Saturday, August 20, 2011

terasa sukarnya langkah ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..
maka eratkanlah ya Allah, akan ikatannya..

Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jalanMu yang sebenar..
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap..
Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu..
Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..

Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan deenMu..
Engkaulah sebaik2 penolong..
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini..
Restuilah ya Allah atas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya..
Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.. Ameen.."


Hampir dua bulan masuk semester baru.. sem yang mencabar dan menuntut kudrat dan daya yang banyak.. walau baru tahun dua.. Allah.. moga kesibukan ini tidak menghanyutkan daku ya Allah.. moga kesibukan ini tidak menjauhkan daku daripadaMu ya Allah.. moga kesibukan ini tidak menjatuhkan daku dalam jurang murkaMu.. ameen..

hati itu raja

teringat pesan murabbi..

"adakalanya dalam kehidupan ini, kita akan rasa penat.. bukan penat sebab letih.. tapi penat sebab kita tak tahu bila penghujung dan penamat perjuangan kita ni.. tapi, ingatlah kata IHAB, kita bukan yang memulakan, kita juga bukan yang mengakhirkan.. tapi kita adalah rantai perjuangan.."


Bergeraklah.. dan teruskan melangkah..!

Allah lihat usaha.. maka teruskan usahamu..!

saat ini, terasa langkahan kaki ini makin sukar.. sukar dan bagai tenggelam dalam arus dunia yang tak pernah henti menenggelamkan manusia2 yang tidak kuat menahan dugaannya.. Allah..

rindu pada sahabat2 seperjuangan..
yang sentiasa mengingatkan diri ini tatkala lupa..
yang tidak pernah jemu menasihatkan andai diri ini tersilap langkah..
yang tidak pernah putus mendoakan tiap kali solatnya..

T_T

ya Allah..
moga hati ini tetap teguh di atas jalanMu..
moga hati ini kuat dalam mujahadah..
moga hati ini kukuh mempertahankan prinsip..
moga hati ini teguh bertahan dan terus istiqamah..
moga hati ini kuat menepis godaan ke arah dosa..
ameen..

~doakan saya ya sahabat2 sekalian..T_T~

4 comments:

Unknown said...

ameen.. moga kita istiqamah di jlnNya dan sentiasa saling meningatkan.. jzkk... =)

wardah syuhada' said...

ameen..:) moga Allah kuatkan langkah kita di atas jalan yang benar..

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum kak.
Dapat bayangkan apa yg akak rasa sekarang.Sabarlah kak. Kadang-kadang sibuk lagi bagus daripada duduk saja-saja tanpa kerja.
Bila kita sibuk, kita lagi hargai masa.
Insya Allah, kesibukan akak adalah jambatan akak mudah ke akhirat.Mohon tak dilalaikan.

P/S: Akak doakan saya.Saya doakan akak. Dan malaikat mendoakan kita. Ameen. Insya Allah.

wardah syuhada' said...

w'salam dik.
ameen.. Jazakillahukhairan ukhti..

Insha Allah.. saling mendoakan.. :)

semoga bermanfaat..^_^