Monday, March 5, 2012

bingkisan buatmu mawar idaman..

~Bingkisan Buatmu Mawar Idaman~

perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah swt..
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki
menyentuh dirinya mahupun hatinya..
kerana Allah teramat mencintainya..


sumber gambar: en google.

tetapi,
andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
bagaimana Allah mahu menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita
kepada seorang manusia
yang lebih banyak mengecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri,
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga.

Mengapa masih ragu- ragu?
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.
hargailah kesempatan yang Allah berikan..

Sebesar- besar dosa adalah dosa yang dilakukan saat kita rasa berdosa melakukannya. ~Imam Ghazali~



ukhti habibati,

aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian.
aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan.
aku bangga andai engkau mati di medan kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan.
kerana jangan lupa duhai ukhti sayang,
muliamu bukan kerana pangkat dan harta,
tapi kerana ISLAM..


pesanan yang dititipkan buat diriku dari sahabatku, Faranaqwiyah..
m0ga bermakna juga buat kalian.. ^^

semoga bermanfaat..^_^