Tuesday, February 22, 2011

warna warni kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Indahnya mukmin itu..
Bilamana dia buntu, dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus.
Apabila dia sedih, lalu tangisnya diaju pada-Nya Yang Maha Mendengar.
Apabila dia keliru dalam memilih, maka dia kembali kepada-Nya yang bersifat SATU!
Lalu Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu.
Malah menambah akan hal- hal yang datang dari sudut yang tak disangka- sangka, Dia memujuk hamba-Nya dengan janji- janji-Nya dan Dia membuat pilihan bagi hamba-Nya..
Allah suka padanya, lalu ketenangan menyelubungi hatinya.."


~M0ga Allah mengurniakan ketenangan pada hatimu ukhti habibati..~

Sedang saya menaip ini, terdengar alunan nasyid dendangan The Zikr yang bertajuk Kehidupan..Nasyid yang telah dinyanyikan semula oleh kumpulan Inteam dan Nazrey xRaihan..
Ya..Benar..
Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..
(Boleh rujuk lirik nasyid tersebut untuk lebih mendalami maknanya)

Jadi, istimewa buat saya, kamu dan kamu juga yang sedang diuji saat ini..
Sedarilah bahawa, ujian dan dugaan yang menimpa kita semua pastinya terselit hikmah yang Allah nak beri pada kita.. Walau mungkin ujian dan dugaan kita berbeza bentuk, cara dan situasi dari Allah, namun yakinlah bahawa, segalanya pasti terdapat sesuatu yang dapat kita belajar dan ambil pengajaran daripadanya..

Saat kita diuji itu adalah saatnya Allah mahu bukti daripada kita..
Sepertimana firman Allah;

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang- orang yang benar dan pasti mengetahui orang- orang yang dusta." [Al-Ankabut:2-3]



Setiap orang, pasti ada cara dan kaedah masing- masing dalam memujuk diri agar terus tabah dan redha dengan ujian dari-Nya..
Alhamdulillah.. saat ini, hati saya tidak lagi diselubungi mendung semalam.. Cara saya, d0a sungguh2 dari hati dan menangis mengadu pada Pemilik Hati.. Alhamdulillah.. Allah beri ketenangan dan saya boleh kembali bertatih dalam meneruskan kehidupan.. saya sedar, ubatnya hanyalah kembali kepada Yang Maha Kuat.. kerana tiada daya dan upaya melainkan hanya daripada Allah swt..
yang membuatkan kita berterusan dalam kesedihan adakalanya hanyalah perasaan sendiri.. Maka, kita kena lawan rasa hati yang negatif itu.. Jangan biarkan ia membelenggu hati dan perasaan kita.. kerana saat itu, syaitan juga akan mengambil peluang.. supaya kita terus lemah, lemah dan lemah.. jadi, kita tak boleh terus lemah..!!

Anggaplah segala yang hadir, merupakan lakaran- lakaran yang mewarnai kehidupan kita.. Ibarat kertas putih kosong, pastilah tiada seri.. Maka cabaran dan dugaan itu adalah lukisan yang memenuhi kertas kosong itu tadi.. Penuh dengan warna warni, pastinya lebih menarik dan membuatkan kehidupan kita lebih bermakna..! Insha Allah..:)


Sama2 terus tabah ya..^_^

saling mend0akan..
kerna d0a itu senjata mukmin..!

m0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan kepada saya, kepada kalian juga..:)

wassalam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^