Thursday, September 26, 2024

Biarpun lelah teruslah melangkah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang dengan rahmat & kasih sayang Nya buat kita, walau diberi segala macam nikmat & ujian silih berganti, Dia tidak meninggalkan kita sendirian. Terlebih lagi, yang pasti Dia tidak pernah menzalimi hambaNya. 

Syukur, dengan segala hal yang datang itu terselit pelbagai hikmah dan kebaikan yang besar sebagai panduan & pedoman. Barangkali tidak terlihat hikmah pada masa kejadian, namun bagi yang bersabar dan redha akan dikurniakan kebaikan dan pahala yang besar.

Letih?
Penat?
Stress?

Normal lah tu.

Rasa putus asa?
Rasa nak give up?
Rasa dah tak mampu?

Tak apa, it's okey. Kita tak keseorangan.
Tak ada masalah untuk akui kita rasa tak okey.
Tak perlu malu untuk mencari orang yang dipercayai bagi membantu merawat emosi dan diri menjadi lebih baik.

Ujian dan nikmat,
Kesedihan dan kegembiraan,
Ibarat roda dalam kehidupan.
Akan silih berganti, dan tidak selamanya.




Teruskan bersangka baik dalam ujian yang melanda.
Teruskan berlapang dada terhadap apa yang menimpa.
Teruskan berbuat kebaikan walau lelah datang menerpa.
Kerana segalanya pasti dihitung pahala jika sabar dan redha menjalaninya.

Allah tahu kita telah berusaha.
Allah tahu betapa lelahnya kita.
Allah melihat cara kita melaluinya.
Allah mengira setiap detik yang dilalui dengan sabar dan redha.

Kita tidak keseorangan.
Allah pasti bersama kita.

Thursday, April 7, 2022

Ramadanku Rindu

SEMALAM JADI SEJARAH, HARI INI REALITI, ESOK BELUM PASTI

Semalam
Tiada makanan untuk berbuka Allah hadirkan rezeki melalui jiran yang berkongsi
Hari ini
Allah beri rezeki untuk berkongsi dengan jiran pula
Esok
belum pasti

Semalam
Allah gerakkan hati customer beli dapat untung 3 angka
Hari ini
Allah bagi sale dapat untung RM3
Esok
belum pasti

Semalam 
Allah hadirkan client yang buat menitis air mata kecewa
Hari ini
Allah hadirkan kiriman cinta dari guru sang anak sehingga menitis air mata syukur
Esok
belum pasti

Semalam
hati gelisah tiada bekalan buat yang tercinta
Hari ini
masuk duit upah buat kerja
Esok
belum pasti

Sungguh, rezeki daripada Allah bukanlah semata wang ringgit.
yang bagi ada sales, bagi dapat client, bagi anak berpotensi,
semua tu daripada Allah.

sembang tarbawi lepas asar tadi suami sebut dari sharing yang dia dapat,
Hidup ni bukan semata2 nak cari rezeki.
Hidup bukan untuk mencari rezeki semata-mata.
tapi kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Hidup ini adalah untuk mencari redha Allah.
Kita mencari rezeki demi mencari redha Allah.
Sebab Allah suruh usaha.
tapi bukan itu fokusnya semata.

Cg Azmi dalam sharing di MATRI menyebut persiapan Ramadan,
memetik sebuah hadith riwayat Ahmad yang menyebut 
bulan ini adalah bulan penuh berkah.
bulan diwajibkan berpuasa.
dibuka pintu2 syurga.
ditutup pintu2 neraka.
serta dibelenggu syaitan.
padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
83 tahun yang penuh dengan ibadah total hanya kepada Allah.
dan siapa yang terhalang daripada mendapat kebaikan sesungguhnya,
dia adalah orang yang MALANG.
Allahurabbi. Sentap.



Moga Ramadan kali ini Allah pandu kita.
Menjadikan Ramadan terbaik yang Allah terima amal kita di dalamnya.
Menyucikan jiwa.
Beroleh Rahmah, Keampunan & Pembebasan dari azab api neraka.

Moga jiwa yang penat dengan urusan dunia,
Jadi terubat dengan alunan tilawah yang dibaca.
Terdidik dengan tadabbur yang dicerna.
Terhibur dengan zikrullah yang diperdengarkan sentiasa.
Merasai kelazatan beribadah kepadaNya.
Semuanya demi mencari redha Allah semata.

#muhasabahdiriku

Tuesday, December 1, 2020

Makna Sebuah Pemberian


Apa yang kita ada belum tentu milik kita.
Tapi apa yang kita beri itulah milik kita di sana..

Pemberian adalah ketika kita bisa melahirkan senyum orang lain yang lama tak mengembang di mulutnya.
Pemberian adalah ketika kita memancarkan cahaya di mata orang lain yang sedang memandang kehidupan begitu gelap.
Pemberian adalah ketika kita menanam harap dalam jiwa yang tadinya ringkih kerana kehidupan yang kering.
Pemberian adalah ketika kita berjabat tangan kepada orang yang melakukan kejahatan terhadap peribadi kita.
Pemberian adalah ketika kita berdoa untuk saudara kita dalam kondisi tak seorang pun tahu.
Pemberian adalah ketika kita tidak berburuk sangka dan memberi maaf kepada saudara yang bersalah.

Kehebatan, keagungan, kemegahan, sebenarnya bukan bersandar pada apa yang dimiliki seseorang. Tapi bagaimana ia memberi. Matahari panas membakar. Tapi dia memberi kehidupan menjadi indah melalui cahaya dan kehangatan yang diberinya. Mari perhatikan dan lihat orang-orang sekitar kita. Berapa banyak yang memerlukan pemberian kita?

Tak ada yang lebih indah dari memberi tuntutan untuk tangan orang yang tersesat dalam langkah, 
agar kembali kepada kebenaran dan kebaikan.

Tak ada yang lebih indah dari memberi langkah demi langkah menuju saudara yang ingin kita sematkan kekuatan iman di dalam hatinya.

Tak ada yang lebih indah dari memberi perhatian atas penderitaan orang faqir namun tetap memuliakan diri dengan tidak menampakkan kebutuhannya kepada orang lain.

Tak ada yang lebih indah dari kita memberi rasa atas derita mereka yang alami kezaliman dengan mengatakan pada mereka masih banyak kebaikan di dunia ini, masih banyak orang yang empati dengan deritanya, masih banyak orang yang ingin kebaikan untuk mereka.

Tak ada yang lebih indah dari memberi kesabaran untuk tetap membersamai orang-orang soleh, atau orang-orang yang belajar untuk menjadi soleh, mesti mereka tak kunjung tanpa cela sebagaimana kita.

Tak ada yang lebih indah dari memberi waktu untuk duduk bersama bapak dan ibu yang sudah mulai renta dan merasakan kesedihan.

Dan lain-lain pemberian yang selalu indah. Dan pemberian itulah bentuk tarbiyah yang kita lakukan.

Pemberian kita yang hakikatnya berasal dari pemberian Allah swt. Jika pemberian dari Allah swt yang sudah kita berikan itu diterima, itulah makna pemberian sejati. Jika tidak, bererti kita keliru memberi menurut Yang Maha Pemberi.

~Petikan dari buku " Kita Akan Tetap di Jalan Ini" karangan Muhammad Lili Nur Aulia~

-------------------------------------------------------------------------

MashaAllah..
Indah sungguh makna dari sebuah pemberian.
Jika Allah menerima amal dari pemberian itu, 
Itulah saat yang paling bermakna bagi si pemberi..

Semoga memberi inspirasi untuk menjadi tangan yang memberi.
Aamiin.

Tuesday, June 9, 2020

Hijrah untuk hidup yang lebih baik 💖

Ramai yang pm tanya pasal produk² forever..
ada yang nak beli untuk mak, adik beradik, anak² tak kurang juga beli untuk diri sendiri..

Alhamdulillah cakna & kesedaran untuk hidup dengan lebih sihat dah mula meningkat dalam kalangan masyarakat kita. Almaklumlah, semua pun mengaji tinggi kan.. tambah pula semua di hujung jari.. Nak info google kan aje..

Bagi yang pm saya, perkara pertama yang saya akan cadangkan lepas dapat gambaran permasalahan yang nak diikhtiarkan adalah macamana nak bantu untuk dapatkan produk forever ni dengan harga yang lebih murah.

sebab saya faham, kita nak ikhtiar untuk sihat ni memang perlu pengorbanan wang ringgit kan.. pelaburan untuk masa depan.. tapi macamana nak minimakan kos supaya dapat consume forever ni sehingga Allah izin sembuh dan hidup dengan lebih baik.

Sistem bisnes forever yang mudah dan patuh syariah membuatkan saya jatuh cinta padanya.

Manakan tidak, hanya daftar *RM90*, 
❤️ dapat balik e voucher *RM90* (RM50+RM20+RM20)
❤️ layak diskaun *15%* untuk semua produk walaupun hanya beli satu produk
❤️ tiada syarat kena beli setiap bulan untuk maintain keahlian. makna kata *keahlian seumur hidup!*

Allah.. ruginya saya jika saya tak ajak lebih ramai lagi untuk sistem bisnes yang sangat mudah ni!

Of course lah nak berbisnes takda yang senang. Kena reject, orang mengata ke apa tu kita saja lah yang simpan.. bak kata mami cerry, nak kena hadap 7 gunung baru boleh berjaya 💖

Support group yang saya join ni pun lagi lah best.
Selalu diingatkan pasal detoks hati & fikiran. Dalam Islam pun ditekankan pasal ni tau..
Tazkiyatun Nafs. Bukan kaleng². Islam itu dihayati & dirasai, bukan sekadar di bibir menuturkan zikir, doa, ngaji.. Sentiasa ada taman² syurga bersama mentor.. 
bila kita dah biasa berada dalam biah solehah, kita akan mencari nya setiap waktu dan keadaan hatta dalam bisnes..
percayalah.. 
banyak bezanya..

Produk² forever pun tak kurang hebatnya.
Terdiri daripada makanan sunnah yang memang takleh disangkal lagi kehebatan yang Allah cipta. Aloe Vera (Daun Sabir), Madu, Delima dan macam² lagi lah.. Semua orang pun tahu khasiatnya kan..

Jom beri peluang pada diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Cabar diri untuk jadi lebih hebat dengan maksimakan potensi diri yang Allah beri.. kita tak kan berjaya jika berada dalam zon selesa.

Apalah maknanya jika kita hanya hidup untuk diri sendiri dan keluarga di dunia yang fana ini. Sedangkan dunia tempat mencari bekalan untuk akhirat sana yang pasti dan kekal abadi.

Jom hijrah untuk hidup yang lebih baik di dunia & di akhirat!  ❤️


Jom jadi baik dengan buat baik!

Bismillahirrahmanirrahim..




Jom berlumba2 buat kebaikan 💖

kecil, besar,
semuanya Allah nilai.
yang penting ikhlas & ikut syara' 💞

semoga bermanfaat..^_^