Thursday, January 26, 2017

Bangkitlah walau sukar!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..




Setiap dari kita punya ujian
ujian yang berbeza pastinya mengikut tahap kemampuan
buat menguji tahap keimanan
dan pastinya agar lebih dekat dengan Yang Maha Mengabulkan

Duhai sahabat duhai teman
walau tiada di samping mu saat menerima ujian
namun ketahuilah bahawa doaku terbang dari kejauhan
buat peneman di balik keresahan

Jangan kau tewas jangan kau mengalah
kerna ku tahu dikau bukan seorang yang lemah
ujian yang hadir jangan dipandang sebagai masalah
tetapi anggaplah Allah nak jadikan kita gagah

tiadalah daya dan kekuatan manusia
melainkan segalanya hadir daripada Pencipta
serahkan segalanya kepada Yang Maha Kaya
pasti dikau akan beroleh bahagia

Walau kesukaran datang silih bergantian
namun yakinlah bersamanya pasti ada kemudahan
kerana bila Dia datangkan ujian
tanda kita masih dalam perhatian

~wardah syuhada'~
24 Ogos 2016

No comments:

semoga bermanfaat..^_^