Tuesday, April 26, 2011

Berhentilah sejenak untuk kembali beriman kepada Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah.. Dia yang memberi ujian, Dia juga yang memudahkan jalan..

Selagi mana kita sebagai hambaNya masih berhajatkan kepada cara hidup Islam yang sebenar, peluang itu sebenarnya terbuka luas buat kita.. Cuma bergantung pada diri kita sendiri mahu ambil peluang itu atau tidak..

Seandainya datang pada hatimu lintasan mahukan perubahan ke arah kebaikan, maka turutilah ia.. kerna lintasan itu datang sekali sekala.. sekali ia datang, tidak tahu bila lagi ia akan kembali melintasi hati..

Hari ini, saya dapat online di library.. Alhamdulillah.. Sekadar mahu mencoret sesuatu di sini, untuk peringatan buat diri sendiri dan yang lain juga.. Yang bermanfaat itu, moga dapat dijadikan panduan dan peringatan..

Alhamdulillah.. semalam, seorang murabbi datang.. Kedatangan yang bagi saya memberi sinaran dan harapan baru.. Memberi semangat baru.. Memberi kekuatan baru.. Alhamdulillah.. Allah jua yang mengizinkan segalanya berjalan lancar.. Pengisian yang saya rindui.. Peringatan yang saya tunggu- tunggu.. Alhamdulillah..

Saya sedar, betapa telah jauh saya sekarang.. Berbeza dengan diri saya yang dulu.. Astaghfirullahala'zim.. M0ga Allah ampunkan dosa2 saya.. Jatuh bangun dalam kehidupan ini ibarat suatu yang biasa.. Yang membezakan cuma bagaimana kita berdepan dengan cabaran yang datang itu..

Hujung minggu lalu, saya berkesempatan ke seminar Gaza di uia.. Alhamdulillah.. jumpa dengan sahabat2 seperjuangan, murabbi2 ibarat air yang menyirami hati yang gersang.. Teringat pesanan seorang murabbi, waktu sembang2 di meja makan.. "Bila berada dalam suasana yang begitu hebat cabarannya, lebih baik bagi kita sebab kita akan sentiasa istiqamah berbanding kita berada dalam suasana yang tenang".. saya menambah, "teringat tulisan seorang murabbi, beriman dalam tenang atau tenang dalam beriman".. Lalu, seorang murabbi lain mencelah, "tidak kira kita beriman dalam tenang, atau tenang dalam beriman, kedua- duanya kita mesti KUAT..!" Allah.. tersentuh hati saya.. ISTIQAMAHkah saya? KUATkah saya? T_T


Proses tarbiyah adalah proses yang perlu berterusan berjalan dalam kehidupan kita.. Bila kita tinggalkan proses tarbiyah ini, maka kita akan jauh dari Allah.. Percayalah..

Hidup kita ada titik mula, ada titik akhirnya.. Ibarat satu garis lurus.. tiada siapa yang tahu bila garisan itu akan berakhir kerna tiada siapa yang tahu bilakah saatnya bertemu Rabbnya.. Berdoalah semoga, saat Allah menjemput kita, kita dalam keadaan terus berusaha untuk dekat dengan Allah, cinta pada Allah, taat pada Allah, beriman pada Allah dengan sepenuh kecintaan hanya padaNya..


Semoga kita semua terus terpilih berada dalam nikmat yang terbesar ini iaitu IMAN dan ISLAM.. Bersyukurlah atas segalanya.. Sentiasa muhasabah diri.. Kerna iman itu ada turun naiknya.. Berhentilah sejenak.. untuk kita kembali beriman kepada Allah.. Semak kembali hatimu, ubati hatimu dengan iman dan tarbiyah.. Jangan biarkan hatimu gersang dan kontang.. Tarbiyah itu, perlu ada tugasan yang kita perlu laksanakan.. Bagi memastikan proses tarbiyah itu berjalan..

saya kongsikan tugasan yang kita mesti laksanakan setiap hari bagi memastikan proses pembersihan diri sentiasa berjalan..(tugasan yang diberi oleh murabbi saat perjumpaan semalam)

TUGASAN TARBIYAH HARIAN (minimum)
1- Dua rakaat sebelum azan subuh (bagi yang ABC, boleh zikir sebelum azan dalam jangka masa 10 minit)
2- Tidak sarapan pagi sebelum sarapan rohani (al-mathurat)
3- Dua muka bacaan Al-Quran setiap hari
4- Infaq RM x (setiap minggu)
5- Puasa sunat (Isnin atau Khamis)

--tugasan ini hanyalah sebagai jalan permulaan untuk membersihkan hati.. Perlu lalui setiap hari dengan amalan2 ini.. Jika sudah merasakan kenikmatan amal ini, boleh tambah dan tingkatkan kadarnya.. Hari ini berjaya, belum tentu hari esok akan berjaya juga.. Bergantung pada sejauh mana ISTIQAMAH kita.. Kita akan lemah bila kita abaikan amalan2 di atas.. Itulah puncanya.. Kita jauh dari Allah..


~~hajat d0a kalian agar saya tetap bertahan di sini..
~~semoga rahmat, redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita.. ameen..

wallahua'lam..

1 comment:

Sidratul Muntaha said...

TUGASAN TARBIYAH HARIAN (minimum)
1- Dua rakaat sebelum azan subuh (bagi yang ABC, boleh zikir sebelum azan dalam jangka masa 10 minit)
2- Tidak sarapan pagi sebelum sarapan rohani (al-mathurat)
3- Dua muka bacaan Al-Quran setiap hari
4- Infaq RM x (setiap minggu)
5- Puasa sunat (Isnin atau Khamis)

Kak,nak share ye petua ni kat blog sy lagi satu.mintak izin. :)

semoga bermanfaat..^_^