Sunday, February 20, 2011

m0ga es0k masih ada sinar..T_T

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sem0ga sahabat2 saya sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..Ameen..

Dear sahabat2ku..

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan- angan.." [HR Bukhari dan Muslim]

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini, macam2 yang saya belajar.. Tapi banyak lagi benda yang saya tak tahu.. Kita boleh belajar dari pengalaman hidup sendiri mahupun dari pengalaman hidup orang lain.. Semua benda yang berlaku, pasti ada hikmah dari-Nya..

~sekadar nak kongsi cerita~

Baru2 ni, ada satu peristiwa yang berlaku, yang menyedarkan saya bahawa Allah itu Maha Adil.. Apa yang kita beri, kita akan dapat balik..
Kita sayang orang, orang akan sayang kita..
Kita hormat orang, orang akan hormat kita..
Kita suka kawan dengan orang, orang akan suka kawan dengan kita..
Macam tu juga lah sebaliknya..
Semua orang tahu kan..

Tapi, saya bukan nak cakap pasal tu..

Allah uji saya..
Orang yang saya tak berapa suka (bukan benci cuma tak senang dengan apa yang dia buat), buat 1 perkara..tapi, dalam masa yang sama rupanya, orang yang saya suka buat benda yang sama juga pada orang lain.. Apa yang saya nak buat ek??

Tapi, saya tak nak buat kesimpulan sendiri.. Sebab bagi saya, hal2 macam ni, saya nak dengar dari mulut dia sendiri.. Biarlah masa yang menentukan.. Ada jodoh ada laa..hmm..

Saya jadi terfikir..

Bila kita sukakan seseorang,
sebab sifat pemurahnya.. Adakah bila dia jadi kedekut kita dah tak suka dia?
sebab akhlak baiknya.. Adakah bila akhlak dia dah berubah jadi tak baik kita dah tak suka dia?
sebab dia jaga batasan dalam perhubungan.. Adakah bila dia dah tak jaga batasan dalam perhubungan kita dah tak suka pada dia?
sebab dia cantik/hensem.. Adakah bila Allah dah tarik nikmat cantik/hensem tu kita dah tak suka pada dia?
dan macam2 sebab lagi laa..

Jadi, sebab yang kukuh hanya bila kita sayang dia kerana Allah..
tak kira macam mana pun dia, kita boleh terima dia seadanya..

Apa yang saya nak ceritakan sebenarnya??

Saya nak ajak diri saya dan sahabat2 sekalian..
Marilah kita fikirkan dan renung kembali..
Marilah kita sama2 mengikhlaskan niat kita, memurnikan jiwa kita, menjernihkan hati kita, agar kita buat apa pun, buatlah kerana Allah..

Ketahui dan ingatlah bahawa, segala apa yang kita buat, Allah akan balas..

"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.." [Az-Zalzalah:7-8]

Itu yang Allah janji..

wassalam


~saya nak tulis panjang lagi.. tapi tak boleh nak tulis dah.. saya tak nak fikir pasal benda ni lagi..T_T~
~~sedang berfikir, apa yang Allah nak tunjuk pada saya sebenarnya..??~~

No comments:

semoga bermanfaat..^_^