Sunday, July 17, 2011

bisikin rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga catatan ini menemuimu dalam keimanan yang benar dan keterikatan hatimu dengan Allah swt..

Pertamanya, tahniah dan semoga Allah memberkatimu sekeluarga dan melimpahkan barakah keseluruhnya.. Alhamdulillah.. semoga fasa yang bakal dikau tempuhi ini dihadapi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.. Ameen..

Alhamdulillah.. Sungguh, rasa bahagia dan syukur menyelubungi hati ini tatkala melihat wajahmu. Walau tidak nampak secara berdepan, namun keceriaan dan kebahagiaan jelas terpancar di wajahmu.. Hati ini gembira.. Hati ini tambah senang dengan penampilanmu yang tidak melanggar syara' walau di hari bahagia yang cuma sekali seumur hidup bak kata orang.. Jelas, fikrah dan kefahaman Islam itu bukan sekadar fakta dan dalam buku semata tetapi ditampilkan melalui amal.. Alhamdulillah.. Syukur.. Sejuk mata memandang.. Moga penuh barakah.. Ameen..

Ukhti habibati..

Dirimu adalah sahabatku..
sahabat dunia akhiratku..
sahabat dalam dakwahku..
sahabat dalam tarbiyahku..
sahabat seiring sejalanku..
sahabat di saat lemahnya langkahanku..
sahabat di saat kuatnya tatihku..
sahabat yang kucintai segenap ruang hatiku..
sahabat yang kusayangi sepenuh jiwaku..


ukhwah lillah fillah

Bersamamu,
mengenalkanku pada hakikat sebenar penciptaan dan kehidupan..
membuatkan daku merasai manisnya ikatan persahabatan..
menyedarkan daku akan hakikat perhambaan..
terima kasih sahabat..
semoga Allah kekalkan ikatan ini..
sehingga ke syurgaNya.. ameen..

Sungguh..
diri ini rindu padamu..
rindu pada celotehmu..
rindu akan kalimah nasihat darimu..
rindu akan perkongsian pengalaman berharga darimu..
rindu pada suasana soleh yang kita bina bersama..
rindu pada tugasan dan kerja yang kita laksanakan bersama..
rindu pada cetusan idea dan buah fikiranmu dalam menyelesaikan sesuatu perkara..
rindu pada semangat dan kemantapan fikrahmu yang sentiasa menjentik hatiku..
sungguh.. hati ini rindu..

Nyata, hati ini merasai akan kehilanganmu..
namun, daku mengerti..
tidak selamanya kita dapat bersama..
perpisahan itu pasti kan hadir jua..
berjauhan itu pasti berlaku pada kita..
kerna kita cuma manusia..
yang punya kehidupan dan laluan yang berbeza..
yang sama cuma matlamat hidup kita..

"Kita mungkin punya liku dan cabaran hidup yang berbeza yang perlu kita lalui dalam hidup ini.. Ketetapan Allah pada jodoh, rezeki, dan ajal kita mungkin berbeza saat dan masanya.. Namun yakinlah dan ketahuilah ukhti, bahawa jalan kita, matlamat hidup kita, arah tuju kita tetap sama.. Kita sama- sama menuju Allah.. Untuk menggapai syurgaNya.."

Itu pesananmu yang masih daku ingat..
tersentuh hatiku saat itu..
dan setiap kali daku ingati pesanmu itu..
Jazakillahukhairan ukhti habibati..

Ya Allah..
sesungguhnya Engkau tahu, kami saling merindui keranaMu.. Rahmati sahabatku ini ya Allah.. Kerna dengannya daku lebih dekat denganMu.. ameen..


"Kuntum cinta Rabithah ini akan terus berbunga dan tumbuh segar.. Sesegar kuntuman nailofar.. Ianya berputik, berbunga dan bersemi di hati ini.. Ya Allah, satukanlah hati kami.. moga jelas fikrah di jiwa, dalam perjuangan Islam tercinta.. salam ukhwah fillah untuk selamanya.."

"Pesonanya ukhwah fillah!
bila berjauhan pasti merindu..
bila dekat pasti bertambah erat..
bila tersalah pasti ada yang membetulkan..
bila beramal pasti lebih bersemangat..
bila sedih pasti ada yang menghiburkan..
bila terlalu gembira pasti ada yang mengingatkan..
bila berjuang pasti tak keseorangan..
bila lemah pasti ada yang menghulurkan tangan.."

"Ya Allah..
sirami ukhwah ini dengan cinta dan kasih sayangMu..
limpahkan ukhwwah ini dengan rahmat dan keberkatan..
suburkan ukhwah ini dengan ketaatan kepadamu..
dan kumpulkan kami nanti di syurgaMu..
ameen.."

Ya Allah..
daku rindukan sahabatku ini..
sampaikanlah rinduku ini padanya..
agar dia tahu bahawa diriku sentiasa mengingati dan mendoakannya..

semoga pernikahanmu penuh barakah dan mendapat rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.. ameen..
semoga baitul dakwah yang dibina dapat melahirkan rijal aqidah dan rakais Islam.. ameen..
semoga menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk mata penawar hati suamimu.. ameen..
dan
semoga Allah temukan kita di syurga.. ameen..

~nukilan buat sahabat tercinta, haura' an-najah..~

No comments:

semoga bermanfaat..^_^