Wednesday, September 21, 2011

kembalilah.. selagi masih punya waktu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Allah masih memberi saya peluang mencoret sesuatu malam ini..
Lama tidak menulis.. tiada kalam yang mampu dicatat, tiada kata yang mampu di luah..
Namun, Alhamdulillah.. Allah masih mengizinkan saya..
menulis untuk memberi peringatan kepada diri,
menulis untuk memberi motivasi kepada diri,
menulis untuk bangkit kembali dari mimpi ngeri..

Sebagai manusia, pastinya tiada siapa yang terlepas dari ujian..
rasa lemah,
rasa tak mampu,
rasa dah tak larat nak buat apa2..

saat ini, saya juga alami perkara yang sama..
rasa macam tak tahu mampu ke tak nak hadapi semua benda ni..
rasa macam tak tahu mampu ke tak nak teruskan langkahan ni..
rasa macam tak tahu mampu ke tak nak terus bertahan dan bertahan..
Allah.. lemahnya saya.. lemahnya manusia tu kan..

Sebab tu la Allah suruh kita bergantung harap padaNya semata2..
Sebab tu la Allah suruh kita selalu ingat Dia..
Sebab tu la Allah turunkan Islam pada kita..
Sebab tu la Allah utuskan Rasulullah kat kita..
Sebab tu la Allah hadiahkan Quran pada kita..
Sebab Allah tahu hakikat manusia ni..
lemah.. tak mampu.. tak kuat jika sendiri.. tak kan mampu bertahan untuk jangka masa yang lama bila sendirian..

Al-Ikhlas:1-4
Ketahui dan sedarilah bahawa, tarbiyah itu bukan sekadar kita ucap dan kata sahaja..
Kena amal, kena ada tugasan, kena ada penerusan..
jika tidak, tak akan ada makna walau kita berada dalam tarbiyah selama mana pun..
bukan semudah tu..

yang dah berada dalam suasana yang baik, yang ada ramai sahabat2 seperjuangan sefikrah, yang ada ramai pembimbing2, sepatutnya tak timbul masalah.. tapi hakikatnya, kejayaan dan keistiqamahan seseorang dalam tarbiyah tu, bergantung pada sejauh mana dirinya terus menerus dengan tarbiyah diri sendiri (tarbiyah dzatiyah).. jika tak teruskan tarbiyah dzatiyah, tak kan ada maknanya..

saya bagi contoh..
ada kain kotor dalam raga, sebelah mesin basuh..
kain kotor tu tak kan bersih selagi mana kain tu tak berada dalam mesin..
dan kain yang dalam mesin tu tak kan bersih melainkan setelah melalui proses basuhan yang lengkap..
macam tu jugak la hati manusia ni..
walau dah berada dalam suasana yang baik, ada sahabat2, ada murabbi, tapi jika diri sendiri tak jalani proses tarbiyah dalam dirinya, tak da maknanya..!

"Jika tarbiyah tidak sentiasa berjalan dalam diri, kita akan semakin jauh dari apa yang Allah kehendaki ke atas kita. Kita akan semakin jauh dari redha dan pengampunanNya dan semakin jauh dari syurgaNya."
[Abu Umar_Tarbiyah Dzatiyah]

"Memilih untuk bersama gerombolan dakwah adalah satu pilihan yang paling tepat. Namun dengan hanya menjadi 'ahli gerakan dakwah' tidak memberikan kita tempat yang istimewa di sisi Allah sehinggalah kita menjadikan diri kita sebagai 'ahli dakwah' yang mewakafkan kehidupan kita untuk memikul risalah Allah swt ini.. "
[Abu Umar_Dakwah Fardhiyah]


fb Kefahaman Islam

Adakalanya kita yang biasa dalam tarbiyah ni, tak hargai peluang dan kesempatan yang Allah bagi.. Allah pilih kita untuk merasai kemanisan iman. Allah bagi kita kenal Dia, kenal Rasul saw, kenal Quran, kenal Islam, kenal tarbiyah, kenal dakwah.. sungguh tak terhitung banyaknya nikmat yang Allah bagi.. tapi, adakah kita hargai semua tu?? sungguh sayang jika semua nikmat Allah tu tak dihargai dan dijaga sepenuh hati.. bila dah tak ada semua benda tu baru nak menyesal?? hmmm.. rugi.. amat rugi..

Hanya orang yang ada Islam dalam dirinya saja yang akan dapat rasa manisnya Iman dan Islam tu..
Hanya orang yang pernah rasa kehilangan Allah saja yang dapat rasa peritnya hidup ni bila tak da Allah dalam hati..
Hanya orang yang pernah rasa kekurangan saja akan dapat rasa ruginya jika lepaskan peluang dan kesempatan..

Moga Allah pilih kita semua untuk mendapat hidayah dan petunjuk daripadaNya..
Moga Allah kekalkan kita, istiqamahkan kita, thabatkan kita, di atas landasan Iman dan Islam ini..
Moga Allah lindungi kita dari segala bentuk halangan yang menjauhkan kita dariNya..
Moga Allah pelihara kita dari terjatuh dalam jurang murkaNya..
Ameen.. Ameen.. Ameen..

Allah adalah segala- galanya bagi kita..
Tarbiyah pula adalah penghubung antara kita dengan Allah..
Jika terhenti tarbiyah, maka putuslah segala hubungan kita dengan Allah swt..
  
Selagi masih ada waktu, pulanglah, kembalilah pada Allah swt..!

wallahua'lam..wassalam..

Saturday, September 10, 2011

panduan mencari arah kiblat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit perkongsian buat semua..
semoga bermanfaat..

1. g ke link ni.. [Qibla Pointer]

-pastikan keluar cam ni..
 
taip seperti dalam bulatan merah, then tekan find!
 2. bila dah tekan find!, hasilnya adalah macam ni..



3. zoom..


zoom

-nak mudah gerak cari masjid.. macam ni..

cari masjid

4. gerak lagi sampai jumpa blok asrama..

blok asrama
5. zoom lagi sikit dan klik dekat blok masing2..

garis merah adalah arah kiblat
-disebabkan setiap blok dan setiap bilik adalah berlainan, pastikan kedudukan arah kiblat tu dengan bantuan kedudukan dewan biru, court dan lain2..

semoga bermanfaat dan dimudahkan Allah untuk mendapatkan arah kiblat yang sebenar..


~post ini khusus buat pelajar uni saya disebabkan baru2 ini timbul sedikit keraguan berkaitan arah kiblat.. moga post ini dapat membantu..sekian..~

wassalam..

semoga bermanfaat..^_^