Saturday, August 20, 2011

terasa sukarnya langkah ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..

Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jalanMu yang sebenar..
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap..
Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu..
Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..

Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan deenMu..
Engkaulah sebaik2 penolong..
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini..
Restuilah ya Allah atas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya..
Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.. Ameen.."


Hampir dua bulan masuk semester baru.. sem yang mencabar dan menuntut kudrat dan daya yang banyak.. walau baru tahun dua.. Allah.. moga kesibukan ini tidak menghanyutkan daku ya Allah.. moga kesibukan ini tidak menjauhkan daku daripadaMu ya Allah.. moga kesibukan ini tidak menjatuhkan daku dalam jurang murkaMu.. ameen..

hati itu raja

teringat pesan murabbi..

"adakalanya dalam kehidupan ini, kita akan rasa penat.. bukan penat sebab letih.. tapi penat sebab kita tak tahu bila penghujung dan penamat perjuangan kita ni.. tapi, ingatlah kata IHAB, kita bukan yang memulakan, kita juga bukan yang mengakhirkan.. tapi kita adalah rantai perjuangan.."


Bergeraklah.. dan teruskan melangkah..!

Allah lihat usaha.. maka teruskan usahamu..!

saat ini, terasa langkahan kaki ini makin sukar.. sukar dan bagai tenggelam dalam arus dunia yang tak pernah henti menenggelamkan manusia2 yang tidak kuat menahan dugaannya.. Allah..

rindu pada sahabat2 seperjuangan..
yang sentiasa mengingatkan diri ini tatkala lupa..
yang tidak pernah jemu menasihatkan andai diri ini tersilap langkah..
yang tidak pernah putus mendoakan tiap kali solatnya..

T_T

ya Allah..
moga hati ini tetap teguh di atas jalanMu..
moga hati ini kuat dalam mujahadah..
moga hati ini kukuh mempertahankan prinsip..
moga hati ini teguh bertahan dan terus istiqamah..
moga hati ini kuat menepis godaan ke arah dosa..
ameen..

~doakan saya ya sahabat2 sekalian..T_T~

Thursday, August 18, 2011

Konvoi Ramadhan Selangor 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari yang ke 18 Ramadhan.. semoga hari2 yang telah berlalu ini makin mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita hambaNya yang bersyukur.. ameen..

Seminggu dua ni, saya melalui hari2 yang sangat sibuk.. (sibuk la sangat..huhu) tapi betul.. sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah surut.. hmmm... tapi moga kesibukan tu makin mendekatkan saya dengan Allah.. ameen..


moga hanya Allah di hati..

di kesempatan yang ada ni, saya nak kongsikan pengalaman saya masa join program "Konvoi Ramadhan Selangor 2011" (KRS) hujung minggu lalu.. bagi saya, kebersamaan itu yang saya rindui kini..

Program ni selama 3h2m bermula jumaat.. nak cerita detail panjang sangat pulak nanti.. jadi, serba ringkas la ya..

Hari pertama - Masjid Makmuriah, Sabak Bernam (berbuka dan bersahur + masak bubur lambuk)
Hari kedua    - Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor (berbuka)
Hari Ketiga   - Masjid Nurul Iman, Kg Delek (bersahur + masak bubur lambuk dan berbuka)

bagi saya, yang paling best di Masjid Makmuriah.. yang lain pun best jugak.. tapi paling best hari pertama laa.. gambar banyak.. tapi segan nak letak kat sini.. sikit2 boleh laa..

sampai2 je, saya pusing masjid tengok tempat.. ye laa.. cari ruang solat wanita kat mana, bilik air kat mana.. pastu nampak ni..
pandangan yang menginsafkan..
Allah izin, malam tu ada orang meninggal.. jadi esok paginya jenazah tu disolatkan dan ditanam kat situ.. hmm.. satu peristiwa yang pasti akan berlaku pada kita semua.. bila dan di mana, hanya Allah yang tahu.. kita cuma kena sedia tiap2 masa.. Allah..

adik2 soleh solat subuh..
gaya adik2 ni lucu.. saya curi2 ambik dari tingkat atas tempat solat perempuan.. walaupun adik2 ni x serius dan main2, tapi xpe.. dah besar nanti mereka akan mengerti.. Insha Allah.. yang penting kecil2 lagi kena ajar solat.. Alhamdulillah..

antara barisan sekretariat
sebahagian peserta
kami datang dengan 7 buah bas, 5 buah kereta, 1 buah van uni.. ramai.. bahagi 3 bahagian pada hari pertama dan kedua.. berkumpul bersama pada hari ketiga.. sebahagian ke sabak bernam, sebahagian ke sepang dan sebahagian lagi ke program anak angkat di sungai panjang.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

0h.. sebelum terlupa.. sebuah bas tu adik2 dari ma'had tahfiz wa tarbiyah, terengganu.. seronok bersama adik2 ni.. rindu kat ma'had saya dulu.. T_T moga saya berkesempatan gi sana lagi.. ameen.. Insha Allah.. nak ikut..?? j0m..hehe

masih ada bicara yang belum terluah..
masih ada kalam yang belum terucap..
namun apakan daya, maaflah..
tiada lagi yang mampu diungkap..

moga Allah mengira setiap amalan yang kita perbuat.. ameen..
moga Allah istiqamahkan langkahan kita di atas jalan yang benar.. ameen..
moga kita tergolong dalam golongan orang2 yang Allah sayang dan beri rahmat.. ameen..
moga kita meletakkan Allah di depan dalam setiap tindak tanduk kita.. ameen..

wallahua'lam.. wassalam..

~tambahan kat sini..~

Tuesday, August 9, 2011

apa bukti kamu kata kamu cinta..??

Bismillahirrahmanirrahim..

semoga hari ini kita semua sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya.. ameen..

hari ini, saya ingin mengajak diri saya dan kamu berfikir..
tentang apa..??
tentang satu perkara yang penting dalam hidup kita..

semua orang pasti pernah, sedang atau akan mengalami perasaan ini..
apa dia..??
sesuatu yang bisa menjadi motivasi yang paling tinggi dalam hidup manusia..

saya yakin, di mana2 saja topik ini disebut, pasti akan mengundang minat ramai orang..
mengapa..??
sebab perasaan itu fitrah..

agak2 apa..??

ya.. benar..
CINTA..


momentum cinta

c.i.n.t.a.

ibu dan ayah terhadap anak2nya..
anak2 terhadap ibu dan ayahnya..
abang dan kakak kepada adik2nya..
sahabat terhadap sahabatnya..
dll..

saya ingin mengajak kita sama2 untuk fikirkan bukan hanya tentang perasaan itu..
tapi, mengenai BUKTI CINTA itu..

kamu cinta ibu dan ayah kamu..?? apa buktinya..
kamu cinta pada adik2 kamu..?? apa buktinya..
kamu cinta terhadap sahabat kamu..?? apa buktinya..

cinta yang sebenar adalah yang membawa diri kita dan orang yang dicintai itu
menuju redha Ilahi..
dipandu ke syurgaNya..
menggapai sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Ilahi..
itu cinta yang mahal harganya..

bukan cinta yang menjerumuskan diri kita dan orang yang dicintai
ke dalam kemurkaan Ilahi..
ke jurang nerakaNya..
ketahuilah dan sedarlah..
bukan itu yang kita cari...

cinta ibu dan ayah terhadap anak2nya..

pabila terdapat kesalahan yang dibuat oleh si anak, pasti akan ditegur dan dinasihat secara baik dan berhikmah bagi memastikan anak2nya tidak mengulangi kesilapan, tidak berterusan melakukan dosa dan tidak mengundang murka Allah swt..

pasti akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2nya agar mereka sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta diberi petunjuk olehNya agar hidup berpandukan syariat..

pasti akan bekerja bersungguh- sungguh demi memberikan anak2nya rezeki yang halal lagi baik agar dari rezeki yang halal dan baik itu dapat melembutkan hati anak2 untuk patuh pada perintah Allah..



cinta abang dan kakak terhadap adik2nya..

pasti akan nasihat menasihati pada kebaikan, saling berkongsi pengalaman agar adik2 yang belum melalui dapat mengambil iktibar dan pengajaran, dan sentiasa saling mengingatkan agar jadi anak yang soleh solehah musleh muslehah..

pasti akan saling lengkap melengkapi dan tolong menolong dalam segala hal agar setiap kerja yang dilaksanakan dapat diuruskan dengan baik..

pasti akan belajar dan berusaha bersungguh- sungguh demi menjadi qudwah dan contoh terbaik buat adik2..

cinta sahabat terhadap sahabatnya..

pasti akan dihulur tangan tika terjatuh dalam bertatih agar sama2 boleh terus melangkah ke hadapan menuju redha Ilahi..

pasti akan disambut saat tangan dihulurkan agar sahabat tidak menderita dan merasai kesusahan keseorangan..

pasti ditutup keaiban sahabatnya...

~pasal sahabat, nak tahu lebih lanjut saya cadangkan kamu hayati novel Sinergi oleh Hilal Asyraf.. ada di pasaran.. terbitan Telaga Biru.. sebab nak hurai ayat panjang2 ni saya x reti..ok?.. =) ~

kita lihat pula bukti cinta Rasul saw terhadap kita ummatnya...
sehingga ke nafas yang terakhir baginda saw masih memikirkan ummatnya.. ummati ummati ummati..
baginda berjuang dan terus menyebarkan Islam dengan titisan darah, segala kerah tenaga, jerih perih, harta bahkan nyawa demi kita sehingga kita dapat merasai kemanisan iman dan islam saat ini...

~sama2 kita hayati sirah kehidupan baginda dan pengorbanan para sahabat baginda.. setiap kali terkenangkan, andai Rasul saw berada di saat kita sekarang ini, andai baginda tanya kita apa yang kita dah perjuangkan untuk Islam, pasti mengundang rasa sebak di hati.. andai baginda melihat situasi kita umatnya di saat ini, pasti tak tahu mana nak letak muka ni.. ya Allah.. betapa besar kasih dan cinta Rasul saw terhadap kita..~

akhir sekali, saya ingin mengajak diri saya dan kamu, meneliti cinta Allah swt terhadap hambaNya..
Allah yang mencipta segala2nya di dunia ni.. benar..?? BENAR..
Allah yang cipta kita.. betul..?? BETUL..
secara logiknya, mesti la yang mencipta itu lebih tahu pasal yang dicipta.. ya x..?? YA
jadi..
mari kita renung ayat2 Allah ini..

"Sesungguhnya deen di sisi Allah adalah Islam..."
 [Ali- Imraan:19]

"Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan hanya kepadaNya mereka dikembalikan?"
[Ali- Imraan:83]

"Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.."
[Ali- Imraan:85]

"Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.."
[Ali- Imraan:102]

~Betapa Allah itu kasih pada hambaNya.. Allah sediakan rahmat yang besar bagi kita sebagai petunjuk dalam kehidupan ini iaitu Al- Quran.. Allah turunkan pada kita para Nabi dan Rasul sebagai pemberi khabar gembira bagi orang beriman dan pemberi peringatan.. supaya kita ada contoh yang real yang kita boleh ambil..~

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.."
[Al- Ahzab:21]

"Sungguh, Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan engkau tidak akan diminta (pertanggungjawaban) tentang penghuni2 neraka.."
[Al- Baqarah:119]


Mari kita sama2 fikirkan kembali mengenai diri kita.. adakah masih di jalan yang benar, ataukah telah termelencong dari arah yang sebenar..?? sama2 fikirkan dan kembali ke jalan yang benar..

bukan cinta jika membawa kepada derita..
bukan cinta jika tidak meletakkan Allah sebagai yang utama..
bukan cinta jka hanya sementara..
bukan cinta jika tiada niat mahu bersama di syurga akhirnya...

moga Allah bimbing kita menuju cintaNya..
moga Allah tunjukkan jalan untuk kemudi arahNya..

wassalam..

Thursday, August 4, 2011

Puasa-AlQuran-TaQwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam keceriaan, salam kebahagian, salam penuh kasih sayang di bulan yang mulia ini.. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. ameen.. Insha Allah..

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak  diri saya dan kamu untuk kita meneliti kembali bagaimana sikap para sahabat Rasul saw dalam menghadapi Ramadhan ini.. pastinya mereka tempuhi dengan penuh keimanan kepada Allah swt.. Iman mereka adalah iman yang benar.. Kasih sayang dan ukhwah mereka adalah kasih sayang dan ukhwah yang benar.. Kesungguhan mereka adalah kesungguhan yang benar..

Mari kita sama2 manfaatkan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.. Peluang untuk berada di bulan yang mulia ini, perlu kita hargai kerna kita tidak tahu barangkali ini adalah Ramadhan terakhir kita.. Mari kita sama2 bersihkan hati, sucikan jiwa, buang karat2 jahiliyah yang masih ada dalam diri.. semoga kita bisa meraih taqwa.. ameen.. Insha Allah..



cuci hati


Ramadhan adalah bulan rahmat dari Allah swt.. diberi kepada kita hambaNya sebagai tanda kasih sayangNya pada kita.. saya petik perkongsian yang saya dapat dari fb Halaqah Keluarga..

Setiap tahun, Allah swt menyediakan khusus satu bulan untuk kita berpesta ibadah. Yakni Ramadhan.

Kenapa Ramadhan dipilih sebagai bulan Pesta Ibadah bagi mukmin dan muttaqin (orang yang bertaqwa)?
puasa-AlQuran-taQwa


A) Dalam surah Al-Baqarah ayat 185 - Allah swt menyatakan bahawa pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran. Al-Quran yang menjadi elemen terpenting bagi manusia bergelar mukmin dan muttaqin adalah disebabkan, kandungannya memiliki petunjuk kepada kita berkenaan siapa kita, siapa Tuhan kita, kenapa kita diwujudkan, untuk apa kita di sini (dunia) dan ke mana kita akan pergi (setelah mati)!
B) Apa ada dalam bulan Ramadhan?! Allah swt mewajibkan kita berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Aktiviti utama Ramadhan adalah PUASA. Ianya satu pesta ibadah kerana tidak diwajibkan PUASA pada hari, minggu, atau bulan yang lain melainkan khusus dalam bulan Ramadhan sahaja.

C) Kenapa berpuasa?! - Dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah swt menyatakan bahawa Objektif puasa adalah untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa kepada Allah swt. Taqwa merupakan elemen penting atau tujuan penting yang wajib lahir dari PUASA tersebut. Orang yang bertaqwa dinamakan muttaqin.

D) Kenapa perlu menjadi muttaqin?! Dalam surah Al-Baqarah ayat 2, Allah swt menyatakan bahawa Kitab (Al-Quran) diturunkan sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Nah!.. sekarang fahamilah kita betapa significantnya BULAN RAMADHAN, TAQWA DAN AL-QURAN.


Hubung kait ketiga-tiga elemen ini amat penting untuk kita fahami supaya puasa yang dilaksanakan tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.
Kongsikan dengan isi rumah bahawa - bulan Ramadhan adalah bulan mulia Allah swt turunkan Al-Quran, dengan Al-Quran kita mendapat petunjuk, dengan petunjuk kita berpuasa untuk taat perintah Allah swt, dengan berpuasa juga kita menjadi hamba yang bertaqwa, dengan taqwa kita lebih kenal Allah dan dapat berperanan sebagaimana yang Allah swt kehendaki kepada kita.

Oleh itu, meriahkan PESTA RAMADHAN kita ini dengan kefahaman yang betul, melaksanakan ibadah puasa, tilawah Quran dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

INGAT RAMADHAN, INGAT PESTA IBADAH - YAKNI PESTA MERAIKAN TURUNNYA AL-QURAN YANG MENJADI PETUNJUK KEPADA MANUSIA UNTUK KENAL SIAPA PENCIPTANYA, UNTUK APA DIA DICIPTAKAN DAN KEMANA DIA AKAN PERGI NANTI...

Wallahu'alam.


saya kongsikan juga satu lagi perkara penting dalam hidup kita ini.. semoga bermanfaaat..


Kalau Kamu
Oleh : Cahyadi Takariawan

Kalau kamu lelah, cobalah tilawah.
Kalau kamu resah, segeralah tilawah.
Kalau kamu gelisah, hilangkan dengan tilawah.
Kalau kamu susah, mulailah tilawah.

Kalau kamu gundah, jangan lupa tilawah.
Kalau badanmu lemah, kuatkan dengan tilawah.
Kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
Kalau jiwamu gerah, perbanyak tilawah.

Kalau matamu basah, segera tilawah.
Kalau pikiranmu cerah, cepatlah tilawah.
Kalau hatimu patah, teruslah tilawah.
Kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.

Kalau kamu merasa gagal, jangan lupakan tilawah.
Kalau kamu kalah, harus banyak tilawah.
Kalau kamu tidak mau kalah, harus makin banyak tilawah.
Kalau kamu tabah, seringlah tilawah.

Kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
Kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
Kalau hatimu berseri bak bunga merekah, seringlah tilawah.
Kalau perasaanmu begitu indah, segeralah tilawah.

Kalau ingin keluarga sakinah, ajak mereka tilawah.
Kalau ingin anak-anak salih dan salihah, ajari tilawah.
Kalau ingin rejeki melimpah, rajinlah tilawah.
Kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.

Kalau ingin mengunjungi Ka’bah, lantunkan tilawah.
Kalau anganmu tengah membuncah, perbanyak tilawah.
Kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
Kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.

Kalau kamu tilawah, itulah jalan menuju jannah.



sama2 kita usaha meraih TAQWA..

semoga kita istiqamah di atas jalan ini.. ameen..
semoga Allah tidak tarik balik hidayah yang telah diberiNya pada kita.. ameen..
semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.. ameen.. 

wassalam..

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Karim..!

"Selamat melalui university of tarbiyah dari Allah 'Ramadhan'.. dan semoga kita graduate dengan pangkat TAQWA.. dan moga2 semester Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik untuk melalui perjalanan hidup ini.."

Salam kemaafan
Lots of love coz Allah
~wardah syuhada'~

gambar dari fb Halaqah Keluarga

semoga bermanfaat..^_^