Friday, May 11, 2012

putaran roda dalam persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Fuh! Fuh! Fuh! Uhuk! Uhuk!

Lama sungguh tak mengupdate blog.. berhabuk tebal sampai terbatuk batuk.. hehe

Sebenarnya, macam2 yang berlegar- legar di kepala.. Tapi, tiba2 tangan ni keras xtahu nak mulakan macam mana.. tapi, Alhamdulillah.. Allah masih mengizinkan saya untuk mencoret sesuatu di sini.. m0ga2 dapat jadi sesuatu yang berguna buat saya dan sahabat2 sekalian.. ^^v

Hari ini, saya rasa nak senyum je.. (bukan nak lagi.. dah senyum pun.. hehe)
dah lama tak bercerita ni, meh saya kongsi cerita, nak?

nostalgia zaman persekolahan..

hari ni ada seorang sahabat saya mengingatkan kembali nostalgia masa zaman terindah dulu.. zaman persekolahan.. masa tu zaman sekolah menengah..

alkisah.. ada seorang sahabat saya ni, masa tu dia tak pandai makan manis2.. maka, saya sebagai orang kelantan, dengan berbesar hatinya saya ajar dia makan manis2.. masa tu siap gurau2 lagi.. hehe.. dan akhirnya, sahabat saya ni sekarang dah walimah dengan orang kelantan! siap pandai cakap kelantan lagi.. ;-) saya pula yang teragak- agak, nak cakap loghat kelantan ke dengan sahabat saya ni.. hehe

bila ingat balik, hmm.. sweet je kan.. hehe
hmm.. tu la.. kita tak tahu apa yang bakal berlaku akan datang kan? ;-) sesuatu yang pernah diimpikan dulu, tak mustahil jadi kenyataan jika sesuatu tu, memang Allah takdirkan untuk kita.. ^^

sebenarnya, jika nak diikutkan, bila dikenang-kenang balik, macam2 peristiwa berlaku masa zaman persekolahan.. tambah2, zaman sekolah ni zaman yang penuh dengan keindahan dan kemanisan.. (senyum lagi)

sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian,

masa zaman sekolah dulu, ingat tak lagi, biasa la bila kelas yang kadang2 kecoh dengan hal cinta zaman sekolah ni.. yang suka dekat orang tu, ada pula yang ni suka dekat orang ni.. hehe.. masa tu memang la kan.. zaman yang rasa nak ada 'seseorang'.. sebagai inspirasi mungkin.. tak pun sebagai  mahupun hanya sebagai pengisi cerita dengan sahabat2.. tapi, bila dah bertambah umur ni, - bukan tua, ok! kata matang tak apa ;-) - terbukti.. ada sahabat kita yang dah walimah dengan orang yang diminatinya sejak dahulu, tapi ada juga yang walimah dengan orang yang mungkin masa zaman sekolah tu, dia tak kenal pun.. kan.. kan.. hehe

dari sini, apa yang saya rasa adalah, segala hal yang berlaku tu adalah dalam rahsia Allah.. tak ada satu pun yang kita tahu apa yang akan terjadi pada kita.. segala takdir Allah terhadap apa yang akan berlaku bukan milik kita untuk dinyatakan ianya pasti berlaku atau tidak.. maka, apa yang kita bisa perbuat adalah, melakukan sesuatu usaha dan setiap perkara itu sehabis baik..

orang yang bijak..

kehidupan ini adalah satu pelajaran yang paling bermakna yang Allah berikan pada kita sama ada kita sedar mahupun tidak.. orang yang bijak adalah orang yang mengambil pelajaran dari orang yang terdahulu agar kesilapan yang telah dilakukan orang terdahulu tidak lagi diulang kini.. namun, berapa ramaikah antara kita yang mengambil pelajaran?

Allah hadirkan kita sahabat2 dan senior2 di sekeliling kita, agar kita dapat mengutip mutiara dan pengalaman berharga mereka mengenai perjalanan hidup yang telah mereka tempuhi.. sepanjang pemerhatian saya, bentuk ujian yang Allah hadirkan adalah hampir sama bagi kita semua.. hmm, macam mana nak terangkan ya..?

begini.. saya bagi contoh.. ada tiga orang yang berkawan baik yang bernama S, T dan U.. adakalanya, ujian yang sedang dilalui oleh T, sebenarnya telah dilalui oleh S, dan bakal dialami oleh U.. faham tak maksud saya?

putaran roda kehidupan dan kitaran ujian yang Allah hadirkan pada kita sebenarnya silih berganti.. amatlah penting bagi S untuk berkongsi pengalaman dengan T agar dapat dikongsikan pula dengan U.. begitu juga sebaliknya.. S menerima perkongsian pengalaman dari R yang menerima perkongsian pengalaman dari Q dan seterusnya.. begitulah pula bagi U.. apa yang telah dilaluinya itu, melalui perkongsian pengalaman yang telah diberikan oleh T sebenarnya adalah untuk dikongsikan olehnya kepada V agar dapat disampaikan pula kepada W dan begitulah seterusnya.. hakikat dalam kehidupan kita juga begitu sebenarnya.. apa yang saya sedang alami sebenarnya telah dialami oleh sahabat rafiq saya.. dikongsikan kepada saya, agar saya dapat berkongsi pula dengan sahabat karib saya..

melalui perkongsian pengalaman ini, paling kurang pun, kita dapat tahu apa yang sepatutnya kita lakukan saat menghadapi situasi sekian sekian.. dan yang paling penting, melalui perkongsian itu, apa yang tak sepatutnya kita buat, kita dapat elakkan sebab kita dah lihat apa yang terjadi pada orang lain yang terlebih dulu mengalaminya..

orang yang beruntung..

orang yang beruntung pula ialah orang yang sentiasa menyucikan hatinya.. dan orang yang paling rugi adalah, orang yang mengotori hatinya.. sepertimana firman Allah dalam surah As-Syams ayat 8-10.. Allah ilhamkan dua jalan, iaitu jalan kefasikan dan jalan ketaQwaan.. terpulang kepada kita untuk membuat pemilihan.. Namun, jelas dinyatakan, bagi yang memilih untuk menyucikan jiwa adalah orang yang beruntung.. dan bagi orang yang memilih sesuatu yang mengotorkan jiwa adalah orang yang rugi..

apa kaitan semua benda yang saya cakapkan dengan cerita saya di atas tu? apa la yang saya merepek tu, kan..? sebenarnya, ada yang saya ingin nyatakan dari cerita dan apa yang saya repekkan tu.. jika faham, Alhamdulillah.. jika tak faham, maafkan saya kerana tak mampu nak mengolah ayat dengan baik.. susah bagi saya untuk menterjemah yang tersirat bagi saya.. maka, terimalah seadanya ya.. =)

pada asalnya, saya nak masukkan gambar2 bersama sahabat2 dari masa tadika, sekolah, time remaja, besar sikit dan sampai sekarang.. tapi, bila edit gambar -untuk tutup muka- macam tak cantik dipandang la pula gambar2 tanpa wajah ni.. maka, tak apa laa.. tak jadi.. nah, tengok yang ni xapa.. =)




semua gambar sumbangan en google

sahabat adalah cermin bagi sahabatnya..

sebagai manusia, jatuh bangun dalam kehidupan itu perkara biasa.. sebab itu kita tak layak nak menghukum manusia.. sebab mana tahu dia sebenarnya lebih baik di sisi Allah daripada kita.. kita tak tahu, kan? maka, sama2 lah kita duhai sahabat2 sekalian, mari kita sama2 beriringan, berganding bahu, teguhkan tekad dan azam, agar kita sama2 terus menerus bersama dalam 'gerabak' perjalanan ini.. yang kita cari dalam persahabatan hanyalah redha Allah..

akhir kata, mari kita sama2 ambil peluang yang Allah beri ini untuk tingkatkan diri kita agar kita dapat jadi yang terbaik di sisi-Nya.. ameen..

salam mujahadah daripada saya..

walau di mana pun kita berada, kita adalah sebahagian daripada benteng2 Islam.. setiap dari kita bertanggungjawab untuk menjaga benteng masing2 agar musuh tidak lolos melalui benteng kita.. maka, teguhkanlah bentengmu itu..

wallahua'lam..

3 comments:

LuQmatuL_AisH said...

assalamualaikum ^_^
kak,ni miza..balik uma ter0s p bka bl0g akak..zuppp! huhuuu:p

pastu kite "menjelajah" k sume bl0g2 MPN y lain..haha..syukran akak ^_^

wardah syuhada' said...

wsalam wbt.. ^_^
Alhamdulillah.. jumpa x..?

sila sila.. hihi ^_^v

LuQmatuL_AisH said...

eh,kak ani p0n on9?huhuu..yeay!besttttnye^+^

jumpa2 :)jumpa ckgu punye..abg wan punye..n MPN pnye..tu je! hikhikk:p

semoga bermanfaat..^_^