Tuesday, January 25, 2011

anda jatuh cinta..??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Allah izin, sejak kebelakangan ini, ramai sahabat2, adik2 dan teman seperjuangan saya, Allah uji mereka pasal masalah cinta.. hari tu , saya cuma sempat post nasihat yang saya pernah terima daripada seorang sahabat baik saya, haura' an najjah.. nasihat itu, haura' bagi pada saya masa Allah uji saya dengan masalah tu laa...jadi saya kongsikan buat kalian juga.. agar sama2 dapat manfaatnya..Insha Allah..

hari ini, saya nak terangkan sikit..

siapalah saya, nak jadi macam wanita sufi Rabiatul Adawiyah..
siapalah saya ni.. nak banding dengan sahabiah2 zaman Rasul saw..
jauh benar bezanya...
saya ini, hanyalah insan yang masih bertatih dalam meraih cinta Ilahi..
dalam masa yang sama, saya juga tidak dapat lari dari terjatuh cinta pada makhluk Ilahi.. saya yakin, kita semua pernah mengalami masalah yang sama.. betul kan??
(saya macam nampak je anda mengangguk..hehe)



Jadi, ingin sekali rasanya.. saat ini, saya kongsikan pada kalian..
Saya tahu, bila terjatuh cinta itu, susah sangat kita nak buangkan perasaan itu..
Saya tahu, bila terjatuh cinta itu, sukar rasanya nak mujahadah..
Bila terjatuh cinta, itu bukan salah sesiapa..kerana..
Cinta itu fitrah, tapi jangan biarkan fitrah itu menjadi fitnah..

Saya sarankan, kalian baca dan hayatilah sebuah buku yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin bertajuk, 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul'.. Banyak lagi buku2 lain..itu salah satu la.. yang penting, baca dan hayatinya.. M0ga Allah tunjukkan jalan, membuka laluan untuk kita kembali kepada cinta-Nya..Insha Allah..

Saya sebenarnya, x berapa gemar sangat bila cakap pasal benda ni.. walaupun hal ni, bila bincang masa pesat (study circle) di uni saya, tiba2 jadi hal yang hangat diperbincangkan..huhu..

0k..macam ni laa..
memang bukan bidang kuasa kita, untuk menahan xnak bagi orang tersuka kita, teradmire kita, dan apa2 saja yang ter lah..kan..
yang kita boleh buat cuma menjaga diri, agar tidak melanggar batasan dan syariat yang Allah tetapkan.. maksudnya, menjaga adab dalam pergaulan dengan yang bukan mahram agar masih dalam batasan syara'..

itu dari satu sudut..
dari satu sudut yang lain pula, hanya kita yang boleh mengawasi dan menghalang, jika perasaan itu bertandang hati kita.. dalam erti kata yang lain, kita yang tersuka, teradmire dan ter ter yang lainnya, pada orang lain..Memang bukan senang.. Tapi, Insha Allah..selagi kita ada hajat untuk menjaga hati, Insha Allah.. mudah2an Allah bantu kita jaga hati kita..

Puteri2 idaman sekalian,

Saya teringat seorang ustaz pernah sebut.. katanya, sepatutnya, perempuan ini, lebih solehah daripada lelaki.. sebab apa, sebab perempuan ini, Allah ciptakan insan lain berada dalam dirinya.. maksudnya, Allah ciptakan manusia dalam rahim seorang ibu.. Janin yang dikandung itu, akan jadi baik jika dijaga sejak dari awal kandungan.. [termasuk juga sejak dari pemilihan calon lagi].. mesti biasa dengar kan, pepatah berbunyi, tangan yang menghayun buaian, bisa menggegar dunia..? Itu lah maksud ustaz tu tadi.. Jadi, siapa yang x nak jadi wanita solehah, kan.. sebaik2 perhiasan dunia.. saya yakin.. pasti semua perempuan dalam dunia ni, nak jadi yang terbaik.. nak jadi sebaik2 perhiasan..betul x..??
[lagi sekali saya nampak anda mengangguk..hehehe]

Ketahuilah duhai perhiasan dunia,

Ia bukan semudah yang dikata.. perlu buktikan dengan amal..
Marilah kita sama2 menjaga diri, menjaga maruah diri, keluarga dan deen Islam..
Tidak salah jual mahal..kerana andai belum tiba masanya, elakkan lah dari berkecimpung dalam hal ini.. Yakinlah, pasti ada jodoh yang telah Allah tetapkan buatmu, buat kita semua..

Ingatlah akan janji Allah, wanita yang baik itu, hanya untuk lelaki yang baik.. lelaki yang baik itu, hanya untuk wanita yang baik..Insha Allah..tika telah tiba saatnya, andai dikau telah menjaga hatimu, batasan pergaulanmu, pasti akan dimudahkan Allah saat itu, segalanya..
Insha Allah..Yakinlah!

Dan ingatlah..
Kebahagiaan itu daripada Allah..
Mana mungkin kebahagian yang kita perolehi, andai jalan yang kita ambil mengundang kemurkaan Ilahi..Justeru, peliharalah jalan itu.. Permulaan yang baik dan benar akan membuahkan keberkatan berterusan dari-Nya..Insha Allah..:)


"Duhai wanita solehah..jangan risau akan jodohmu kerana Muslim yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita yang meruntuhkan imannya.. Sesungguhnya, lelaki adalah pemimpin kepada wanita.. Jika belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa Adam yang kau nanitkan itu sedang berusaha membina syahsiah kepimpinannya untuk memimpin dirimu, kerana, pada wanita itu pasti ada kekurangannya.. Dan Adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.."
"Tiada yang lebih indah bagi yang saling mencintai melainkan menikah.."
Wallahu'alam..

Friday, January 21, 2011

cinta..?? --reserve--

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin saya kongsikan.. Dari seorang sahabat seperjuangan.. sebagai peringatan bersama..



My Ukhti Fillah fi Islam,
Elok kosongkan hati untuk cinta yg berkaitan manusia
dan penuhi, liptgandakan dengan HDA (hubungan dengan Allah)
moga bila smpai saat itu,
hati tenang dan benar2 buat keputusan kerana Allah.
Permulaan yang benar dan baik
akan membuahkan keberkatan yg berterusan dr Nya
InshaAllah..

cuma, kena usaha sikit:
-jauhi bisikan syaitan
tempis sehabis daya
-belajar mengawal nafsu seboleh mungkin
-dan sentiasa mualajah al uyub (perbaiki keaiban) sedikit demi sedikit

Allah...

memang susah
tapi janji Allah
pengorbanan kerana Allah
pasti akan di balas dengan hadiah yang manis oleh Nya
sama2 kita berusaha
untuk mendapatkan darjat itu di sisinya
kerana cita2 kita adalah hidup untuk akhirat
dan mengharapkan pengakhiran dan kerehatan terbaik dalam hidup yang kekal dan abadi di negeri akhirah
Insha ALLAH...
ameen..

sama2 kita usaha ya
kita kan nak jadi manusia yg di sayangi Allah.
Insha ALLAH...
mga ALLAH rdha pd kita..
ameen..

wish u and me myself
put our full effort
to seek mardhatillah
nor precious unless Allah's loves.
Insha ALLAH..ameen..

with His pleasure, It will happen
peace be upon you
and peace also turns to me
Love you
lillah

selamat memberi khidmat sehabis baik pada dnt

a reminder to makes us ponder for a while
m0ga ALLAH beri kekuatan untuk buat yang terbaik..
ameen

wallahua'lam
astaghfirullah
May Allah protects us every single seconds.

~~sahabat dakwahmu~~
~haura' an najjah~

Monday, January 17, 2011

Penyegar Iman..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saat ini, ingin sekali rasanya saya kongsikan catatan seorang murabbi.. Buat manfaat dan kebaikan bersama..




~~KOLEKSI PENYEGAR IMAN~~

Wahai putera puteriku,

Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang soleh.

Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas,
Iman menjadi lemah,
neraca kehidupannya bertukar
dan hukum al Quran dihindari.


Mereka juga mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Fir’aun telah memperdayakan umat kita;

“Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.” [Fi Zilaalul Quran]

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu

Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya


Sedarlah wahai putera puteriku

Zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan kezaliman. Tetapi dengan berbagai-bagai situasi yang mengelilingi mereka, ditambah dengan berbagai peristiwa yang datang menyelubungi mereka dari semasa ke semasa, tanpa disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan. Secara beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan.

Namun, unsur kemuliaan masih berbaki di jiwa dan masih ada percikan bahang yang panas membara di dalam darah.

Apabila pendakwah menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kemerdekaan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwa dan menyalalah bara di dalam sekam.
Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan.

Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia sekiranya disebabkan oleh orang lain atau faktor luaran akan cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat merbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Oleh itu, golongan toghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada rakyat melalui pendidikan yang hina dan asuhan tanpa akhlak. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.”
Abdul Wahab Azam, As Shawarid


Lihatlah wahai putera-puteriku

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu, toghut yang zalim telah menindas pendakwah Islam supaya sistem pendidikan, media massa dan wartawan dikuasai oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan buatan. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang pada zahirnya berbeza-beza. Mereka hiaskannya dengan solekan yang memperdayakan generasi baru, pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya mereka berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam gejala seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan warisan umat Islam zaman gemilang yang bertamadun tinggi.

Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kepada mereka.

Zaman satu bangsa yang hina
Tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan ahli yang ‘arif bijaksana

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana :

Mereka ajar anak singa menjadi kijang yang pengecut
Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan


Inilah generasi baru kita wahai putera puteriku

Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.

Sebenarnya mereka itu adalah putera puteri Muslim yang merdeka

Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira...

Wednesday, January 12, 2011

fokus tarbiyah itu hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila ada orang tanya kita, "kita nak masuk syurga x..?"
Mesti kita jawab, "mesti la nak.."
kan..

Tapi, bila kita renung balik n tanya diri sendiri, apakah yang kita buat selama ni, melayakkan kita ke syurga-Nya?? Benar, kita boleh dan akan masuk syurga hanya dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt.. Tapi, kita mesti sedar, mesti la ada usaha kan, untuk dekat dengan Allah, untuk buat sesuatu hanya kerana Allah supaya kita boleh dapat redha Allah, jadi dengan itu, kita akan dapat rahmat dan kasih sayang Allah.. bukan calang2.. bukan sewenang2 nak jadi hamba yang Allah sayang... kan..

Jadi,
apa sebenarnya tujuan kita hidup kat atas muka bumi ni..??
apa sebenarnya yang Allah nak kita buat sehingga kita diciptakan..??
apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni..??
apa sebenarnya semua yang kita kena lalui ni..??

mesti pernah terlintas kan kat fikiran kita, salah satu dari soalan2 kat atas 2..???
hmmmm...saya pernah tanya diri sendiri soalan2 tu..
boleh dikatakan selalu juga laa... kenapa..?? nanti saya jelaskan lepas saya jawab soalan2 tu..

Allah Yang Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Luas Ilmu-Nya, menciptakan manusia itu sebagai sebaik2 ciptaan.. Dari unsur tanah yang paling rendah, Allah ciptakan dengan 'tangan-Nya' sendiri, kemudian Allah tiupkan roh (unsur yang paling tinggi).. Sebab tu, manusia beza sangat dengan makhluk lain.. maka, wajarkah, makhluk yang paling sempurna penciptaannya, mengingkari Penciptanya..??



Agak2 kan, apa tujuan kita hidup kat dunia ni..??
nak penuhi segala keinginan diri?
--maka jika itu tujuan Allah ciptakan kita, maka hidup kita telah gagal..
sebab apa? sebab x semua manusia mampu mencapai apa yang diinginkannya..

Allah ciptakan manusia, sebab Allah nak kita tunduk dan patuh pada Allah, sentiasa beribadah dan berubudiyah kepada Allah..
(RUJUK AD-DZARIYAT:56)
Itulah tujuan hidup kita.. Mari kita semak semula, tercapai kah tujuan itu dengan apa yang telah dan sedang kita lakukan sekarang..??

Bagi menepati kehendak Allah supaya sentiasa beribadah dan berubudiyah kepada-Nya, maka kita kena jadikan setiap perbuatan kita adalah semata- mata kerana Allah swt dan berlandaskan apa yang Rasul saw sampaikan..

2 syarat sesuatu perkara itu menjadi ibadah..
--1-- Tidak langgar syara', menepati kehendak syara'
--2-- Ikhlas, buat segalanya kerana Allah swt
(petanda amalan diterima atau pun tak adalah melalui IKHLAS)

Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah, tidak membiarkan saja hamba2-Nya itu, terkontang- kanting dalam mencapai tujuan dan matlamat hidup.. Sebab itu Allah hadiahkan Rasul2 buat hamba-Nya.. Sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan.. Maka, sebab itu la Rasul saw diutuskan..(termasuk Nabi2 dan Rasul2 lain)
Dan.. Fokus Tarbiyah Rasul saw adalah QALB..(HATI)

Jadi, bila dalam post yang lalu, saya ada ceritakan ada sesuatu yang tertinggal.. Iaitu; Proses Tarbiyah.. Kenapa sebenarnya proses tarbiyah ini penting..?? Sebab kita kena jaga kesolehan/ kebaikan/ kedekatan hubungan hati dengan Allah setiap masa.. Tarbiyah Rasul berfokus kepada hati, kerana hati ini, sifatnya mudah berbolak balik.. Sebab itu, kita kena sentiasa proses hati.. nak pastikan hati ni, sentiasa dekat dengan Allah.. Dekat macam mana? Selalu ingat Allah..(jadi, setiap perkara yang kita buat, kita akan hubungkan dengan Allah)

Maaf.. saya tidak pandai menyusun bait kata.. Namun, saya yakin, jika kita banyak berfikir, kita akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan ini.. Insha Allah.. Saya selalu bertanya pada diri, kerana, saya cuba untuk pastikan saya tidak lari dari matlamat hidup yang sebenar, tidak lari dari tujuan saya diciptakan.. Sangat la risau sebenarnya, jika saya tidak menepati tujuan saya diciptakan, maka gagal lah saya.. Rugilah saya.. Nau'zubillah.. Moga Allah jauhkan dan lindungi kita semua..

Ketahuilah bahawa sebesar- besar keuntungan adalah kita diselamatkan dari neraka Allah, dimasukkan ke syurga-Nya..
dan sebesar- besar kerugian adalah kita menjadi ahli neraka dan dijauhkan dari syurga-Nya..
Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..ameen..

wallahua'lam..

Thursday, January 6, 2011

Apa yang ROSAK sebenarnya..??

Bismillahirrahmanirrahim..

Kebelakangan ini, banyak peristiwa telah berlaku di sekeliling saya.. Hmm... macam mana nak cerita ya... Secara mudahnya, semua peristiwa dan permasalahan yang diajukan pada saya itu, bagi saya adalah masalah ranting, masalah cabang yang terhasil akibat kerosakan akarnya.. Saya bagi analogi mudah..

Ibarat sebatang pokok,
kriteria apa pada pokok itu, yang kita akan katakan bahawa pokok itu tumbuh subur?
pastinya dengan melihat sama ada pokok itu berbuah/ berbunga, daunnya hijau tidak kekuningan, maka bolehlah kita sifatkan bahawa akarnya elok, sihat, tidak berpenyakit.. setuju..??



Pokok yang rosak pastilah sebaliknya bukan??
Jadi..
Apa yang kita nak kena buat pada pokok yang rosak tu..?
Biarkan..?
Rawat..?

Andaikan kita ambil langkah nak biarkan.. maka, lama kelamaan pokok tu akan mati..
Andaikan pula kita ambil langkah rawat.. apa yang perlu kita rawat? dahan? ranting? daun? atau akar??
Mesti laa kat bahagian akar, kan...?
salah satu caranya, kena bubuh baja, ubat pokok dll..

Macam tu juga laa..
Masalah yang berlaku dalam realiti masyarakat sekarang..
Bukan sebab masalah luaran.. tapi masalah dalaman..
punca segala masalah adalah, ketandusan IMAN dalam hati....

Sepanjang pemerhatian saya, selama baru je beberapa sem ni, syukur Alhamdulillah.. masih ada golongan2 yang 'islamic' kat sini.. cuma.... hmmm...
saya faham.. saya cuba bersangka baik.. ye laa.. lain orang lain caranya, kan.. tapi, kena la fikir juga, adakah pendekatan dan kaedah yang dibawa itu, sesuai? menyelesaikan masalah? atau hanya makin menambahkan masalah..?

Saya faham.. x semua orang Allah beri peluang untuk dapat kefahaman Islam yang sebenar.. tapi, saya yakin, masih ramai yang berhajatkan Islam itu.. Ibarat permata2 yang diselaputi lumpur.. tugas kita lah yang nak kena cari permata2 tersembunyi itu, dan gilapkan kembali agar permata itu kembali memancarkan sinar cahayanya..

Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita yang Allah beri sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar ini, untuk kembali mengajak dan menyeru orang lain. dalam masa yang sama meneruskan tarbiyah dalam diri sendiri agar diri sendiri juga dapat sentiasa dekat dengan Allah swt..

Hakikatnya, ada sesuatu 'tertinggal'..
Ada satu perkara yang bagi saya, hanya yang benar2 hidup dengan Islam akan merasainya kehilangannya.. Apakah ia...?
Proses Tarbiyah..


...Bersambung...

semoga bermanfaat..^_^