Sunday, February 20, 2011

mencuba untuk bangkit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangkitlah duhai diri..
Tiada gunanya mengenang dan memikirkan hal yang tidak pasti..
Bila tiba waktunya, pasti dikau kan tahu juga..
Allah itu Maha Adil..

Cukuplah..Biarkan ia berlalu..
Pasti Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik buatmu..
Memang..bukan senang nak hilangkan perasaan ini..
Tapi, yakinlah..serahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui..

Segalanya masih menjadi rahsia-Nya kini..
Bila tiba saatnya, pasti kebenaran itu kan terserlah jua..
Anggaplah ia cuma sejarah hidupmu yang akan datang dan pergi..
walau perit untuk menerima hakikatnya, cubalah untuk pasrah menerima..

Bangkitlah duhai diri..
Kerna di bahumu tergalas tanggungjawab berat..
Yang perlu dikau tunaikan dan laksanakan sebaik mungkin..
Jangan kerana hal seremeh ini, dikau kecundang dan lemah..

Yakinlah.. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
Serahkan segalanya pada Allah saja..


~~bukan pantun, bukan puisi.. cuma sekadar monolog dalam jiwa sebagai nasihat buat diri~~
d0akan saya kuat ya sahabat2ku..
T_T ---> ^_^
hidup perlu diteruskan.. chaiy0k..!!
rentetan dari ini..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^