Friday, January 5, 2018

Ianya Pilihan!

"Apa yang kita beri, itu yang kita dapat"

"Kita adalah apa yang kita fikirkan"

"Allah adalah seperti sangkaan hamba-Nya"

Ungkapan yang dah biasa kita dengar.
Tapi sejauh mana memberi kesan kepada tindakan dan persepsi kita?

Pandanglah setiap yang berlaku dengan neraca iman.
Bila kita fikir positif, maka jadilah positif.
Bila kita fikir negatif, kita akan nampak yang negatif saja.

Cakap macam mudah kan?

Betul, mudah ja sebenarnya..

Biasakan diri kita untuk melihat dari sudut positif.
Pandang sesuatu dari kaca mata iman.
Lihat masalah sebagai peluang.

Peluang untuk jadi lebih baik.
Peluang untuk meningkatkan diri.
Peluang untuk jadi lebih matang.
Peluang untuk lebih dekat dengan Allah.

Sebab apa?

Kerana hidup ini cumalah ujian.

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"
[Al-Mulk:2]

Jadi?

Pilihan di tangan kita sendiri!

Sama ada nak pilih yang negatif ATAU yang positif..

Shift Your Paradigm! 
Sumber Gambar

semoga bermanfaat..^_^