Tuesday, July 17, 2012

dunia tempat berbekal..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Hamdanwasyukranlillah..

Hari yang baru datang lagi..
m0ga semalam yang berlalu bisa menjadi bekal buat kita di akhirat kelak..
m0ga hari ini dapat kita lalui dalam keadaan yang lebih baik dari semalam..
dan m0ga esok andai masih ada kesempatan menjadi momentum untuk kita sentiasa bergerak ke arah kebaikan..

Dunia vs Akhirat

Bila ditanya, mana yang kena utamakan.. dunia ke akhirat? akhirat ke dunia?
anda nak jawab apa?

saya yakin, mesti anda akan jawab AKHIRAT!
betul x? betul....

eh, kenapa? salah ke jawapan tu?

sahabat budiman..
jawapan itu benar.. tiadalah yang tidak benar melainkan benar belaka.. ^_^v

ok.. baiklah.. jika macam tu, suka untuk saya mengajak kita semua fikir dengan lebih mendalam sikit pasal ni.. boleh ke? boleh....

mari kita mulakan dengan tenang dan perlahan- lahan..

berapa peratus nak ambil dunia?

berapa peratus kita nak ambil dunia, berapa peratus kita nak ambil akhirat?

"akhirat di hati, dunia di tangan.." kata seorang teman.

"50% dunia, 50% akhirat.." mencelah seorang lagi di sebelah.

"100% dunia, 100% akhirat.." teman di belakang pula menyahut tanda tidak mahu ketinggalan.

ada jawapan lain? ok..tak de.. hehe


sahabat2 yang dikasihi sekalian,




"Ambillah kehidupan dunia ini 100% dalam rangka menatijahkan kebahagiaan di akhirat 100%"

kehidupan dunia yang Allah jadikan ini sebenarnya tak lain hanyalah tempat kita menumpang berteduh.. berteduh melepas lelah dan mengumpul kekuatan.. untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenar..

ya.. kita sebenarnya dalam perjalanan menuju negeri abadi.. bukan dunia ini matlamat utama kita hidup..

"habis tu, buat apa penat2 susah payah belajar.. tak payah belajar la ea?"

"kalau macam tu, kena duduk masjid je la 24/7?"

"dah tu, buat apa Allah ciptakan dunia kalau matlamat sebenar adalah akhirat?"


maksudnya, bukan macam tu sayang..

Maha Suci Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segala2nya yang tidak mampu untuk kita ungkapkan..
Dunia adalah tempat untuk kita mengumpul bekalan.. Dunia adalah sebagai ujian yang Allah beri pada kita hamba-Nya bagi mengetahui siapakah di antara hamba2-Nya ini, yang tidak kalah dengan ujian, yang benar2 mencintai-Nya, yang tidak silau dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sementara..



Jadikanlah dunia sebagai ladang di akhirat.

kita seringkali dengar ungkapan ini.. jika tak salah saya, ada hadith pasal ni..
jadikanlah dunia itu sebagai ladang di akhirat kelak..

"macam mana ya kita nak jadikan dunia tu sebagai ladang akhirat"?

kuncinya, kita jadikan seharian dalam hidup kita ini sebagai ibadah kepada Allah swt..

mula dari bangun pagi, sampailah nak tidur balik pada malamnya, semua aktiviti itu kita mula dan niatkan agar jadi ibadah kepada Allah swt.. 2 syarat ibadah, satu buat kena ikhlas hanya kerana Allah swt, dua selari dengan syara'.. maksudnya tak langgar syara'..

kita jadikan posisi kita, -sebagai pelajar, sebagai guru, sebagai doktor, sebagai kerani, sebagai tukang sapu, sebagai CEO, dan sebagainya tu- adalah sebagai satu peluang untuk kita buat amal kebajikan.. kita jadikan posisi kita itu sebagai satu peluang untuk semakin mendekatkan kita dan orang sekeliling kita dengan Allah swt..

macam mana?

contoh mudah, jika kita jadi pengarah sesuatu kem motivasi, kita jadikan program itu sebagai satu program yang akan semakin mendekatkan diri kita, urusetia dan peserta semuanya kepada Allah swt.. kita jaga batas pergaulan, kita isi program dengan ceramah atau aktiviti bermanfaat yang tidak melanggar perintah Allah, kita ingatkan semua agar menjaga batasan aurat, menjaga waktu solat, dan segala2nya dalam program itu kita jaga agar menepati dua syarat agar sesuatu amal itu menjadi ibadah kepada Allah swt..

selain daripada tu, kita sebagai pelajar contohnya.. kita usaha untuk belajar bersungguh2, mendalami ilmu agar kita boleh jadi pelajar yang cemerlang dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.. untuk apa? supaya kita boleh gunakan ilmu yang kita ada itu untuk kebaikan dan kemaslahatan ummat sekaliannya.. supaya dengan ilmu itu kita dapat berbakti kepada masyarakat dalam masa yang sama semakin mendekatkan diri kita dan masyarakat kepada Allah swt..



penutup

marilah kita sama2 menyemak kembali kehidupan kita, adakah kita benar2 telah manfaatkan dunia 100% demi memberikan kebaikan kepada akhirat kita 100%..? benar, bukanlah sesuatu yang mudah.. kita juga manusia biasa, punya sifat lalai, lupa dan leka.. sebab itulah pentingnya untuk kita sentiasa menghubungkan kehidupan kita dengan Allah swt.. agar kelalaian itu tidak lama bersama kita, agar kelemahan itu tidak selalu menemani kita, agar kefuturan itu tidak menjengah hidup kita..



sem0ga Allah memimpin langkahan kita semua menuju redha-Nya.. ameen..

WA

semoga bermanfaat..^_^