Thursday, October 11, 2012

ku serahkan dirimu cintaku dalam jagaanNya..

"Tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui..
kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan naluri..
sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan..
ujian Allah datang kerana kasihNya,
agar iman hambaNya meningkat,
hati mereka semakin dekat,
dan jiwa mereka lebih akrab denganNya..
semoga Allah sentiasa mengiringi setiap langkahmu..
selamat berjuang ukhti sayang lillah fillah.."
Faranaqwiyah, 2011


Tiada kata yang lebih indah di saat kita paling memerlukan melainkan peringatan yang kembali mengingatkan kita kepada Allah, Pemilik segala rasa, Pencipta segalanya.. Allah..

Duhai sahabatku buah hatiku,

Diri ini mengakui, kita dah lama tak berhubung, apatah lagi bersua muka.. Sejak hari perpisahan itu, setelah setahun kita cuma berjumpa sekali.. dan kini dah melewati hari2 yang memasuki tahun seterusnya.. Melalui telefon, acap kali kita masing2 punya urusan dan kekangan yang menghalang.. Cuma kerap mesejmu diterima mohon mend0akan dirimu.. Kerap itu juga pesanan ringkas yang sempat kutitipkan buatmu pengganti diri..



Sungguh, rindu sangat saat yang telah kita lalui bersama2..
Namun, ku menyedari hakikat bahawa, masa yang telah lalu tidak mungkin akan kembali.. Kita bisa mengulang kembali keadaan dan suasana tika itu, namun pasti tak kan sama.. pasti tak kan sama macam dulu...

Sahabatku,

walau kini jarak telah memisahkan kita,
walau diri ini tak da kat depanmu,
walau dirimu tak da kat depanku,
terus kuat ukhti!
terus tabah!
terus bertahan!
yakinlah akan janji2 Allah.. jangan mudah mengalah..

tiada daya dan upaya manusia itu,
melainkan segalanya dari Allah swt..

maafkan diri ini..
kerna tak berada bersamamu saat dikau perlukan sahabat..
kerna tak tunaikan hak2 dalam bersahabat..
kerna tak jadi sahabat yang baik buatmu..

namun doaku sentiasa,
moga Allah kuatkan langkahku, langkahmu dan sahabat2 kita yang lain,
m0ga Allah istiQamahkanku, dirimu dan sahabat2 kita yang lain,
m0ga Allah tunjukkan jalan keluar bagi setiap permasalahanku, dirimu dan sahabat2 kita yang lain,
moga kita semua sentiasa dalam rahmat, redha dan keampunan Allah swt..


sahabatku,

daku menyedari satu hakikat bahawa,
sejak hari perpisahan kita beberapa tahun yang lalu,
pastinya dah pelbagai ujian, pelbagai warna kehidupan,
yang mungkin menjadikan kita bukan lagi yang kita masing2 kenali suatu saat dulu...

namun, ada sesuatu yang perlu dikau tahu sahabatku..

walau siapapun dirimu saat ini,
walau bagaimanapun keadaanmu saat ini,
dikau tetap sahabatku,
sahabat yang daku ingin bersama di JannahNya,
dan sudilah kiranya dirimu juga begitu...







No comments:

semoga bermanfaat..^_^