Thursday, May 26, 2011

sedetik di batas waktu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sungguh, diri ini bersyukur. Dilahirkan dalam keluarga Islam, yang menerima didikan Islam, dikenalkan dengan cara hidup Islam yang sebenar.. Allah.. betapa besar anugerahMu itu.. Sedarilah.. Allah telah memilih kita untuk beriman kepadaNya. Justeru, bersyukurlah.. buktikan kesyukuranmu dengan kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya padaNya..

Pujian itu ibarat pisau cukur. Yang bisa mencampakkan insan yang tertawan ke neraka.. Namun, hati ini pilu.. Allah.. andai mereka tahu diri ini.. betapa rahsia dosa itu, yang hanya dalam pengetahuanMu, andai mereka tahu.. Dosa, walau sekecil mana pun ia, tetap akan dipertanggungjawabkan hatta sebesar zarah cuma.. terhapus hanya pabila taubat diterimaNya..

Semua orang, hanyalah manusia.. punya kuat dan lemahnya..
kita.. cuma bisa tetap kuat bila tetap kembali kepada Pencipta..
bisa tetap teguh beriman dengan izinNya.. bisa tetap terus bertahan dengan istiqamah padaNya.. Maka, kuatlah.. dengan kembali kepadaNya.. teguhlah beriman dengan sentiasa memohon padaNya.. istiqamahlah agar dikau terus teguh bertahan di atas jalanNya..

Allah telah muliakan kita hambaNya dengan Islam.. maka, mengapa hinakan diri dengan cara hidup yang bukan Islam..?? “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya..”, namun, mengapa rasa rendah diri bila bawa identiti Islam? Mengapa rasa tidak yakin diri dengan personaliti Islam? Mengapa rasa yang lain lebih baik..?? Seharusnya, buktikan bahawa yang bawa peribadi Islam itu, bisa lebih baik.. kerna kita punya Allah bersama..

Umat Islam Harus Cemerlang Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam..
Dari Semalam..
Jangan Buang Masa, Siapa Kata Kita Tidak Boleh..
Kita Ada Allah Maha Kuasa, Kita Punya Kuasa Tenaga, Doa Sebagai Senjata..
Umat Islam Sentiasa Boleh.. Umat Islam Sentiasa Boleh..


Islam hanya akan tertegak bilamana Islam itu tertegak dalam diri.. Maka, jahiliyah itu juga dapat dihapuskan bilamana jahiliyah itu dihapuskan dalam diri.. Justeru, perbaikilah diri kamu, dan serulah orang lain.. Sekaranglah masanya, usah ditunda lagi.. sekaranglah saatnya, usah ditangguhkan lagi..!



~ini saya tulis hampir 2 minggu yang lalu.. sebenarnya lebih kepada diari dan peringatan untuk diri sendiri.. sebagai motivasi untuk saya.. jadi, sekadar nak kongsikan kat sini.. xkisah lah walau dah lama pun.. huhu

hari ni, sekadar ini sahaja.. saya akan hadapi final untuk short sem pada awal jun nanti.. d0akan saya ya..;)

semoga Allah terus memilih kita untuk berpegang teguh di atas jalan ini..
semoga Allah terus memilih kita untuk beriman dan mentaati-Nya sepanjang hidup ini..
semoga Allah terus memberi petunjuk-Nya dalam mengharungi hidup ini..

semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersamamu duhai sahabat..

wassalam..

~Segalanya Milik-Nya..~

semoga bermanfaat..^_^