Friday, February 11, 2011

pesat itu medan amal..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama tidak menulis,lama tidak menjengah ke alam maya..
Alhamdulillah, masih punya peluang hari ini..

Semalam, saya berkesempatan untuk bertemu dengan adik2 pesat saya. Alhamdulillah, pertemuan awal yang baik, dengan respon yang baik.. Kerjasama dan perhatian yang mereka berikan amat menarik minat saya untuk lebih mengenali dan mendalami isi hati mereka.. Insha Allah, ikatan ukhwah ini bukan sekadar naqibah dengan ahlinya, tapi bagai kakak dengan adik2nya.. Itu yang saya harapkan.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur dipertemukan dengan mereka.. Saya sedar, saya bukanlah yang terbaik, namun saya akan cuba sedaya upaya saya sebaik mungkin dalam menyampaikan ilmu dan sedikit kefahaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama mereka.. Insha Allah.. :)


Saya sedar, kita semua juga perlu sedar bahawa setiap orang itu berbeza ciri dan perwatakannya, cara berfikir dan percakapannya, gaya dan macam2 lagi laa..semua nya X SAMA kan.. (mungkin ada la yang sama kat mana2 sedikit sebanyak tu) jadi maknanya, kita xleh gunakan cara yang sama untuk semua orang.. contohnya, ada orang boleh terima bila kita guna cara A, ada orang boleh terima bila kita guna cara B.. atas diri masing2 laa kan.. Sebab tu laa bagi saya, xkisah la guna cara apa sekalipun, yang penting xlanggar syara'.. kan.. xda guna kita bertelagah pada hal2 yang xmendatangkan kebaikan pun.. buang masa ada la..hmm.. jadi, terimalah seadanya.. (eh..jap..ada kaitan x..?? huhu)

Bila kita dalam usaha untuk kenal dengan seseorang, ianya pasti akan ambil masa.. Nak kenal dia dengan sebenar2nya, ambil masa.. Bukan sekadar sehari dua.. Tapi, proses yang paling penting pada permulaan perkenalan adalah, kita tautkan hati kita dengan dia terlebih dahulu.. Bina jambatan hati antara kita dan dia.. Dan penting juga pada peringkat permulaan perkenalan ini, kita tidak membuat penilaian awal terhadap dia.. Kenapa? Sebab, bila kita awal2 lagi dah buat penilaian pada dia, proses perkenalan yang seterusnya akan jadi terlindung oleh penilaian awal tadi.. Kira kita dah bina benteng antara kita dengan dia, dan susah sikit nak kenal dia betul2..

Dalam dunia ni, Allah janji pasti akan ada satu golongan yang menyeru kepada-Nya.. Maknanya juga, pasti akan ada hati2 yang masih berhajat untuk kembali kepada Allah, berubah kearah yang lebih baik... pasti ada.. cuma hati2 sebegitu, perlu kita selidiki dan cari agar kita bisa membantu dan berkongsi dengan mereka.. Jadi, saya kira, pesat ini adalah satu peluang dan kesempatan yang sangat baik untuk kita jadikan adik2 ahli pesat kita sebagai medan amal.. Medan untuk mendekatkan diri kita dan mereka kepada Allah swt.. Insha Allah..

Allah telah beri peluang, Allah telah beri kesempatan untuk kita, sama2 tingkatkan diri, perbaiki diri dan sama2 menyeru dan mengajak orang lain untuk sama2 kembali kepada Allah swt.. Tinggal kita saja.. Nak ambil peluang ini dengan sepenuhnya, atau sambil lewa cuma..

Semoga kita sama2 terus berusaha, bertepatan dengan kata Sheikh Mustafa Masyhur, "Perbaiki diri kamu, dan serulah orang lain".. Kita baiki, ubah dan tingkatkan diri kita, dalam masa yang sama kita ajak, seru dan panggil orang lain juga agar menyertai dan bersama kita untuk kembali kepada Allah swt.. Kembali kepada fitrah kita yang asal.. Insha Allah..


Semoga Allah meredhai sedikit usaha yang kita buat ini, agar kita makin dekat dengan Allah swt.. Tiadalah lain yang dikejari, melainkan hanyalah redha Allah swt.. Teringat pesan seorang murabbi saya, "Bila kita buat kerja Islam, Allah pasti akan bantu kita.. yang penting kita kena IKHLAS.."

Sedikit peringatan buat diri..
semoga terus teguh berdiri di atas jalan DnT ini..
selamanya..Ameen..

wassalam..

Pesat ---> usrah, study circle, halaqah dan yang sama waktu dengannya
Sumber gambar

No comments:

semoga bermanfaat..^_^