Monday, June 27, 2011

Ayat- Ayat Cinta 2..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak sambung semalam punya.. kali ni bukan dari Kalamullah.. tapi dari hadith dan dari hamba2 Allah yang soleh.. Bagi saya, setiap kata2 itu mempunyai makna dan boleh jadi motivasi di saat kita perlukan (selain Kalamullah).. Dan setiap orang tu berbeza.. ni cara saya.. sebagai peringatan untuk diri saya.. Jadi, mana yang baik tu, boleh ambil buat pedoman dan pengajaran.. mana yang xbaik tu, abaikan saja..


Iman mukmin ajaib
Itulah orang2 mukmin.. Nak capai tahap mukmin pun bukan senang.. kena lalui proses.. Proses Iman..

Dakwah jalan panjang
Dakwah dan Tarbiyah jalan kita.. Sebab kita penyambung tugas Rasul saw.. Moga Allah kekalkan kita di atas jalan ini sehingga akhir hayat.. Ameen..

Jiddiyah pelita hati
Malas bukan sifat orang mukmin.. Nak berjaya kena bersedia.. Sedia berkorban, sedia menanggung derita..

Senyumlah
Walau sehebat mana ujian, senyumlah..Sebab segala yang berlaku tu, pasti ada hikmah di sebaliknya..

Perjuangan itu bukan mudah
Walau perjuangan itu sukar, jangan putus asa.. Sebab kita kena yakin pada janji-Nya..

Serahkan hati pada Allah
Allah tahu yang terbaik..Ya.. Allah tahu yang terbaik..

Tarbiyah hubungkan kita dengan Allah
Allah segala- galanya bagi kita..Allah xrugi sikit pun seandainya kita jauh dari-Nya.. tapi, kita yang akan rugi..

Ujian itu guru
Pengalaman silam mengajar erti hidup.. Ambillah pengajaran walau dari siapa pun..

IstiQamah
IstiQamah satu proses yang boleh jamin kita sentiasa ingat pada Allah.. Semua orang yang pernah lalui tarbiyah tu akan dekat dengan Allah.. Tapi xsemua orang yang pernah lalui tarbiyah itu boleh istiqamah sehingga akhir hayat.. kena banyak doa dan usaha agar kita sentiasa istiqamah..

Jiwa manusia ~MAR~
Usahalah untuk memiliki jiwa yang besar.. Orang yang berjiwa besar akan nampak segala masalah yang datang kecil tapi orang yang berjiwa kecil akan lihat segala masalah yang datang tu besar..

Mehnah di jalan Dakwah
Mehnah itu pasti ada.. Sebab nak berjuang tu perlukan persiapan dan persediaan dan sebab nak raih syurga tu bukan senang..

Teruskan perjuanganmu sahabatku
Kebenaran itu pasti akan menang.. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali khianati orang lain terutama saudara seislam..

Buatmu sahabatku
Ukhwah fillah itu lebih bermakna dari persahabatan kerana dunia.. Rasul saw tu ikutan dan contoh yang terbaik yang Allah hadiahkan buat kita..

Garisan kehidupan
Ini garisan kehidupan kita.. Yang pasti kita semua akan laluinya.. Kena sedar, dunia bukan selamanya..


Kehidupan kita di dunia ni, pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian dan halangan.. Setiap orang pasti hadapinya.. Bentuk ujian mungkin berbeza.. Jalan penyelesaian pun mungkin berbeza.. Cuma yang pasti, setiap orang mesti hadapinya.. Kita kena yakin, ujian yang datang pada kita tu, Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.. Ujian yang datang pada orang lain, maknanya kita xmampu untuk hadapinya.. Segalanya bergantung pada kemampuan kita.. Kan Allah tu lebih tahu pasal diri kita lebih dari diri kita sendiri.. Jadi, apa saja ujian yang dihadapi olehmu sahabatku saat ini, yakinlah.. kamu pasti bisa menghadapinya.. Jangan mudah putus asa.. Jalan penyelesaian itu pasti ada.. Allah uji tu kan tanda Allah sayang.. Allah nak kita lebih dekat dan makin dekat dengan-Nya..

~Moga Allah mudahkan dan beri kekuatan pada kita semua..ameen..~
~~Saling mendoakan duhai sahabatku.. moga kita istiQamah dan jaga HdA sokmo..~~
~Saya mohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan saya.. saya cuma insan biasa..~
~~Orang yang rugi adalah orang yang Allah masukkan dalam neraka.. Itulah kerugian yang sebenar benarnya.. Orang yang untung adalah orang yang Allah pilih untuk masuk syurga.. Itulah pula keuntungan yang sebenar benarnya..!~~

wassalam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^