Sunday, November 21, 2010

Ayuh! teruslah mara ke hadapan..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamua'laikum wbt..

Sedikit peringatan buat diri ku yang sering lupa..

Duhai diri..
Ingatlah bahawa, di mana pun kita berada, itu bererti Allah kirimkan kita di situ.. Ketahuilah bahawa peluang untuk beramal itu berada di mana2. Cuma bergantung pada kita mahu melaksanakan amal atau tidak. -Amal Qawie kah? atau cuma Amal Dhaif..?-
Maka segala cabaran di tempat itu nanti adalah medan amal yang luas untuk kita..

Duhai diri..
Di saat kita merasakan bahawa kita bersendirian, -merasa tiada teman dan kawan,- sebenarnya itu adalah saatnya untuk kita meningkatkan kualiti diri.. Kerana berada di kondisi nyaman, -ramai teman dan sahabat seperjuangan,- terkadang membuat kita terlena.. Terleka dengan kemudahan dakwah, terlena dengan ramainya saudara di sekitar kita sehingga menyebabkan kita tidak merasa gentingnya untuk perbaiki dan pertingkatkan diri..

Duhai diri..
Bukankah hidayah itu milik Allah? Bukankah kita hanya mampu berusaha, natijah itu milik Allah? Bukankah masa itu sebahagian daripada rawatan? Namun, mengapa duhai diri, mengapa tidak sabar dan mengeluh lambat merasa hasil? Mengapa rasa jemu menghantuimu tatkala tiada yang menyahut seruanmu..? Mengapa rasa lemah menyapamu di saat tiada yang menyambut huluran tanganmu..? Mengapa..? Mengapa..? Lupakah dikau akan janji2 Allah? Semudah itukah dikau mengalah..? Alangkah ruginya.. Alangkah ruginya.. Andai cuma sekecil ini dugaan yang menimpamu, dikau sudah menarik diri dari gerabak dakwah ini...!



Duhai diri..
Ingatkah dikau akan karakter asas tarbiyah?
*Sukar, tetapi hasilnya terjamin..
*Panjang masanya, tetapi terjaga keasliannya..
*Lambat, tetapi terjamin hasilnya..
Maka, yakinlah bahawa, ini adalah jalan yang patut dikau lalui dan teruskan sehingga akhir hayatmu.. Benar, memilih jalan Rasul saw ini bermakna dikau memilih keletihan dan kepayahan.. Kerna, akhirnya adalah nikmat, keberuntungan yang paling besar dan anugerah yang tidak ternilai harganya...!

Duhai diri..
Saat ini, kembali semak hatimu.. 0h hati, bagaimana keadaanmu..? -Hidupkah, sakitkah atau matikah..?- Ambillah masa sebentar, untuk mengecas kembali imanmu.. Agar detik2 selepas ini menjadi detik perkiraan amal Qawie mu.. Insha Allah..

Duhai diri..
Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja.. Sampaikanlah Islam kepada sesiapa sahaja kerana Islam itu bukanlah warisan dari kedua orang tua.. Setiap orang punya latar belakang yang berbeza2 dan hati2 yang berhajat kepada Islam itu ada di mana2.. Hati2 yang inginkan cahaya kebenaran itu ada di mana2.. Cuma saat ini yang diperlukan adalah usaha kerasmu untuk mengenal pasti pemilik hati2 itu.. Sedarlah..

Duhai diri..
Saat ini, umat manusia berada di jurang kehancuran.. Kerosakan demi kerosakan yang wujud pada hari ini adalah disebabkan krisis 'nilai' yang dihadapi oleh masyarakat.. Mereka hilang arah tujuan, hilang pegangan hidup yang benar.. Hanya mengikut kehendak nafsu yang inginkan kesenangan.. Namun, kesenangan itu sementara.. Keseronokan yang sebentar cuma.. Maka, adalah menjadi tugasmu untuk sama2 kembali tingkatkan diri dan mengajak yang lain untuk turut merasai kemanisan beriman kepada Allah swt..

Duhai diri..
Ayuh! Apa lagi yang dikau tunggu.. Sampai bila lagi dikau menangguhkan waktu.. Masa itu tidak kan pernah berpihak pada kita.. Mati juga sentiasa mengejar kita.. Tiada lengah walau sesaat pabila telah tiba saatnya.. Telah berkata Imam Syafi'e: Istirehat seorang aktivis itu, adalah satu bentuk kelalaian..!

Duhai diri..
Andai saat ini lemah menguasaimu, sedih memikirkan kekurangan yang ada padamu, usahalah untuk bangkit kembali.. Sedarlah bahawa saat ini, Allah inginkan dikau lebih erat dengan-Nya.. Berusahalah sekuat hatimu untuk bangkit kembali.. dengan IMAN.. kembali lah.. kepada Allah..



Duhai sahabat2ku..
sem0ga kita sama2 saling terus kuat menguatkan, saling ingat memperingatkan, saling lengkap melengkapkan.. Sungguh, tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan dan kekuatan dari Allah swt.. sem0ga segalanya adalah amal kerana-Nya semata.. saling mend0akan ya..^_^

wassalam..

2 comments:

Penasulung said...

jazakillah khoir ukht atas nasihat dan pengingatnya. terasa gerimis menerpa mataku membacanya. Smoga ALLAH mudahkan segala urusan kita ^^

wardah syuhada' said...

to Pena Sulung:
Alhamdulillah..terus tabah ukht.. sem0ga sama2 terus saling m'ingatkan, saling m'd0akn.. kangen sama kamu..<3 @};-
semangatt! :)

semoga bermanfaat..^_^