Wednesday, January 12, 2011

fokus tarbiyah itu hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila ada orang tanya kita, "kita nak masuk syurga x..?"
Mesti kita jawab, "mesti la nak.."
kan..

Tapi, bila kita renung balik n tanya diri sendiri, apakah yang kita buat selama ni, melayakkan kita ke syurga-Nya?? Benar, kita boleh dan akan masuk syurga hanya dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt.. Tapi, kita mesti sedar, mesti la ada usaha kan, untuk dekat dengan Allah, untuk buat sesuatu hanya kerana Allah supaya kita boleh dapat redha Allah, jadi dengan itu, kita akan dapat rahmat dan kasih sayang Allah.. bukan calang2.. bukan sewenang2 nak jadi hamba yang Allah sayang... kan..

Jadi,
apa sebenarnya tujuan kita hidup kat atas muka bumi ni..??
apa sebenarnya yang Allah nak kita buat sehingga kita diciptakan..??
apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni..??
apa sebenarnya semua yang kita kena lalui ni..??

mesti pernah terlintas kan kat fikiran kita, salah satu dari soalan2 kat atas 2..???
hmmmm...saya pernah tanya diri sendiri soalan2 tu..
boleh dikatakan selalu juga laa... kenapa..?? nanti saya jelaskan lepas saya jawab soalan2 tu..

Allah Yang Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Luas Ilmu-Nya, menciptakan manusia itu sebagai sebaik2 ciptaan.. Dari unsur tanah yang paling rendah, Allah ciptakan dengan 'tangan-Nya' sendiri, kemudian Allah tiupkan roh (unsur yang paling tinggi).. Sebab tu, manusia beza sangat dengan makhluk lain.. maka, wajarkah, makhluk yang paling sempurna penciptaannya, mengingkari Penciptanya..??



Agak2 kan, apa tujuan kita hidup kat dunia ni..??
nak penuhi segala keinginan diri?
--maka jika itu tujuan Allah ciptakan kita, maka hidup kita telah gagal..
sebab apa? sebab x semua manusia mampu mencapai apa yang diinginkannya..

Allah ciptakan manusia, sebab Allah nak kita tunduk dan patuh pada Allah, sentiasa beribadah dan berubudiyah kepada Allah..
(RUJUK AD-DZARIYAT:56)
Itulah tujuan hidup kita.. Mari kita semak semula, tercapai kah tujuan itu dengan apa yang telah dan sedang kita lakukan sekarang..??

Bagi menepati kehendak Allah supaya sentiasa beribadah dan berubudiyah kepada-Nya, maka kita kena jadikan setiap perbuatan kita adalah semata- mata kerana Allah swt dan berlandaskan apa yang Rasul saw sampaikan..

2 syarat sesuatu perkara itu menjadi ibadah..
--1-- Tidak langgar syara', menepati kehendak syara'
--2-- Ikhlas, buat segalanya kerana Allah swt
(petanda amalan diterima atau pun tak adalah melalui IKHLAS)

Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah, tidak membiarkan saja hamba2-Nya itu, terkontang- kanting dalam mencapai tujuan dan matlamat hidup.. Sebab itu Allah hadiahkan Rasul2 buat hamba-Nya.. Sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan.. Maka, sebab itu la Rasul saw diutuskan..(termasuk Nabi2 dan Rasul2 lain)
Dan.. Fokus Tarbiyah Rasul saw adalah QALB..(HATI)

Jadi, bila dalam post yang lalu, saya ada ceritakan ada sesuatu yang tertinggal.. Iaitu; Proses Tarbiyah.. Kenapa sebenarnya proses tarbiyah ini penting..?? Sebab kita kena jaga kesolehan/ kebaikan/ kedekatan hubungan hati dengan Allah setiap masa.. Tarbiyah Rasul berfokus kepada hati, kerana hati ini, sifatnya mudah berbolak balik.. Sebab itu, kita kena sentiasa proses hati.. nak pastikan hati ni, sentiasa dekat dengan Allah.. Dekat macam mana? Selalu ingat Allah..(jadi, setiap perkara yang kita buat, kita akan hubungkan dengan Allah)

Maaf.. saya tidak pandai menyusun bait kata.. Namun, saya yakin, jika kita banyak berfikir, kita akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan ini.. Insha Allah.. Saya selalu bertanya pada diri, kerana, saya cuba untuk pastikan saya tidak lari dari matlamat hidup yang sebenar, tidak lari dari tujuan saya diciptakan.. Sangat la risau sebenarnya, jika saya tidak menepati tujuan saya diciptakan, maka gagal lah saya.. Rugilah saya.. Nau'zubillah.. Moga Allah jauhkan dan lindungi kita semua..

Ketahuilah bahawa sebesar- besar keuntungan adalah kita diselamatkan dari neraka Allah, dimasukkan ke syurga-Nya..
dan sebesar- besar kerugian adalah kita menjadi ahli neraka dan dijauhkan dari syurga-Nya..
Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..ameen..

wallahua'lam..

No comments:

semoga bermanfaat..^_^