Thursday, January 6, 2011

Apa yang ROSAK sebenarnya..??

Bismillahirrahmanirrahim..

Kebelakangan ini, banyak peristiwa telah berlaku di sekeliling saya.. Hmm... macam mana nak cerita ya... Secara mudahnya, semua peristiwa dan permasalahan yang diajukan pada saya itu, bagi saya adalah masalah ranting, masalah cabang yang terhasil akibat kerosakan akarnya.. Saya bagi analogi mudah..

Ibarat sebatang pokok,
kriteria apa pada pokok itu, yang kita akan katakan bahawa pokok itu tumbuh subur?
pastinya dengan melihat sama ada pokok itu berbuah/ berbunga, daunnya hijau tidak kekuningan, maka bolehlah kita sifatkan bahawa akarnya elok, sihat, tidak berpenyakit.. setuju..??



Pokok yang rosak pastilah sebaliknya bukan??
Jadi..
Apa yang kita nak kena buat pada pokok yang rosak tu..?
Biarkan..?
Rawat..?

Andaikan kita ambil langkah nak biarkan.. maka, lama kelamaan pokok tu akan mati..
Andaikan pula kita ambil langkah rawat.. apa yang perlu kita rawat? dahan? ranting? daun? atau akar??
Mesti laa kat bahagian akar, kan...?
salah satu caranya, kena bubuh baja, ubat pokok dll..

Macam tu juga laa..
Masalah yang berlaku dalam realiti masyarakat sekarang..
Bukan sebab masalah luaran.. tapi masalah dalaman..
punca segala masalah adalah, ketandusan IMAN dalam hati....

Sepanjang pemerhatian saya, selama baru je beberapa sem ni, syukur Alhamdulillah.. masih ada golongan2 yang 'islamic' kat sini.. cuma.... hmmm...
saya faham.. saya cuba bersangka baik.. ye laa.. lain orang lain caranya, kan.. tapi, kena la fikir juga, adakah pendekatan dan kaedah yang dibawa itu, sesuai? menyelesaikan masalah? atau hanya makin menambahkan masalah..?

Saya faham.. x semua orang Allah beri peluang untuk dapat kefahaman Islam yang sebenar.. tapi, saya yakin, masih ramai yang berhajatkan Islam itu.. Ibarat permata2 yang diselaputi lumpur.. tugas kita lah yang nak kena cari permata2 tersembunyi itu, dan gilapkan kembali agar permata itu kembali memancarkan sinar cahayanya..

Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita yang Allah beri sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar ini, untuk kembali mengajak dan menyeru orang lain. dalam masa yang sama meneruskan tarbiyah dalam diri sendiri agar diri sendiri juga dapat sentiasa dekat dengan Allah swt..

Hakikatnya, ada sesuatu 'tertinggal'..
Ada satu perkara yang bagi saya, hanya yang benar2 hidup dengan Islam akan merasainya kehilangannya.. Apakah ia...?
Proses Tarbiyah..


...Bersambung...

No comments:

semoga bermanfaat..^_^