Sunday, October 30, 2011

pesanan buat hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Segala puji hanya bagi Allah..

Dalam hidup kita ni, dari segenap sudut dan arah, kita bisa merancang apa sahaja.. Namun, ada suatu perkara penting yang perlu kita ingat.. Kita merancang, Allah juga merancang.. Dan pastinya Allah sebaik2 perancang..!

Dalam hidup kita ni juga, banyak perkara yang kita kena buat pilihan.. sama ada pilihan dalam buat keputusan yang kecil mahupun besar.. Namun, ada suatu perkara penting yang kita kena ingat.. "Tidak akan rugi orang yang istikharah, tidak akan menyesal orang yang musyawarah.." -Al-Hadith..

Selain itu juga, dalam hidup kita ni, ujian akan tetap datang dan pergi.. saya nak bawa kita lihat akibat dari keputusan yang kita buat..

Saya bagi contoh..(saya akan bawa contoh berdasarkan pengalaman hidup saya.. jadi, saya terus terang saja ya..)

nak belajar kat mana..??
a- kolej tarbiyah dakwah
b- u lain

nak kerja kat mana..??
c- kilang tarbiyah dakwah/ dengan murabbi
d- kerja luar/ dengan orang lain

nak walimah dengan siapa..??
e- orang yang sefikrah
f- orang yang tak da fikrah/ tak sefikrah

atau, nak buat apa lepas ni..??
g- sambung belajar?
h- kerja?
i - walimah?

0k.. semua keputusan yang akan kita buat pada situasi2 di atas pastinya akan mendatangkan kesan yang berbeza- beza.. sekali tengok pun, mesti kita dah tahu akan ada bezanya, kan..?

Satu perkara yang saya nak ingatkan.. peringatan buat diri saya, mahupun sahabat2 yang membaca..

Walau apa pun keputusan yang kita buat, ketahuilah bahawa, setiap keputusan yang dibuat itu akan mendatangkan hasil dan akan memberi impak dalam kehidupan kita.. setiap orang akan buat keputusan masing2.. setiap orang tak sama.. situasi dan kondisi kita berbeza.. ujian yang kita bakal terima juga berbeza..

Namun, walau apa pun sahabatku, janganlah putus harap dari rahmat dan kasih sayang Allah swt.. Setiap orang, dalam buat keputusan apa pun, pasti ada sebab dan musabab nya.. pasti ada penyusunan Allah buatnya.. bukan kita yang nak menilai orang tu buat keputusan yang betul, orang tu buat keputusan yang salah.. bukan kita.. hanya Allah saja yang Maha Mengetahui segala hal..

Sama ada kita pilih a atau b, c atau d, e atau f, mahupun g, h atau i, semuanya pasti akan melalui ujian dan cubaan dari Allah swt.. Ujian Allah itu pasti akan ada.. cuma bentuknya mungkin berbeza- beza.. Maka, persiapkanlah diri dalam mengadapi ujian dari Allah.. Allah tak kan uji andai kita tak mampu.. tapi, apa yang Allah uji tu, Allah tahu kita mampu.. ujian dari Allah tu bergantung pada sejauh mana dan sekuat mana iman kita..

Marilah kita sama2 berusaha untuk mempertingkatkan diri, iman dan taQwa kita kepada Allah swt..
Marilah kita sama2 kembali mendekatkan diri dengan Allah swt..
Marilah kita sama2 meningkatkan kecintaan dan ketundukan kita hanya pada Allah swt..

Ya Allah..
Bantulah kami untuk taat dalam melaksanakan perintahMu..
Bantulah kami untuk taat dalam meninggalkan laranganMu..
Ameen..

Akhir kalam, saya titipkan pesanan sahabat saya, Haura' An-Najah kepada saya suatu ketika dulu..



Wassalam..


~saya dah nak start final.. InshaAllah lepas selesai final dan lepas selesai beberapa perkara yang saya kena laksanakan, saya akan buka kembali blog ini kepada umum.. InshaAllah..~

~Hajat doa kalian..~

~Salam sayang..^^~

No comments:

semoga bermanfaat..^_^