Tuesday, December 7, 2010

Bila kita buat maksiat, apa akibatnya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Maksiat lawannya taat. Bagi setiap insan, kedua2 hal ini, hanya Allah swt yang tahu. Dan pastinya, setiap kesan dari kedua hal ini ada dan berbeza. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya. Ketaatan kepada Allah memberikan kemanisan bagi Mukmin itu. Maksiat pula memberi suatu kelazatan bagi mereka yang engkar itu. Sesungguhnya, maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan dunia dan akhirat.

Mari kita lihat... apa kesan bila kita buat maksiat..

1. Tidak mendapat ilmu

Kenapa bila buat maksiat ni tak dapat ilmu?
Ye ke?

Ilmu ini anugerah Allah.. Ilmu adalah sinar yang Allah letakkan dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut.. Ilmu adalah cahaya.. dan cahaya ini tidak akan memasuki pintu2 hati yang gelap dan ada maksiat. Sebab tu, kita kena bersihkan dan sucikan dulu hati dari maksiat, baru ilmu boleh masuk..

Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengannya:
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar di hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."

2. Tidak mendapatkan rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat."

Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah itu mendatangkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa itu mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan kesepian di hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterikatan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia dan seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih2 lagi dari orang yang sebelum ini baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang2 tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarga dan anak2nya, dan ini akan menambahkan lagi kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Gelap dalam hati seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah Ibn Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadapnya.
Adapun pada perbuatan buruk itu terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan

Orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan orang2 Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang2 Mukmin dengan kekuatan hati yang kuatnya iman kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan2 kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

8. Mengurangi umur dan menghakis barakah

Sebahagian ulama' mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu2 hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu2 umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari2 hidupnya yang hakiki. Sehingga akhirnya orang itu akan berkata:
"Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini." [Al-Fajr:24]

*Rujukan :Ibn Qayyim,"Terapi Penyakit Hati"
-Siri 2-Ke Arah Penghayatan Islam-


Setelah melihat dan meneliti kesan2 maksiat, marilah kita sama2 kembali koreksi diri. Bertepatan dengan Maal Hijrah ini, marilah kita sama2 berusahan untuk menjadikan Tahun Baru Hijrah ini, LEBIH lebih LEBIH baik dari tahun2 lalu.. Sudah banyak azam dicipta, sudah banyak azam ditempa.. Namun sejauh mana impian itu terlaksana...?



Cukup2 lah dengan apa yang telah kita perbuat dulu.. Marilah kita memilih jalan keimanan sebagai jalan hidup kita.. Tiada ruginya.. Malah mendapat keberuntungan pula.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yang lalu, kini dan akan datang. Ameen..
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu. Ameen..

Salam mujahadah, Salam Maal Hijrah, Salam Perjuangan, Salam Pengorbanan...

No comments:

semoga bermanfaat..^_^