Setiap tahun, Allah swt menyediakan khusus satu bulan untuk kita berpesta ibadah. Yakni Ramadhan.
Kenapa Ramadhan dipilih sebagai bulan Pesta Ibadah bagi mukmin dan muttaqin (orang yang bertaqwa)?
Kenapa Ramadhan dipilih sebagai bulan Pesta Ibadah bagi mukmin dan muttaqin (orang yang bertaqwa)?
![]() |
puasa-AlQuran-taQwa |
A) Dalam surah Al-Baqarah ayat 185 - Allah swt menyatakan bahawa pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran. Al-Quran yang menjadi elemen terpenting bagi manusia bergelar mukmin dan muttaqin adalah disebabkan, kandungannya memiliki petunjuk kepada kita berkenaan siapa kita, siapa Tuhan kita, kenapa kita diwujudkan, untuk apa kita di sini (dunia) dan ke mana kita akan pergi (setelah mati)!
C) Kenapa berpuasa?! - Dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah swt menyatakan bahawa Objektif puasa adalah untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa kepada Allah swt. Taqwa merupakan elemen penting atau tujuan penting yang wajib lahir dari PUASA tersebut. Orang yang bertaqwa dinamakan muttaqin.
D) Kenapa perlu menjadi muttaqin?! Dalam surah Al-Baqarah ayat 2, Allah swt menyatakan bahawa Kitab (Al-Quran) diturunkan sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Nah!.. sekarang fahamilah kita betapa significantnya BULAN RAMADHAN, TAQWA DAN AL-QURAN.
Hubung kait ketiga-tiga elemen ini amat penting untuk kita fahami supaya puasa yang dilaksanakan tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.
Kongsikan dengan isi rumah bahawa - bulan Ramadhan adalah bulan mulia Allah swt turunkan Al-Quran, dengan Al-Quran kita mendapat petunjuk, dengan petunjuk kita berpuasa untuk taat perintah Allah swt, dengan berpuasa juga kita menjadi hamba yang bertaqwa, dengan taqwa kita lebih kenal Allah dan dapat berperanan sebagaimana yang Allah swt kehendaki kepada kita.
Oleh itu, meriahkan PESTA RAMADHAN kita ini dengan kefahaman yang betul, melaksanakan ibadah puasa, tilawah Quran dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.
INGAT RAMADHAN, INGAT PESTA IBADAH - YAKNI PESTA MERAIKAN TURUNNYA AL-QURAN YANG MENJADI PETUNJUK KEPADA MANUSIA UNTUK KENAL SIAPA PENCIPTANYA, UNTUK APA DIA DICIPTAKAN DAN KEMANA DIA AKAN PERGI NANTI...
Wallahu'alam.

saya kongsikan juga satu lagi perkara penting dalam hidup kita ini.. semoga bermanfaaat..
sama2 kita usaha meraih TAQWA..
semoga kita istiqamah di atas jalan ini.. ameen..
semoga Allah tidak tarik balik hidayah yang telah diberiNya pada kita.. ameen..
semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.. ameen..
wassalam..
No comments:
Post a Comment