Tuesday, November 30, 2010

memperbaharui iman yang usang



Kelusuhan dalam hati menjadikan kita tak bermotivasi dalam melaksanakan dan meningkatkan amal kebaikan. Jika hal ini terjadi, m0honlah kepada Allah, agar dikurniakan hati yang tunduk dan patuh hanya pada-Nya..

Ayuh! Kita muhasabah kembali..mengapa hal ini terjadi...
Sebab hati lusuh, iman usang:

1. Meninggalkan tilawah Al- Quran
*hati yang meninggalkan tilawah Al- Quran menjadikan hati tidak kukuh dan mudah goyah
*mengurangkan kebaikan yang Allah nak bagi
*tanda kita banyak lupa pada Allah sebenarnya

2. Jarang berzikir dan suka bermalas- malasan (dalam menunaikan ibadah)
*boleh mengakibatkan kemunafiqan bila tidak segera mengatasi kemalasan.
*"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka(Allah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani spt melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.." [An-Nisa':142]

3. Sibuk dengan urusan duniawi
*hati hanya fokus pada urusan dunia
*sepatutnya kita bekerja untuk menambah keimanan

4. Mencintai isteri/ suami & anak2 yang berlebihan
*sehingga mengakibatkan rasa berat untuk melaksanakan ibadah & kewajipan dakwah
*anak akan wujud sifat kikir, pengecut & mudah bersedih (fitrah yang tidak dikawal akan menjadi fitnah)

Indikasi usangnya iman di hati (tanda/ ukuran)

1. Bermalas- malasan dalam menunaikan amal kewajipan
*amal tidak memberi kesan kepada hati

2. Meninggalkan amalan sunat dengan alasan tidak ada hisab ke atas amalan sunat
*cth:sunat rawatib, sunat tahajud

3. Meninggalkan bacaan Quran kecuali di majlis tahlil dan seangkatan dengannya
*baca sekadar keluar suara tapi tak tembusi hati

4. Sangat jarang berzikir dan berd0a kepada Allah swt
*hati lupa pada Allah

5. Melihat pelbagai urusan dunia dari sudut pandang berdosa atau tidak berdosa untuk melakukannya.
*buat perkara makhruh & syubhah sedangkan perkara syubhah itu mendorong untuk terjerumus dalam perkara yang haram

6. Banyak melakukan hal yang sia2

7. Lemah tanggungjawab keagamaan dalam jiwa sehingga tidak melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar

8. Tingginya cita2 duniawi dalam diri
*hanya fikir nak dapat apa yang seronok bagi nafsu sahaja

9. Munculnya sifat egois
*lebih mementingkan diri sendiri sehingga lemahnya ukhwah

*Perkongsian hQ- Januari 2010

Thursday, November 25, 2010

Nasihat Ibn Taimiyah..


Akhi Da'iyah,
Jangan jadikan hatimu mudah dihanyutkan syubhat,
seperti bunga karang di tepi laut yang kian ternoda tatkala diterpa gelombang air.
Jadilah bak cermin yang tetap kukuh.
Berbagai isu dan tuduhan hanya lalut di hadapannya,
dan tidak menetap padanya.
Cermin menolak semua itu dengan kekukuhannya.
Bila tidak demikian,
bila hatimu menghirup semua syubhat yang melaluinya,
nescaya ia akan menjadi sarang segala tuduhan dan isu yang tak jelas.

Ketahuilah, di antara kaedah syariat dan hikmah menyebutkan,
bahawa siapa yang banyak dan besar kebaikannya,
dan telah menanam pengaruh nyata di dalam Islam,
mungkin saja melakukan kekeliruan yang boleh jadi tidak dilakukan orang selainnya.
Orang seperti itu dapat dimaafkan.
Maaf yang tidak diberikan pada selainnya.
Sesungguhnya kemaksiatan itu adalah kotoran,
dan air bila mencapai dua kolah,
tidak membawa kekotoran.

[Nasihat Ibn Taimiyah kepada muridnya, Ibn Qayyim]

Wednesday, November 24, 2010

semua orang buat silap kan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

"Setiap anak Adam itu berdosa. Sebaik- baik orang yang berdosa itu adalah orang yang bertaubat.." [Al- Hadith]



Siapa yang xbuat salah? Semua orang buat salah kan.. Sama ada yang kita sedari ataupun x.. Benar, nak berubah tu, bukan la satu benda yang mudah.. saya juga mengalami saat dan detik itu.. Masa tu saya masih di bangku sekolah.. Bila nak berubah ni, pastinya yang akan turut terkesan adalah teman2 sekeliling.. betul x..? ye la..tiba2 jadi baik -baik sikit la dari sebelumnya kan-, adakalanya kawan2 sekepala pun susah dan ambil masa nak terima kan... Di pendekkan cerita, Allah izin, beberapa tahun lepas tu baru saya tahu dari seorang teman saya, pelbagai cerita dan pandangan kawan2 terhadap saya..! Betapa Allah tahu ketidakmampuan saya untuk menerima dan mendengar cerita2 -ve itu..! Bila saya fikir balik, mungkin Allah tahu saya xmampu nak hadapi dan terus dalam perubahan +ve bila saya kena hadapi semua tu kan.... Allah.. lemahnya saya....T_T

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan di sini..
Kisah ni berlaku masa saya masih sekolah juga.. Saya sedar saya silap.. Dan saya d0a sangat semoga saya xulang lagi buat perkara yang sama.... Kesilapan dalam berdakwah.. kesilapan dalam mengajak teman2 seperjuangan.. cara saya yang salah.....
Masa tu, yang saya fikir adalah untuk cegah mungkar.. tapi saya xfikir kesan jangka panjang.. sama ada cara saya itu membawa kepada ma'ruf ataupun tidak..

Seorang murabbi saya pernah pesan.."Kita nak ajak kepada ma'ruf (kebaikan) ni, kena pastikan cara kita, kaedah kita, akhirnya akan membawa kepada ma'ruf juga.."

Jika tidak, diam itu adalah lebih baik.. Tapi, diam bukan bermakna terus membiarkan kemungkaran itu berlaku.. Cuma mungkin itu bukan saat untuk kita tegur dulu.. Kita boleh guna cara lain yang lebih baik.. Bergantung pada keadaan dan situasi.. Contohnya:
*tunjuk Qudwah (contoh) yang baik
*menangi hati orang yang paling berpengaruh dalam kumpulan tu, bila dah rapat dan rasa oleh tegur, baru tegur dengan cara yang baik..
*boleh juga minta orang yang rapat dengan mereka/ orang yang mereka hormat untuk menegur
*tegur secara umum di kalangan umum/ semua orang
-dan macam2 lagi cara yang difikirkan terbaik dan sesuai, selagi xlanggar syara'..:)

tiada niat saya nak burukkan sesiapa..cuma yang saya nak tekankan di sini adalah, adakalanya, kita kena fikirkan dan teliti cara dan kaedah kita dalam mengajak insan lain kepada Allah.. Sebab kesilapan tu, sedikit sebanyak akan memberi kesan pada kehidupan kita, kehidupan orang lain.. Tapi, seandainya kita dah buat silap, jangan terus mengalah.. Jangan terus- terusan hidup dalam bersalah itu.. Yang penting, usaha untuk perbaiki diri dan bertaubat, m0hon ampun pada Allah swt.. Kena banyak d0a supaya Allah tunjukkan jalan terbaik dalam berdakwah..

Kesilapan dalam berdakwah, dalam mengajak insan lain kepada Allah tu, anggaplah ia sebagai satu pengajaran, satu tunjuk ajar dari Allah swt.. supaya untuk masa akan datang, dengan sesiapa saja yang lain, kita xbuat kesilapan yang sama.. kita berfikir dulu sebelum bertindak.. fikir jangka panjang......

"Perbaiki dirimu, dan seru/ ajaklah orang lain" [Sheikh Mustafa Masyhur]

Macam mana ya nak dapat kekuatan untuk berubah...?



Ya... itulah jawapan yang paling tepat..Bukan satu perkara yang mudah kan... Tapi ingatlah diriku, dan sahabat2 sekalian, kekuatan itu hanyalah milik Allah.. jadi, kita kena pohon daripada-Nya..! M0honlah dengan sepenuh hati, sepenuh kesungguhan.. Bukan dengan main2 dan tiada keseriusan.. Melalui solat dan sabar..!

Oleh itu duhai diriku dan sahabat2ku sekalian..
Marilah kita sama2 perbaiki dan tingkatkan diri kita.. Marilah kita mulakan dengan detik ini.. Mulakan dengan niat yang betul dan benar.. Agar jalan yang kita bakal lalui ini, terus2an mendapat redha Allah swt.. Insha Allah..



Yang paling penting adalah usaha...!
Perbetul niat dan pastikan tidak langgar syara'..!



Andai terlintas untuk berubah menuju kebaikan dalam hatimu, turutilah seruan itu, kerna itu adalah lintasan daripada Allah.. mungkin tidak akan berulang banyak kali..!
Teruskan usahamu.. Teruskan mujahadahmu.. Semoga Allah menilai dan mengambil kira segala usahamu itu sebagai amal soleh di sisi-Nya...! Ameen..

Wallahua'lam..

Monday, November 22, 2010

ukhuwah itu indah..



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

Pesonanya ukhwah fillah!
Bila berjauhan, pasti merindu..
Bila dekat, pasti bertambah erat..
Bila tersalah, pasti ada yang membetulkan..
Bila beramal, pasti lebih bersemangat..
Bila sedih, pasti ada yang menghiburkan..
Bila terlalu gembira, pasti ada yang mengingatkan..
Bila berjuang, pasti x keseorangan..
Bila lemah, pasti ada yang menghulurkan tangan..



Saat ini, saya benar2 rasa rindu pada sahabat2 saya.. Rindu pada suasana ukhwah yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang Allah.. Rindu pada sahabat2 yang mendidik.. Rindu pada sahabat2 yang sentiasa mengingatkan di saat lupa dan leka.. Rindu di saat semuanya berlumba2 berbuat kebaikan..

Sungguh..Ukhuwah itu indah.. kerana dengannya kita di janjikan Jannah..!


Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah swt.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur Allah memberi saya nikmat itu.. Merasai manisnya ikatan ukhuwah yang dibina bila hanya kerana Allah.. Walau kini, mungkin pertemuan itu tidak selalu berlaku, bagi saya, d0a yang dititipkan buat sahabat seperjuangan juga cukup untuk mengubat rindu..


Duhai sahabat2ku..
Kita dipertemukan atas dasar aqidah yang sama..
Kita dipertemukan di saat dan detik yang sangat memberi makna..
Bukan kerana kita satu batch kita rapat..
Bukan kerana kita satu sekolah kita rapat..
Bukan kerana kita satu persatuan kita rapat..
Bukan kerana kita satu kolej kita rapat..
Bukan juga kerana kita pernah berjumpa di satu pr0gram kita rapat..
Bukan.. Bukan kerana semua itu..
Itu namanya Ashobiah..
Bukan itu yang kita mahukan..
Tapi kita bersahabat kerana Allah..
Bersahabat kerana Allah ini, bukan sekadar kata2..
Pasti ada ujiannya.. Baru bisa capai nikmat-Nya..

Lagi indah rasanya, jika sahabat itu..
Adalah yang sama2 perjuangkan aqidah yang satu ini..
Adalah yang sama2 perjuangkan keimanan kepada Allah ini..
Adalah yang sama2 pertingkatkan diri demi mencapai redha Ilahi..
Adalah yang sama2 berjuang di jalan ini..
Adalah yang sama2 bekerja di atas jalan ini..
Adalah yang sama2 memikul beban dakwah ini..
Adalah yang sama2 berusaha menggapai redha dan syurga Ilahi..



Sem0ga kasih Allah sentiasa bersamamu duhai sahabatku..
Sem0ga kita sama2 terus thabat dan istiqamah di atas jalan ini..
Sem0ga kita nanti ditemukan kembali di Jannah-Nya yang abadi..
Insha Allah.. Ameen..
Salam ukhwah bil Iman lillah..:)

wassalam..

Sunday, November 21, 2010

Ayuh! teruslah mara ke hadapan..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

Sedikit peringatan buat diri ku yang sering lupa..

Duhai diri..
Ingatlah bahawa, di mana pun kita berada, itu bererti Allah kirimkan kita di situ.. Ketahuilah bahawa peluang untuk beramal itu berada di mana2. Cuma bergantung pada kita mahu melaksanakan amal atau tidak. -Amal Qawie kah? atau cuma Amal Dhaif..?-
Maka segala cabaran di tempat itu nanti adalah medan amal yang luas untuk kita..

Duhai diri..
Di saat kita merasakan bahawa kita bersendirian, -merasa tiada teman dan kawan,- sebenarnya itu adalah saatnya untuk kita meningkatkan kualiti diri.. Kerana berada di kondisi nyaman, -ramai teman dan sahabat seperjuangan,- terkadang membuat kita terlena.. Terleka dengan kemudahan dakwah, terlena dengan ramainya saudara di sekitar kita sehingga menyebabkan kita tidak merasa gentingnya untuk perbaiki dan pertingkatkan diri..

Duhai diri..
Bukankah hidayah itu milik Allah? Bukankah kita hanya mampu berusaha, natijah itu milik Allah? Bukankah masa itu sebahagian daripada rawatan? Namun, mengapa duhai diri, mengapa tidak sabar dan mengeluh lambat merasa hasil? Mengapa rasa jemu menghantuimu tatkala tiada yang menyahut seruanmu..? Mengapa rasa lemah menyapamu di saat tiada yang menyambut huluran tanganmu..? Mengapa..? Mengapa..? Lupakah dikau akan janji2 Allah? Semudah itukah dikau mengalah..? Alangkah ruginya.. Alangkah ruginya.. Andai cuma sekecil ini dugaan yang menimpamu, dikau sudah menarik diri dari gerabak dakwah ini...!



Duhai diri..
Ingatkah dikau akan karakter asas tarbiyah?
*Sukar, tetapi hasilnya terjamin..
*Panjang masanya, tetapi terjaga keasliannya..
*Lambat, tetapi terjamin hasilnya..
Maka, yakinlah bahawa, ini adalah jalan yang patut dikau lalui dan teruskan sehingga akhir hayatmu.. Benar, memilih jalan Rasul saw ini bermakna dikau memilih keletihan dan kepayahan.. Kerna, akhirnya adalah nikmat, keberuntungan yang paling besar dan anugerah yang tidak ternilai harganya...!

Duhai diri..
Saat ini, kembali semak hatimu.. 0h hati, bagaimana keadaanmu..? -Hidupkah, sakitkah atau matikah..?- Ambillah masa sebentar, untuk mengecas kembali imanmu.. Agar detik2 selepas ini menjadi detik perkiraan amal Qawie mu.. Insha Allah..

Duhai diri..
Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja.. Sampaikanlah Islam kepada sesiapa sahaja kerana Islam itu bukanlah warisan dari kedua orang tua.. Setiap orang punya latar belakang yang berbeza2 dan hati2 yang berhajat kepada Islam itu ada di mana2.. Hati2 yang inginkan cahaya kebenaran itu ada di mana2.. Cuma saat ini yang diperlukan adalah usaha kerasmu untuk mengenal pasti pemilik hati2 itu.. Sedarlah..

Duhai diri..
Saat ini, umat manusia berada di jurang kehancuran.. Kerosakan demi kerosakan yang wujud pada hari ini adalah disebabkan krisis 'nilai' yang dihadapi oleh masyarakat.. Mereka hilang arah tujuan, hilang pegangan hidup yang benar.. Hanya mengikut kehendak nafsu yang inginkan kesenangan.. Namun, kesenangan itu sementara.. Keseronokan yang sebentar cuma.. Maka, adalah menjadi tugasmu untuk sama2 kembali tingkatkan diri dan mengajak yang lain untuk turut merasai kemanisan beriman kepada Allah swt..

Duhai diri..
Ayuh! Apa lagi yang dikau tunggu.. Sampai bila lagi dikau menangguhkan waktu.. Masa itu tidak kan pernah berpihak pada kita.. Mati juga sentiasa mengejar kita.. Tiada lengah walau sesaat pabila telah tiba saatnya.. Telah berkata Imam Syafi'e: Istirehat seorang aktivis itu, adalah satu bentuk kelalaian..!

Duhai diri..
Andai saat ini lemah menguasaimu, sedih memikirkan kekurangan yang ada padamu, usahalah untuk bangkit kembali.. Sedarlah bahawa saat ini, Allah inginkan dikau lebih erat dengan-Nya.. Berusahalah sekuat hatimu untuk bangkit kembali.. dengan IMAN.. kembali lah.. kepada Allah..



Duhai sahabat2ku..
sem0ga kita sama2 saling terus kuat menguatkan, saling ingat memperingatkan, saling lengkap melengkapkan.. Sungguh, tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan dan kekuatan dari Allah swt.. sem0ga segalanya adalah amal kerana-Nya semata.. saling mend0akan ya..^_^

wassalam..

Saturday, November 20, 2010

m0tivasi-tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah swt..



"Wahai orang2 yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,
Nescaya Allah mengampuni dosa- dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai- sungai, dan ke tempat- tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.." [As- Saff:10-13]


"Indahnya mukmin itu.
Bilamana dia buntu, dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus.
Apabila dia sedih, lalu tangisnya diajukan pada-Nya yang Maha Mendengar.
Apabila dia keliru dalam memilih, maka dia kembali kepada-Nya yang bersifat SATU!
Lalu Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu. Malah menambah akan hal- hal yang datang dari sudut yang x disangka- sangka. Dia memujuk hamba-Nya dengan janji- janji-Nya dan Dia membuat pilihan bagi hamba-Nya. Allah suka padanya, lalu ketenangan menyelubungi hatinya.."


"Jangan korbankan diri untuk kebahagiaan yang sementara sehingga menggadai kebahagian hakiki yang diidamkan oleh semua hamba yang BENAR- BENAR BERIMAN.."


"Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya, meski terkadang berlawanan dengan apa yang ia terima dalam kehidupan.
Saat mendapat musibah, air matanya menitis.
Tapi hatinya terilham untuk meyakini, bahawa apa yang diberikan Allah padanya pasti yang terbaik untuknya.
Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat, tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila ia diuji Allah, itu adalah tanda bahawa Allah masih sayang padanya.."


"Setiap mukmin meyakini di sebalik kehendaknya terdapat kehendak Allah swt dan di sebalik kemampuannya terdapat kekuasaan Allah swt. Untuk itulah Rasul saw mengajarkan kita istikharah.."


"Ketenangan itu milik hati2 yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita , jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah swt.. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti.."


"Jiddiyah adalah pelita hati. Malas dan main2 itu adalah penggelap jiwa, penghalang kita dari meraih pahala dan mendapat kasih sayang Allah swt. Kemalasan juga menimbulkan pelbagai penyakit jasad dan hati.. Teruskan mujahadah dan berserahlah pada-Nya.."


"Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji.
Makin banyak d0a, makin banyak ujian yang menimpa.
Kerana..
segala yang dipinta x datang dengan segera, tapi ia akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi-Nya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Dia memberi apa yang kita perlu.."


"Ladang dakwah terhampar luas,
kewajipan kita untuk menyirami tanah- tanah tandus,
menyemai benih- benih unggul,
agar tumbuh pohon- pohon kejayaan Islam..
Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah.
Jangan bersedih.
Di mana kita berada,
disitulah dakwah kita sebarkan..!"
[Sang Murabbi]

Friday, November 19, 2010

Salam perjuangan, salam pengorbanan..

Assalamua'laikum wbt..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam aidil adha, salam pengorbanan, salam perjuangan buat semua.. Semoga Aidil Adha kali ini memberi erti yang besar bagi kita..


Saat ini, Alhamdulillah.. saya telah kembali ke kampus setelah lebih kurang 3 minggu bercuti.. Bagi saya, cuti kali ini saya agak puas hati kerana banyak juga aktiviti yang saya ikuti dan isi walaupun rasanya banyak lagi perkara yang saya xisi dengan sebaiknya.. Tapi Alhamdulillah, banyak benda saya belajar.. Alhamdulillah..

Semalam, saya sempat mengikuti program qorban bersama sahabat2 saya.. Dah agak lama sebenarnya saya xj0in program qorban bersama mereka.. xsilap saya sejak sek men.. Sebab setiap tahun bertembung dengan program qorban yang dibuat di rumah nenek saya.. Tahun ini, Alhamdulillah.. sempat menolong dan bersama mereka.. Ramai yang saya jumpa.. sahabat2 masa tadika ada, sahabat2, senior dan junior sek men ada, sahabat2 kolej pun ada...:) Alhamdulillah.. merasai kembali suasana yang soleh dan mendidik itu membuatkan saya benar2 rindu pada suasana itu.. Amal Jamaie.. Bersama2 menolong dan melicinkan perjalanan program.. Dari menyediakan bihun untuk sarapan pagi, kemudian melapah daging qorban, masak guna kawah, sehinggalah basuh pinggan mangkuk.. Semuanya membuatkan saya rasa bahagia dan merasai nikmat persaudaraan kerana Allah.. Tiada yang dengki mendengki, tiada yang curi tulang, tiada yang berbual kosong.. Semuanya saling bantu menbantu dan mewujudkan suasana yang mendidik.. Pengalaman dan ilmu yang saling dikongsikan bersama membuatkan saya rasa indahnya saat itu..! Setelah itu, sempat juga saya ke rumah nenek dan ke rumah pak cik saya yang turut mengadakan program qorban..

Pengalaman hidup ini, sama ada tatkala diberi nikmat mahupun di saat diuji oleh Allah swt, pastinya semua itu adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada kita hambaNya.. Sewajarnya, segala yang hadir dalam hidup kita, kita terima, redha dan syukur dengan sepenuh hati.. Insha Allah.. kita akan dapat melihat hikmah dan kebaikan setiap kejadian itu..

Walau seteruk mana pun ujian itu, yakinlah, ada mudahnya kemudian hari..
Walau seberat mana pun ujian itu, yakinlah, ada yang lebih berat ujiannya dari kita..
Walau sebesar mana pun ujian itu, yakinlah, ada yang lebih besar tanggungannya..

Benar..kata2 itu, lebih mudah untuk diungkapkan berbanding yang menerima dan menghadapi ujian.. Namun, yakinlah.. Allah tidak kan pernah menzalimi hamba-Nya. Segalanya pasti dalam kemampuan kita.. Dan segalanya pasti ada jalan keluar buat kita.. Apa yang kita perlu buat adalah, usaha dan mohonlah pada-Nya..!

Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik.. saya cuma seorang hamba yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.. Namun bagi saya, saat saya bermula untuk berblog ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya, perasaan saya, kehidupan saya dll agar apa yang baik itu dapat dijadikan teladan, yang tidak baik itu dihindarkan.. Insha Allah.. saya juga masih belajar.. belajar berkongsi rasa hati, belajar meluahkan apa yang di hati, belajar membumikan apa yang difikirkan.. bukan sekadar untuk kalian, tapi juga sebagai peringatan buat saya, insan yang selalu lupa..

Akhir kata, semoga sama2 beroleh manfaat dan kebaikan.. ameen..Insha Allah..
Jutaan terima kasih buat semua yang telah mendidik saya, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. Jutaan kemaafan juga saya hulurkan di atas segala kesilapan dan kekurangan saya. Saya cuma mapu berusaha untuk memberikan yang terbaik semampu saya..

0h ya.. Aidil Adha ini, jangan makan daging banyak sangat.. Makan, makan juga.. tapi kesihatan juga perlu dijaga.. :) Moga setiap detik kehidupan kita menjadi ibadah kita kepada-Nya.. Insha Allah..wallahua'lam..

Thursday, November 11, 2010

puteri harapan..



Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah.. Allah izin saya berkesempatan untuk mengikuti kem bersama adik2 form 3 sek men agama kampung laut (smakl) di terengganu.. Kem ni bermula pada 8-10 Nov 2010.. Bagi saya, saya bersyukur sangat Allah izin saya dapat j0in program ni.. Banyak benda yang saya dapat.. Melihat telatah dan reaksi adik2 sepanjang program tu membuatkan saya rindukan saat2 saya di sekolah dulu.. Rindukan ukhwah bersama sahabat2, rindukan biah solehah, rindukan peringatan2 yang tidak mungkin saya dapat di tempat lain.. Walau seindah mana pun memori itu, hakikatnya saya tidak mungkin mampu untuk kembali ke saat itu.. Saya hanya mampu mengenang dan berd0a semoga saya masih bisa untuk bertemu dengan sahabat2 seperjuangan saya yang masing2 telah bertebaran di muka bumi Allah ini..

Sepanjang program ini dijalankan, bagi saya, saya juga merupakan peserta program.. bukan sekadar fasilitator.. kenapa..? Dengan tema program "Menjana Kepimpinan Masa Depan", bagi saya kepimpinan ini bukan hanya untuk pengawas, ketua pelajar, tetapi juga kepada setiap individu.. kerana setiap insan adalah pemimpin.. yang paling asas adalah pemimpin kepada diri sendiri..

Setiap program yang dijalankan, semuanya menyentuh hati saya.. Saya nak kongsikan satu aktiviti yang pertama kali saya laluinya.. Slot "kita adalah pemimpin".. Peserta dikehendaki mengenal pasti kelebihan dan kekuatan tokoh yang terdapat dalam potret yang telah disediakan.. Waktu tu, yang ada dalam fikiran saya adalah, IHAB ke, MFY ke, SMM ke, ASQ ke..dll ulama' muktabar.. tapi tahu potret siapa yang dimaksudkan...? Saya dengan perasaan ingin tahu bergerak ke arah potret yang dimaksudkan pabila penceramah(en razali maarof) meminta pelajar pertama melihat potret itu.. Potret itu ditutup dengan sehelai kain dan diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang dewan.. Dan pelajar perlu melihatnya seorang demi seorang tanpa memberitahu rakan2 yang lain apa yang telah dilihatnya.. Maka, saat saya dapat melihat apakah di sebalik kain itu, saya mula mengerti apa yang dimaksudkan..... Potret yang dimaksudkan adalah diri kita sendiri..kenapa..?sebab di sebalik kain itu, terdapat cermin yang memantulkan objek dihadapannya..! Allah....saya terkedu..perasaan sedih menyelubungi saya.. Selama 20-an hidup ini, apakah yang telah saya buat? Apakah yang pimpin diri saya?-iman kah atau nafsu kah..? Astaghfirullahala'zim..

Itu hanya salah satu aktivitinya.. Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap detik, setiap saat bersama adik2 dari hari pertama sehinggalah detik2 kami berangkat pulang, rasa sayu sentiasa menyelubungi saya.. Saya yang telah lama tidak menjadi fc, atau dalam kata lain, dah lama xbercakap depan khalayak ramai(L+P), menyebabkan saya terpaksa bermula dari bawah..Dengan buku di tangan, dan rasa xtahu nak cakap apa, saya cuba juga untuk kongsikan apa yang ada dalam fikiran saya pada adik2.. Saya melihat potensi yang cukup besar pada adik2 itu.. Cuma yang diperlukan saat ini adalah..PROSES.. Proses untuk jadi orang yang hebat di sisi Allah swt.. Nak jadi hebat bukan boleh jadi cam 2 je.. Semua orang bermula dengan '0'.. Yang penting proses.. Dan proses terbaik tentunya proses dengan Tarbiyah Islam.. Insha Allah.. kita semua boleh jadi hebat dengan tarbiyah..
adik2 puteri harapan..:)

Hmmm.... macam2 saya nak bercerita.. tapi, apakan daya.. saat ini, ada beberapa urusan yang perlu dilaksanakan.. Bimbang takut tertangguh entri ini, saya publishkan juga.. semoga sama2 beroleh manfaat.. Insha Allah.. wallahua'lam..

wassalam..

Saturday, November 6, 2010

Allah tahu yang terbaik..

Assalamua'laikum wbt..

Jika kita perhatikan, dalam hidup ini, xsemua benda/ hal yang kita nak, kita dapat.. xsemua benda yang kita hajatkan kita peroleh.. xsemua benda yang kita rancangkan tercapai.. Benar.. kita hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan..


Saya masih ingat, masa mula2 sambung belajar beberapa bulan yang lalu.. Macam2 perasaan yang bermain dan berlegar2 di fikiran saya.. Gembira, takut, risau, fikirkan kemampuan-(bolehkah diri ini?), dan macam2 lagi.. Masa 2, Alhamdulillah.. saya terima banyak mesej dari sahabat2 dan teman2, kebanyakannya mengatakan:
1.tahniah
2.jaga diri
3.terus istiQamah
4.Allah tahu saya mampu sebab 2 Allah 'campakkan' saya di situ
5.teruskan DnT di tempat baru

Masa 2, saya xtahu nak ungkapkan dengan kata2..hanya butiran permata yang gugur..
saya pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya.. Maka dengan lafaz Bismillah, saya mulakan hidup saya di tempat baru.. Saya semak hati, agar niat saya benar dan saya bertitik tolak atas sebab yang betul.. Kerana berputus asa di tengah jalan itu adalah disebabkan oleh berlakunya kesilapan di titik mula..saya sangat mengharapkan semoga Allah merahmati dan melindungi saya kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah swt..

Kenapa saya risau..?
Boleh dikatakan, itu adalah kali pertama saya keluar daripada tempat yang ada suasana yang baik.. Sebelum ini di sekolah menengah, di kolej, merupakan tempat terbaik bagi saya.. Di sana, saya belajar pelbagai perkara dalam hidup ini terutamanya mengetahui bagaimana menjadi insan yang Allah kehendaki dan yang paling penting, saya tahu tujuan saya hidup di muka bumi ini....

Maka, bila Allah izin saya sambung belajar di sini, saya yakin dan pujuk hati, Allah tahu yang terbaik buat saya..

Di sini, memang suasananya jauh berbeza dengan suasana yang saya lalui sebelum ini..
Di sini, tiada sahabat dan teman yang saya kenali..
Di sini, tiada murabbi dan qudwah hasanah yang boleh saya minta tunjuk ajar..
Di sini, jauh dari tempat lain, cuma pekan kecil..
Di sini, banyak perkara yang jiwa saya xselesa dengannya..
Dll......

Tapi,
inilah hakikat yang saya perlu tempuhi..
Di sinilah saya perlu belajar hidup berdikari, bergantung hanya pada Allah..
Di sinilah yang akan memperlihatkan potensi dan diri saya yang sebenar.. apakah saya benar2 berpegang pada Islam itu, ataupun sekadar ikutan semata- mata..
Di sinilah saya akan lebih faham hakikat tenatnya umat Islam kini..
Di sinilah saya perlu dan perlu untuk sentiasa faham dan sedar bahawa betapa hubungan dengan Allah itu mesti dijaga setiap masa..
Di sinilah saya perlu rasa urgent untuk tingkatkan potensi diri dan iman saya agar saya mampu untuk meneruskan perjuangan yang penuh ranjau ini..
Di sinilah saya belajar erti sebenar perjalanan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..
Di sinilah saya mengenal satu hakikat bahawa kita tidak layak menilai manusia itu dari luarannya..
Di sinilah saya sedar hakikat menjadi hamba dan khalifah Allah itu bukan sekadar kata2 dan ucapan sahaja..
Di sinilah saya perlu usaha sehabis daya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar mampu menjadi qudwah kepada masyarakat..
Di sinilah saya belajar erti IKHLAS, SABAR, UZLAH..dll
Di sinilah saya sedar akan hakikat bahawa umat memerlukan kita..! untuk kembali kepada Islam yang sebenar..

Allah...

Betapa saya ini insan yang kerdil.. Tidak mampu dan tidak punya daya mahupun kekuatan.. melainkan yang datang dari Allah swt..
Betapa Maha Halus hikmah di sebalik setiap penyusunan Allah buat kita hamba-Nya..
Betapa kita tidak mampu untuk menjangkau ilmu Allah swt..

Allah...
Ampunkan d0sa2 kami ya Allah..
Berilah kami hidayahMu..
Tetapkan hati kami di atas landasan Deen-Mu..
Ameen..

Maka, marilah kita sama2 pujuk hati agar yakin bahawa setiap yang Allah tetapkan untuk kita, Allah tahu yang terbaik..! Pasti ada hikmah di sebaliknya.. Ya..benar.. Adakalanya untuk kita menerima sesuatu yang sukar itu memakan masa.. Namun, segeralah kembali kepada Allah.. Pujuklah hatimu menuju Allah.. Pujuklah hatimu agar redha dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah.. Yakinlah bahawa sesudah kesusahan itu pasti kan ada kemudahan...

M0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan untuk jadi yang terbaik, untuk dapat yang terbaik, untuk beri yang terbaik, untuk buat sehabis baik.. Insha Allah..

"Bila engkau memandang segalanya dari Rabbmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah x tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya.."

Semoga kita sama2 redha dengan ketentuan-Nya, dan mampu meneruskan kehidupan kita sehabis baik.. Demi Islam hanya kerana Allah.. Insha Allah.. Ameen.. Wallahua'lam..

Wednesday, November 3, 2010

j0m semak hati..

Assalamua’laikum wbt..

Saat ini, ingin sekali rasanya kongsikan bersama kalian, dari seorang murabbi yang saya kasihi, mc Mai..Semoga Allah mudahkan, berikan kesihatan yang baik, dan berinya kekuatan. Ameen. Semoga sama2 mendapat manfaat..Insha Allah..

WHAT THE PROPHET TAUGHT ME
Written by: Pn Maimunah Hashim

“My Rabb has commanded me to do NINE things:

1.To be sincere at all times, in my exterior & interior, overtly & inside my heart. Privately & in public.

2.To observe justice at all times. In agreeable times, & disagreeable times, in happiness & in anger.

3.To take the middle path whether I am very poor or extremely wealthy

4.To give the person who oppress me

5.To connect with person who cuts his/ her relationship with me.

6.To give to the one who does not give me

7.To my conversation be the zikr of Allah

8.To make my silence be that of contemplation & reflection

9.To make my glance be an ibrah (taking lessons from what I see)

I must strive to attain such character so that I can enjoin good & forbid evil effectively”




Bila direnung, dimuhasabah kembali, amatlah sedikit yang telah dibumikan dalam diri ini.. Memang, bukan sesuatu yang mudah namun, apa yang penting adalah USAHA! Untuk jadi yang terbaik, x mungkin hanya dalam sekelip mata.. pastinya memerlukan PROSES.. satu proses yang menuntut pengorbanan yang bukan kecil, mujahadah yang bukan sedikit.. kerana, Islam itu adalah sesuatu yang bernilai. Mana mungkin sesuatu yang bernilai itu diperolehi dengan mudah saja! Tentunya menuntut sesuatu yang besar.. maka, sesukar mana ia sampai pada kita, sebesar itulah kita perlu menjaganya…! Tidak rela kembali ke dalam kejahatan sepertimana kita tidak rela Allah campakkan kita ke dalam azab nerakaNya..!

Bersama berusaha ke arah yang lebih baik..! Insha Allah.. Demi Islam kerana Allah..

Tuesday, November 2, 2010

teruskan perjuangan



Begitulah hakikat perjuangan.. Dalam menggapai sesuatu yang tertinggi dalam hidup ini pastinya perlukan pengorbanan yang bukan sedikit.. Kita nak capai apa..? Pastinya Redha Allah.. kerana Redha Allah itulah yang misi terbesar dalam hidup kita.. Namun, bukan semudah itu jika kita mahukan redha Allah.. Ye la.. If sesuatu yang bernilai tu, mudah je semua orang dapat, xperlu usaha, xperlukan bersusah, xperlukan berkorban, xjadi bernilai dah la..kan..?

Dalam hidup ini, kita terutama saya, hanyalah insan biasa.. Ada kelemahan dan kekurangan, ada juga kekuatan dan kelebihan.. Yang pasti, tiada siapa pun yang sempurna.. Namun tanpa sedar, kita mudah untuk menilai dan menghukum orang lain bersalah, xda iman, dsbgnya.. ya Allah..sukarnya melebur ego.. sukarnya memaafkan orang yang telah melukakan... Sedarlah... segala rasa hatimu itu, tidak mendatangkan keuntungan langsung padamu.. maka, tiada gunanya terus- terusan dalam rasa hati negatif itu.. Ayuh..! P0sitiflah.. Rawatlah rasa hati itu dengan yakin akan janji- janji-Nya.. Semoga ada nilainya usahamu itu di sisi Allah swt.. Insha Allah..

Apa saja dugaan yang hadir dalam hidupmu, hubungkan segalanya dengan Allah.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian itu.. kerna tiada yang sia- sia.. Memang nak didik diri perlukan masa, perlu tanggung keperitan.. tapi, yakinlah.. Allah akan nilai dan kira segalanya.. Andai ikhlas, pasti pertolongan-Nya akan tiba..!

"Kemenangan terbesar mukmin adalah yakin pada janji- janji-Nya..!"

Walau terpaksa harungi kesusahan, namun kesenangan pasti kan menjelma jua.. Teruskan perjuangan..! Allah pasti bersama hamba- hamba-Nya yang sabar dan ikhlas.. Insha Allah..

wallahua'lam..

semoga bermanfaat..^_^