapat.. xsemua benda yang kita hajatkan kita peroleh.. xsemua benda yang kita rancangkan tercapai.. Benar.. kita hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan..


Saya masih ingat, masa mula2 sambung belajar beberapa bulan yang lalu.. Macam2 perasaan yang bermain dan berlegar2 di fikiran saya.. Gembira, takut, risau, fikirkan kemampuan-(bolehkah diri ini?), dan macam2 lagi.. Masa 2, Alhamdulillah.. saya terima banyak mesej dari sahabat2 dan teman2, kebanyakannya mengatakan:
1.tahniah
2.jaga diri
3.terus istiQamah
4.Allah tahu saya mampu sebab 2 Allah 'campakkan' saya di situ
5.teruskan DnT di tempat baru

Masa 2, saya xtahu nak ungkapkan dengan kata2..hanya butiran permata yang gugur..
saya pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya.. Maka dengan lafaz Bismillah, saya mulakan hidup saya di tempat baru.. Saya semak hati, agar niat saya benar dan saya bertitik tolak atas sebab yang betul.. Kerana berputus asa di tengah jalan itu adalah disebabkan oleh berlakunya kesilapan di titik mula..saya sangat mengharapkan semoga Allah merahmati dan melindungi saya kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah swt..

Kenapa saya risau..?
Boleh dikatakan, itu adalah kali pertama saya keluar daripada tempat yang ada suasana yang baik.. Sebelum ini di sekolah menengah, di kolej, merupakan tempat terbaik bagi saya.. Di sana, saya belajar pelbagai perkara dalam hidup ini terutamanya mengetahui bagaimana menjadi insan yang Allah kehendaki dan yang paling penting, saya tahu tujuan saya hidup di muka bumi ini....

Maka, bila Allah izin saya sambung belajar di sini, saya yakin dan pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya..

Di sini, memang suasananya jauh berbeza dengan suasana yang saya lalui sebelum ini..
Di sini, tiada sahabat dan teman yang saya kenali..
Di sini, tiada murabbi dan qudwah hasanah yang boleh saya minta tunjuk ajar..
Di sini, jauh dari tempat lain, cuma pekan kecil..
Di sini, banyak perkara yang jiwa saya xselesa dengannya..
Dll......

Tapi,
inilah hakikat yang saya perlu tempuhi..
Di sinilah saya perlu belajar hidup berdikari, bergantung hanya pada Allah..
Di sinilah yang akan memperlihatkan potensi dan diri saya yang sebenar.. apakah saya benar2 berpegang pada Islam itu, ataupun sekadar ikutan semata- mata..
Di sinilah saya akan lebih faham hakikat tenatnya umat Islam kini..
Di sinilah saya perlu dan perlu untuk sentiasa faham dan sedar bahawa betapa hubungan dengan Allah itu mesti dijaga setiap masa..
Di sinilah saya perlu rasa urgent untuk tingkatkan potensi diri dan iman saya agar saya mampu untuk meneruskan perjuangan yang penuh ranjau ini..
Di sinilah saya belajar erti sebenar perjalanan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..
Di sinilah saya mengenal satu hakikat bahawa kita tidak layak menilai manusia itu dari luarannya..
Di sinilah saya sedar hakikat menjadi hamba dan khalifah Allah itu bukan sekadar kata2 dan ucapan sahaja..
Di sinilah saya perlu usaha sehabis daya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar mampu menjadi qudwah kepada masyarakat..
Di sinilah saya belajar erti IKHLAS, SABAR, UZLAH..dll
Di sinilah saya sedar akan hakikat bahawa umat memerlukan kita..! untuk kembali kepada Islam yang sebenar..

Allah...

Betapa saya ini insan yang kerdil.. Tidak mampu dan tidak punya daya mahupun kekuatan.. melainkan yang datang dari Allah swt..
Betapa Maha Halus hikmah di sebalik setiap penyusunan Allah buat kita hamba-Nya..
Betapa kita tidak mampu untuk menjangkau ilmu Allah swt..

Allah...
Ampunkan d0sa2 kami ya Allah..
Berilah kami hidayahMu..
Tetapkan hati kami di atas landasan Deen-Mu..
Ameen..

Maka, marilah kita sama2 pujuk hati agar yakin bahawa setiap yang Allah tetapkan untuk kita, Allah tahu yang terbaik..! Pasti ada hikmah di sebaliknya.. Ya..benar.. Adakalanya untuk kita menerima sesuatu yang sukar itu memakan masa.. Namun, segeralah kembali kepada Allah.. Pujuklah hatimu menuju Allah.. Pujuklah hatimu agar redha dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah.. Yakinlah bahawa sesudah kesusahan itu pasti kan ada kemudahan...

M0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan untuk jadi yang terbaik, untuk dapat yang terbaik, untuk beri yang terbaik, untuk buat sehabis baik.. Insha Allah..

"Bila engkau memandang segalanya dari Rabbmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah x tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya.."

Semoga kita sama2 redha dengan ketentuan-Nya, dan mampu meneruskan kehidupan kita sehabis baik.. Demi Islam hanya kerana Allah.. Insha Allah.. Ameen.. Wallahua'lam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^