Wednesday, November 24, 2010

semua orang buat silap kan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

"Setiap anak Adam itu berdosa. Sebaik- baik orang yang berdosa itu adalah orang yang bertaubat.." [Al- Hadith]



Siapa yang xbuat salah? Semua orang buat salah kan.. Sama ada yang kita sedari ataupun x.. Benar, nak berubah tu, bukan la satu benda yang mudah.. saya juga mengalami saat dan detik itu.. Masa tu saya masih di bangku sekolah.. Bila nak berubah ni, pastinya yang akan turut terkesan adalah teman2 sekeliling.. betul x..? ye la..tiba2 jadi baik -baik sikit la dari sebelumnya kan-, adakalanya kawan2 sekepala pun susah dan ambil masa nak terima kan... Di pendekkan cerita, Allah izin, beberapa tahun lepas tu baru saya tahu dari seorang teman saya, pelbagai cerita dan pandangan kawan2 terhadap saya..! Betapa Allah tahu ketidakmampuan saya untuk menerima dan mendengar cerita2 -ve itu..! Bila saya fikir balik, mungkin Allah tahu saya xmampu nak hadapi dan terus dalam perubahan +ve bila saya kena hadapi semua tu kan.... Allah.. lemahnya saya....T_T

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan di sini..
Kisah ni berlaku masa saya masih sekolah juga.. Saya sedar saya silap.. Dan saya d0a sangat semoga saya xulang lagi buat perkara yang sama.... Kesilapan dalam berdakwah.. kesilapan dalam mengajak teman2 seperjuangan.. cara saya yang salah.....
Masa tu, yang saya fikir adalah untuk cegah mungkar.. tapi saya xfikir kesan jangka panjang.. sama ada cara saya itu membawa kepada ma'ruf ataupun tidak..

Seorang murabbi saya pernah pesan.."Kita nak ajak kepada ma'ruf (kebaikan) ni, kena pastikan cara kita, kaedah kita, akhirnya akan membawa kepada ma'ruf juga.."

Jika tidak, diam itu adalah lebih baik.. Tapi, diam bukan bermakna terus membiarkan kemungkaran itu berlaku.. Cuma mungkin itu bukan saat untuk kita tegur dulu.. Kita boleh guna cara lain yang lebih baik.. Bergantung pada keadaan dan situasi.. Contohnya:
*tunjuk Qudwah (contoh) yang baik
*menangi hati orang yang paling berpengaruh dalam kumpulan tu, bila dah rapat dan rasa oleh tegur, baru tegur dengan cara yang baik..
*boleh juga minta orang yang rapat dengan mereka/ orang yang mereka hormat untuk menegur
*tegur secara umum di kalangan umum/ semua orang
-dan macam2 lagi cara yang difikirkan terbaik dan sesuai, selagi xlanggar syara'..:)

tiada niat saya nak burukkan sesiapa..cuma yang saya nak tekankan di sini adalah, adakalanya, kita kena fikirkan dan teliti cara dan kaedah kita dalam mengajak insan lain kepada Allah.. Sebab kesilapan tu, sedikit sebanyak akan memberi kesan pada kehidupan kita, kehidupan orang lain.. Tapi, seandainya kita dah buat silap, jangan terus mengalah.. Jangan terus- terusan hidup dalam bersalah itu.. Yang penting, usaha untuk perbaiki diri dan bertaubat, m0hon ampun pada Allah swt.. Kena banyak d0a supaya Allah tunjukkan jalan terbaik dalam berdakwah..

Kesilapan dalam berdakwah, dalam mengajak insan lain kepada Allah tu, anggaplah ia sebagai satu pengajaran, satu tunjuk ajar dari Allah swt.. supaya untuk masa akan datang, dengan sesiapa saja yang lain, kita xbuat kesilapan yang sama.. kita berfikir dulu sebelum bertindak.. fikir jangka panjang......

"Perbaiki dirimu, dan seru/ ajaklah orang lain" [Sheikh Mustafa Masyhur]

Macam mana ya nak dapat kekuatan untuk berubah...?



Ya... itulah jawapan yang paling tepat..Bukan satu perkara yang mudah kan... Tapi ingatlah diriku, dan sahabat2 sekalian, kekuatan itu hanyalah milik Allah.. jadi, kita kena pohon daripada-Nya..! M0honlah dengan sepenuh hati, sepenuh kesungguhan.. Bukan dengan main2 dan tiada keseriusan.. Melalui solat dan sabar..!

Oleh itu duhai diriku dan sahabat2ku sekalian..
Marilah kita sama2 perbaiki dan tingkatkan diri kita.. Marilah kita mulakan dengan detik ini.. Mulakan dengan niat yang betul dan benar.. Agar jalan yang kita bakal lalui ini, terus2an mendapat redha Allah swt.. Insha Allah..



Yang paling penting adalah usaha...!
Perbetul niat dan pastikan tidak langgar syara'..!



Andai terlintas untuk berubah menuju kebaikan dalam hatimu, turutilah seruan itu, kerna itu adalah lintasan daripada Allah.. mungkin tidak akan berulang banyak kali..!
Teruskan usahamu.. Teruskan mujahadahmu.. Semoga Allah menilai dan mengambil kira segala usahamu itu sebagai amal soleh di sisi-Nya...! Ameen..

Wallahua'lam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^