Saturday, April 13, 2013

masa yang berlalu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji dan puja hanya milik Allah, Rabb dan Ilah, satu- satunya..
Selawat dan salam buat Rasul saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda, serta hamba2 Allah yang berjuang untuk deen-Nya hingga hari kiamat..

Alhamdulillah,
kini,
dah masuk bulan 4..

tanpa sedar, pantasnya masa berlalu..

dah nak habis belajar..
lepas ni mesti rindu saat2 yang telah dilalui di alam univ ni..

kehidupan di kampus,
susah senang yang tak bisa diungkap dengan kata2,
ragam dalam bersahabat,
cabaran keluar ke program tiap minggu..

m0ga semuanya itu jadi saham di akhirat kelak..
m0ga tidak menjadi sekadar debu- debu berterbangan..
ameen..


begitulah kehidupan.
setiap yang bermula pasti ada akhirnya..

jun 2010 yang lalu,
abah, mama, adik dan sepupu yang hantar masa daftar masuk univ.
lepas ni,
dah lain ceritanya masa keluar nanti..

sebenarnya,
malam ni tak tau nak cerita pasal apa..
tapi saya rasa nak menulis..
rasa nak meluahkan..

dah lama tak update,
sebab kadang rasa macam 'malas' nak bercakap..
'malas' nak meluahkan..
'malas' nak bercerita..

m0ga keadaan tu tak datangkan keburukan..
ameen..

hmm,
betul la, kan..
setiap yang berlaku tu,
pasti beri kesan pada kita..
pada jiwa dan fikiran terutamanya..

tak kira baik ke, buruk ke yang kita buat tu,
mesti ada datangkan kesan..
teringat saidina Ali RA pernah pesan,
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok melakukan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang, sedang dosa yang dilakukan itu akan kekal."

Allah..
Astaghfirullahal 'azim..
m0ga Allah ampuni dosa- dosa yang kita lakukan, sama ada tanpa sedar atau tidak sedar..
m0ga Allah pimpin kita dalam setiap langkahan..

apa pun,
setiap yang berlaku tu,
adalah ujian dan latihan dari Allah buat kita,
dalam mempersiapkan diri kita,
dalam menghadapi sesuatu yang akan mendatang..

Maha Baiknya Allah..
tak pernah dibiar kita sendirian..
kita yang sebaliknya, selalu tinggalkan Allah,
yang selalu lupakan Allah,
yang selalu tak bergantung pada-Nya yang Maha Kuat, Maha Kaya, Maha Besar.

Allah..
Astaghfirullahal 'azim..

dan sem0ga,
setiap kesukaran, kesusahan, keperitan yang kita lalui dengan tabah, redha dan penuh tawakal itu,
diganjari dengan kebaikan yang sebanyak- banyaknya..
ameen..

sumber fb


sama2 saling mend0akan,
m0ga Allah redha,
m0ga Allah kasih,
m0ga Allah pandu setiap langkahan,
m0ga sentiasa dalam peliharaan Allah swt..

ameen.. ameen.. ameen..

WA

semoga bermanfaat..^_^