Tuesday, August 9, 2011

apa bukti kamu kata kamu cinta..??

Bismillahirrahmanirrahim..

semoga hari ini kita semua sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya.. ameen..

hari ini, saya ingin mengajak diri saya dan kamu berfikir..
tentang apa..??
tentang satu perkara yang penting dalam hidup kita..

semua orang pasti pernah, sedang atau akan mengalami perasaan ini..
apa dia..??
sesuatu yang bisa menjadi motivasi yang paling tinggi dalam hidup manusia..

saya yakin, di mana2 saja topik ini disebut, pasti akan mengundang minat ramai orang..
mengapa..??
sebab perasaan itu fitrah..

agak2 apa..??

ya.. benar..
CINTA..


momentum cinta

c.i.n.t.a.

ibu dan ayah terhadap anak2nya..
anak2 terhadap ibu dan ayahnya..
abang dan kakak kepada adik2nya..
sahabat terhadap sahabatnya..
dll..

saya ingin mengajak kita sama2 untuk fikirkan bukan hanya tentang perasaan itu..
tapi, mengenai BUKTI CINTA itu..

kamu cinta ibu dan ayah kamu..?? apa buktinya..
kamu cinta pada adik2 kamu..?? apa buktinya..
kamu cinta terhadap sahabat kamu..?? apa buktinya..

cinta yang sebenar adalah yang membawa diri kita dan orang yang dicintai itu
menuju redha Ilahi..
dipandu ke syurgaNya..
menggapai sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Ilahi..
itu cinta yang mahal harganya..

bukan cinta yang menjerumuskan diri kita dan orang yang dicintai
ke dalam kemurkaan Ilahi..
ke jurang nerakaNya..
ketahuilah dan sedarlah..
bukan itu yang kita cari...

cinta ibu dan ayah terhadap anak2nya..

pabila terdapat kesalahan yang dibuat oleh si anak, pasti akan ditegur dan dinasihat secara baik dan berhikmah bagi memastikan anak2nya tidak mengulangi kesilapan, tidak berterusan melakukan dosa dan tidak mengundang murka Allah swt..

pasti akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2nya agar mereka sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta diberi petunjuk olehNya agar hidup berpandukan syariat..

pasti akan bekerja bersungguh- sungguh demi memberikan anak2nya rezeki yang halal lagi baik agar dari rezeki yang halal dan baik itu dapat melembutkan hati anak2 untuk patuh pada perintah Allah..



cinta abang dan kakak terhadap adik2nya..

pasti akan nasihat menasihati pada kebaikan, saling berkongsi pengalaman agar adik2 yang belum melalui dapat mengambil iktibar dan pengajaran, dan sentiasa saling mengingatkan agar jadi anak yang soleh solehah musleh muslehah..

pasti akan saling lengkap melengkapi dan tolong menolong dalam segala hal agar setiap kerja yang dilaksanakan dapat diuruskan dengan baik..

pasti akan belajar dan berusaha bersungguh- sungguh demi menjadi qudwah dan contoh terbaik buat adik2..

cinta sahabat terhadap sahabatnya..

pasti akan dihulur tangan tika terjatuh dalam bertatih agar sama2 boleh terus melangkah ke hadapan menuju redha Ilahi..

pasti akan disambut saat tangan dihulurkan agar sahabat tidak menderita dan merasai kesusahan keseorangan..

pasti ditutup keaiban sahabatnya...

~pasal sahabat, nak tahu lebih lanjut saya cadangkan kamu hayati novel Sinergi oleh Hilal Asyraf.. ada di pasaran.. terbitan Telaga Biru.. sebab nak hurai ayat panjang2 ni saya x reti..ok?.. =) ~

kita lihat pula bukti cinta Rasul saw terhadap kita ummatnya...
sehingga ke nafas yang terakhir baginda saw masih memikirkan ummatnya.. ummati ummati ummati..
baginda berjuang dan terus menyebarkan Islam dengan titisan darah, segala kerah tenaga, jerih perih, harta bahkan nyawa demi kita sehingga kita dapat merasai kemanisan iman dan islam saat ini...

~sama2 kita hayati sirah kehidupan baginda dan pengorbanan para sahabat baginda.. setiap kali terkenangkan, andai Rasul saw berada di saat kita sekarang ini, andai baginda tanya kita apa yang kita dah perjuangkan untuk Islam, pasti mengundang rasa sebak di hati.. andai baginda melihat situasi kita umatnya di saat ini, pasti tak tahu mana nak letak muka ni.. ya Allah.. betapa besar kasih dan cinta Rasul saw terhadap kita..~

akhir sekali, saya ingin mengajak diri saya dan kamu, meneliti cinta Allah swt terhadap hambaNya..
Allah yang mencipta segala2nya di dunia ni.. benar..?? BENAR..
Allah yang cipta kita.. betul..?? BETUL..
secara logiknya, mesti la yang mencipta itu lebih tahu pasal yang dicipta.. ya x..?? YA
jadi..
mari kita renung ayat2 Allah ini..

"Sesungguhnya deen di sisi Allah adalah Islam..."
 [Ali- Imraan:19]

"Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan hanya kepadaNya mereka dikembalikan?"
[Ali- Imraan:83]

"Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.."
[Ali- Imraan:85]

"Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.."
[Ali- Imraan:102]

~Betapa Allah itu kasih pada hambaNya.. Allah sediakan rahmat yang besar bagi kita sebagai petunjuk dalam kehidupan ini iaitu Al- Quran.. Allah turunkan pada kita para Nabi dan Rasul sebagai pemberi khabar gembira bagi orang beriman dan pemberi peringatan.. supaya kita ada contoh yang real yang kita boleh ambil..~

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.."
[Al- Ahzab:21]

"Sungguh, Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan engkau tidak akan diminta (pertanggungjawaban) tentang penghuni2 neraka.."
[Al- Baqarah:119]


Mari kita sama2 fikirkan kembali mengenai diri kita.. adakah masih di jalan yang benar, ataukah telah termelencong dari arah yang sebenar..?? sama2 fikirkan dan kembali ke jalan yang benar..

bukan cinta jika membawa kepada derita..
bukan cinta jika tidak meletakkan Allah sebagai yang utama..
bukan cinta jka hanya sementara..
bukan cinta jika tiada niat mahu bersama di syurga akhirnya...

moga Allah bimbing kita menuju cintaNya..
moga Allah tunjukkan jalan untuk kemudi arahNya..

wassalam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^