Friday, February 11, 2011

keep istiQamah..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Berada dalam suasana apa sekalipun, tiada yang bisa mengisi kekosongan hati melainkan bila melalui proses tarbiyah.."

Ya..
Benar..
Hati ini akan rasa kosong bila tidak diisi..
Kita selalu isi perut dengan makanan..
Tapi jarang sekali kita perhatikan..
Apakah hati kita ini, telah diberi makanan rohani..??
Malang sekali bagi diri.. jika hanya makanan perut yang dititikberatkan..

Tapi, saya sedar.. itulah realiti kini..
Dunia disibukkan dengan suasana yang menghimpit untuk lebih disibukkan mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian..
Tapi, makanan bagi rohani, tidak semua yang mencari dan gigih untuk terus mengisinya.. Hanya yang benar- benar sedar akan keperluannya akan berusaha mencari..

duhai sahabat2 seperjuanganku..

walau di mana kita berada, kita tetap di bawah bumbung langit yang sama..
walau di mana pun Allah letakkan kita, kita tetap buat kerja yang sama..!!
sama2 terus perjuangkan Islam dari sudut dan posisi masing2..
yang penting, semua kena buat kerja..!


Saya sedar.. pasti akan ada masa kita lemah, ada masa kita kuat.. Semua orang akan alami saat lemah dan saat kuat.. Apa yang penting ialah, di saat kita kuat, kita kena sentiasa istiqamah, usaha dan mujahadah agar mampu untuk terus2an kuat.. Andai tiba saat kita lemah pula, carilah jalan agar kita bisa bangkit kembali..
Andai perlu bertatih, bertatihlah.. Andai perlu merangkak, merangkaklah.. Andai perlu berjalan, berjalanlah.. Andai perlu berlari, berlarilah..


Perlu kita muhasabah kembali, adakah kuat kita itu, kuat kerana semangat semata2, atau kerana kefahaman yang sebenar2nya.. Semaklah kembali hatimu.. Kita kuat, bukan sebab semangat semata2 sebenarnya.. tapi kita kena kuat berlandaskan kefahaman dan kesedaran kita.. Baru lah Insha Allah, kita susah sikit nak lemah.. Sebab kita tahu punca dan sebab kita kuat.. Kita jelas matlamat, kita jelas tujuan dan apa yang kita nak capai..


Buat saya, kamu dan kamu, yang tengah lemah, yang tengah usaha untuk bangkit kembali, ayuh! Marilah sama2 kita tingkatkan diri, usaha agar kehidupan kita setiap saat dan ketika berada di landasan yang benar dan tidak terpesong dari apa yang telah Rasul saw gariskan..

Banyakkan tadabbur Al- Quran, banyakkan d0a, banyakkan muhasabah..
Semoga Allah pandu kita agar bisa terus kuat dan istiqamah..


Jadi, ayuh sama2 kita istiqamah..:)

wassalam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^