Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam..
Selawat dan salam,
buat Rasul saw, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para penerus dakwah hingga hari akhir..
sepanjang perjalanan hidup ni kan, mesti kita pernah lalui saat- saat perubahan dalam hidup..
maksudnya, dari tak baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik.. pernah tak lalui fasa tu?
saya yakin, kita semua mesti pernah lalui masa- masa di mana kita jalani kehidupan ni berbeza dari yang sebelum ni.. semua orang mesti ada impian untuk jadi yang lebih baik kan? saya juga begitu..
sumber gambar |
saya nak cerita satu pengalaman,
yang mungkin saya pernah cerita sebelum ni..
saya ingat lagi..
Allah izin, saya alami perubahan dalam diri saya, dalam hidup saya, masa saya form 2..
perubahan yang macam mana?
sebelum tu memang biasa terdedah dengan Islam, diajar mengenal Allah..
Alhamdulillah terbiasa dengan didikan Islam, di rumah, sedari kecil pun..
tapi masa tu baru boleh kata benar- benar rasa dan faham, benar- benar macam ada link dengan qalb.. benar- benar rasa ada keterikatan di jiwa tu dengan Allah swt..
dan setiap perubahan tu, mesti tak semudah tu kan..
mesti akan ada ujian dariNya..
tapi Allah beri tu, semuanya dalam Ilmu-Nya..
tak pernah sesuatu yang hadir pada kita tu, yang melampaui batas kemampuan kita..
kan..?
InshaAllah..
Allah izin kan,
ada sorang kawan cerita kat saya..
masa tu saya form 5..
dia kata, ada segelintir orang sekeliling saya masa saya form 2 tu,
yang macam tak leh nak terima perubahan saya tu..
mungkin sebab ye la, sebelum ni kan sama- sama 'gila-gila'..
lepas tu tiba- tiba pulak siap jadi ahli 'PAHALA' kan..
0h, ahli 'PAHALA' ni macam team yang jadi naqib/ah gitu laaa..
peristiwa dah jadi masa form 2, tapi Allah tutup pendengaran saya dari dengar macam- macam, sehinggalah saya form 5 baru saya tahu..!
daripada kejadian tu kan,
selalu jadi motivasi buat saya..
jika rasa macam tak kuat nak hadapi ujian ke, cercaan ke, kata- kata orang yang macam- macam ke kan, saya mesti ingat kejadian ni..
sebab apa?
sebab bagi saya, Allah tahu masa saya form 2 tu, saya tak kuat nak dengar apa yang orang sekeliling kata, Allah bagi saya tahu masa saya form 5.. masa saya macam dah kuat sikit, dah matang sikit..
kejadian masa form 4 pun, banyak mengajar saya..
sangat- sangat besar hikmahnya buat saya..
Allah nak ajar saya, dakwah tu, ada caranya..
jika keras cara kita, makin keras objek dakwah kita lawan..
tapi, cara yang penuh hikmah dan kelembutan, selalu berbisa dan mampu memenangi qalb..
peristiwa- peristiwa tu,
dah lebih satu dekad pun..
saya tak berdendam.. InshaAllah..
saya cerita sebab saya nak ambil hikmah dan pengajaran yang saya dapat dari peristiwa- peristiwa ni, yang Allah tarbiyah saya secara langsung..
bukan sebab saya nak burukkan sesiapa..
saya tak nak ingat pun siapa yang terlibat dalam peristiwa- peristiwa tu,
sebab saya sayang sangat orang sekeliling saya masa tu..
tapi,
peristiwa- peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup kita tu la yang menjadikan siapa kita sekarang kan..
maksudnya,
dari kesukaran masa lalu, menjadikan kita tegar hadapi hari- hari mendatang..
dari kepayahan dalam melangkah, menjadikan kita semakin bergantung kepada yang Maha Kuat..
dan saya selalu yakin,
setiap kita sekarang ini,
adalah hasil didikan dan proses yang telah kita lalui sepanjang kehidupan ni..
jadi,
kita dah berjaya bertatih setelah kita banyak kali jatuh, mungkin luka masa kecik- kecik dulu..
kita dah berjaya hadapi hari- hari yang sukar sebelum ni,
mengapa kita tak bisa hadapinya untuk hari ini dan hari- hari mendatang??
berubah itu sukar?
itu proses dalam kehidupan..
bagaimana nak kekal dalam perubahan?
ada beberapa faktor dan cara yang dapat membantu..
1. tinggalkan dosa, taubat dengan sesungguhnya
kita tak leh lari dari buat dosa, buat silap.. tapi Rasul saw pesan,
"Setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik- baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat.." [Al-Hadith]
maka, taubatlah dengan sesungguhnya, mohon ampun pada Allah swt agar kita suci dari dosa, dan bisa kekal dalam perubahan..
2. azam dan tekad yang kuat untuk berubah
dapat jadi motivasi dan semangat bagi kita.. kena selalu dan sentiasa minta pada Allah.. maka, pastikan kita mula berubah itu dengan titik mula yang betul agar kita dapat kekal dalam perubahan..
3. jangan ulangi dosa
adakalanya, bila terbuat balik sesuatu hal yang menyebabkan dosa tu, kita akan terngiang- ngiang kisah- kisah lama.. maka, elakkan dari ulang kesilapan dan usahakan untuk menjauhi perkara tersebut agar kita dapat kekal dalam perubahan..
4. hijrah
pindah, tukar tempat.. dari tempat yang kita biasa bergelumang dengan dosa dan maksiat, ke tempat yang baru.. maka, carilah tempat yang diyakini ada suasana yang dapat membantu kita untuk kekal dalam perubahan..
5. sahabat soleh/ah dan musleh/ah
sahabat memainkan peranan yang sangat penting.. sebab dorongan dan bantuan dari mereka boleh bantu kita untuk kekal dalam perubahan.. maka, carilah sahabat soleh wa musleh yang dapat membantu untuk kita kekal dalam perubahan..
sumber gambar |
teruskan melangkah,
walau sesukar mana cabaran yang dihadapi dalam meneruskan perubahan yang telah menjadi pilihan..
teruskan melangkah,
walau sehebat mana tentangan yang diterima dalam mempertahankan perubahan yang telah menjadi pilihan..
Allah beri sebab Allah tahu,
saya, kamu dan kamu,
mampu untuk hadapinya..
kan? =')
"Jika engkau merasa bahawa segala di sekitarmu gelap dan pekat,
tidakkah engkau curiga bahawa engkaulah yang dikirim oleh Allah untuk menjadi cahaya bagi mereka?
berhentilah mengeluhkan kegelapan itu,
sebab sinarmulah yang sedang mereka nantikan,
maka berkilaulah duhai mujahidah ummah!"
[Salim A. Fillah]
No comments:
Post a Comment