Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam mujahadah penuh rindu buat sahabat- sahabat seperjuangan sekalian, m0ga rahmat, redha dan keampunan Allah swt sentiasa bersama kita. Ameen..
lama tak jenguk blog.. lama tak menulis.. menjadikan saya rasa kekok pula.. huhu..
m0ga Allah izinkan new post ini menjadi post yang dipublishkan nanti.. ameen.. =)
Allah izin, saat ini kan.. saya dah bertukar status....
status apa? meh saya cerita.. nak dengar?
hmm.. adakalanya kan, saya rasa macam tak percaya.. ye ke abah tu?
dari saat melihat abah sampai rumah masa kejadian,
dari saat dimandikan, dikafankan, dikuburkan,
hatta ke saat ini,
adakalanya saya rasa macam abah masih ada bersama..
tapi,
ada juga saatnya tiba- tiba saja teringat..
dan masa tu juga, setakat ini, saya belum mampu menahan mutiara yang gugur..
tak kuat mana pun rupanya saya ni..
mama selalu pesan,
bila teringat,
sedeqahkan Al-Ikhlas pun xapa..
kena doakan abah selalu..
sebab d0a anak soleh terus sampai kepada abah..
m0ga saya jadi anak soleh.. yang tak jemu dan tak penat nak doakan kedua ibu bapa.. ameen..
sebenarnya kan,
saya syukur sangat..
sebab Abah pergi tu, rasa macam mudah sangat..
Alhamdulillah..
ramai sahabat- sahabat, pendidik- pendidik, adik- adik yang mesej..
Jazakumullahukhair atas doa dan Jazakumullahukhair 'ala kulli hal..
saya mohon maaf sebab tak balas mesej- mesej kalian..
saya d0akan m0ga Allah sentiasa bersama kalian.,
Ameen..
(yang tak baca post ni, moga- moga doa saya sampai kepada mereka juga.. ameen.. =) )
sekarang ni,
saya tengah final exam..
semalam baru habis satu paper..
ada lagi beberapa..
sem ni,
mula periksa hari pertama,
habis periksa hari terakhir..
hmm.. sayang kat uni agaknya! hehe
xapa..
nanti mesti rindu saat- saat belajar..
mesti rindu saat- saat rasa susahnya menuntut ilmu..
kan..
saya dah pernah rasa zaman bekerja..
sampai saya rasa nak belaaajaar je boleh tak?
hehe.. ;p
hmm..
hidup ni memang tempat kita belajar pun kan..
tak semestinya belajar tu dalam kelas saja kan..
luar kelas sebenarnya, lagi baaaanyak yang kita belajar.
belajar dari pengalaman hidup..
Allah tarbiyah kita terus..
dan satu perkara kita kena selaaalu ingat..
apa yang kita buat kat dunia ni,
semuanya Allah akan tanya balik..
semuanya Allah akan persoalkan..
semuanya akan dipertanggungjawabkan..
tak kira besar ke kecil amalan yang kita buat tu,
semua Allah akan kira..
Allah tu kan Maha Halus, Maha Membuat Perhitungan..
sebab tu sepanjang hidup ni,
kita nak kena selalu beringat..
jangan sampai kita menyesal kemudian hari..
nanti,
menyesal pun dah tak da guna andai Allah dah panggil kita pulang..
sebab tu la,
sementara masih ada peluang dan kesempatan ni,
mari kita sama- sama,
mohon ampun pada Allah..
Allah suka orang yang menyucikan dirinya..
sumber gambar |
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.." [Asy-Syams: 8-10]
"Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh baginya adalah neraka jahannam. Dia tidak mati (terus merasakan azab) di dalamnya dan tidak (pula) hidup (tidak dapat bertaubat). Tetapi barang siapa datang kepada-Nya dalam keadaan beriman, dan telah mengerjakan kebajikan, maka itulah orang yang memperoleh darjat yang tinggi (mulia), (iaitu) syurga- syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang yang menyucikan diri.." [Taha: 74-76]
jadi,
sementara masih ada masa ni,
j0m kita muhasabah..
j0m kita taubat, mohon ampun pada Allah..
"dan cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan.."
WA
No comments:
Post a Comment