Monday, June 27, 2011

Ayat- Ayat Cinta 2..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak sambung semalam punya.. kali ni bukan dari Kalamullah.. tapi dari hadith dan dari hamba2 Allah yang soleh.. Bagi saya, setiap kata2 itu mempunyai makna dan boleh jadi motivasi di saat kita perlukan (selain Kalamullah).. Dan setiap orang tu berbeza.. ni cara saya.. sebagai peringatan untuk diri saya.. Jadi, mana yang baik tu, boleh ambil buat pedoman dan pengajaran.. mana yang xbaik tu, abaikan saja..


Iman mukmin ajaib
Itulah orang2 mukmin.. Nak capai tahap mukmin pun bukan senang.. kena lalui proses.. Proses Iman..

Dakwah jalan panjang
Dakwah dan Tarbiyah jalan kita.. Sebab kita penyambung tugas Rasul saw.. Moga Allah kekalkan kita di atas jalan ini sehingga akhir hayat.. Ameen..

Jiddiyah pelita hati
Malas bukan sifat orang mukmin.. Nak berjaya kena bersedia.. Sedia berkorban, sedia menanggung derita..

Senyumlah
Walau sehebat mana ujian, senyumlah..Sebab segala yang berlaku tu, pasti ada hikmah di sebaliknya..

Perjuangan itu bukan mudah
Walau perjuangan itu sukar, jangan putus asa.. Sebab kita kena yakin pada janji-Nya..

Serahkan hati pada Allah
Allah tahu yang terbaik..Ya.. Allah tahu yang terbaik..

Tarbiyah hubungkan kita dengan Allah
Allah segala- galanya bagi kita..Allah xrugi sikit pun seandainya kita jauh dari-Nya.. tapi, kita yang akan rugi..

Ujian itu guru
Pengalaman silam mengajar erti hidup.. Ambillah pengajaran walau dari siapa pun..

IstiQamah
IstiQamah satu proses yang boleh jamin kita sentiasa ingat pada Allah.. Semua orang yang pernah lalui tarbiyah tu akan dekat dengan Allah.. Tapi xsemua orang yang pernah lalui tarbiyah itu boleh istiqamah sehingga akhir hayat.. kena banyak doa dan usaha agar kita sentiasa istiqamah..

Jiwa manusia ~MAR~
Usahalah untuk memiliki jiwa yang besar.. Orang yang berjiwa besar akan nampak segala masalah yang datang kecil tapi orang yang berjiwa kecil akan lihat segala masalah yang datang tu besar..

Mehnah di jalan Dakwah
Mehnah itu pasti ada.. Sebab nak berjuang tu perlukan persiapan dan persediaan dan sebab nak raih syurga tu bukan senang..

Teruskan perjuanganmu sahabatku
Kebenaran itu pasti akan menang.. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali khianati orang lain terutama saudara seislam..

Buatmu sahabatku
Ukhwah fillah itu lebih bermakna dari persahabatan kerana dunia.. Rasul saw tu ikutan dan contoh yang terbaik yang Allah hadiahkan buat kita..

Garisan kehidupan
Ini garisan kehidupan kita.. Yang pasti kita semua akan laluinya.. Kena sedar, dunia bukan selamanya..


Kehidupan kita di dunia ni, pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian dan halangan.. Setiap orang pasti hadapinya.. Bentuk ujian mungkin berbeza.. Jalan penyelesaian pun mungkin berbeza.. Cuma yang pasti, setiap orang mesti hadapinya.. Kita kena yakin, ujian yang datang pada kita tu, Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.. Ujian yang datang pada orang lain, maknanya kita xmampu untuk hadapinya.. Segalanya bergantung pada kemampuan kita.. Kan Allah tu lebih tahu pasal diri kita lebih dari diri kita sendiri.. Jadi, apa saja ujian yang dihadapi olehmu sahabatku saat ini, yakinlah.. kamu pasti bisa menghadapinya.. Jangan mudah putus asa.. Jalan penyelesaian itu pasti ada.. Allah uji tu kan tanda Allah sayang.. Allah nak kita lebih dekat dan makin dekat dengan-Nya..

~Moga Allah mudahkan dan beri kekuatan pada kita semua..ameen..~
~~Saling mendoakan duhai sahabatku.. moga kita istiQamah dan jaga HdA sokmo..~~
~Saya mohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan saya.. saya cuma insan biasa..~
~~Orang yang rugi adalah orang yang Allah masukkan dalam neraka.. Itulah kerugian yang sebenar benarnya.. Orang yang untung adalah orang yang Allah pilih untuk masuk syurga.. Itulah pula keuntungan yang sebenar benarnya..!~~

wassalam..

Sunday, June 26, 2011

Ayat- ayat Cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama tidak menjenguk blog.. bila dah lama, maklum sajalah.. idea pun xnak keluar.. tangan pun dah kaku.. Jadi, rasanya hari ni, saya nak kongsikan ayat2 motivasi yang biasa kita dengar.. tapi, nak lebih mudah, saya buat dalam bentuk gambar.. sebelum ni pun, banyak yang saya dah masukkan dalam post2 sebelum ni.. dan kali ni, saya masukkan koleksi yang saya sempat buat sebelum ni.. dah lama xtambah buat yang baru..  tp xpe.. terimalah seadanya ya.. :)

Al- BaQarah:153
Semua orang akan hadapi ujian.. yang beza cuma besar-kecil, berat-ringan ujian tersebut.. Bergantung pada kemampuan dan tahap keimanan seseorang tu.. Nak hadapi ujian, kena minta pada Pemberi Ujian sebab segala jawapan dan jalan keluar dalam rahsia-Nya..

Al-BaQarah:186

Allah tu dekat saja dengan kita.. cuma kita yang xsedar.. jadi, sama2 lah kita yakin pada janji-Nya.. :)

Al-BaQarah:208

Islam tu bukan angan2, bukan sekadar yang diucap pada lidah.. tapi juga yang diyakini dalam hati dan yang diperlihatkan dengan amal..

Al-BaQarah:216
Banyak rahsia dalam hidup ni yang mungkin kita xnampak hikmah-Nya.. Sangka baik dan redha tu jalan yang terbaik.. :)


Ali 'Imran:139
Allah sentiasa bersama kita.. Jadi, selagi kita masih taat dan patuh pada Allah, xda apa yang perlu kita risau kan.. :)

Al-Kahfi:110
Hidup kita ada akhirnya.. kita datang daripada Allah, dan kita akan kembali kepada Allah..

Asy-Syams:8-10

Setiap orang, diberi ilham oleh Allah.. sama ada nak jadi xbaik atau nak jadi baik.. kita yang pilih jalan tu.. kena banyak doa..

Asy-Syu'ara':88-89

Hati yang bersih bukan senang kita nak dapat.. kena usaha.. kena mujahadah.. kena kuat.. kena istiQamah.. tapi segalanya untuk kebaikan kita kat akhirat sana..

At-Taghabun:11

Segalanya milik Allah.. kita hanya mampu doa dan doa dan doa moga Allah berikan yang terbaik buat kita..

At-Taubah:41
Allah xlihat pada hasil atau natijah.. tapi pada usaha yang kita buat.. jadi, setiap apa yang kita buat tu, ikatlah dengan Allah.. baru akan dapat barakah..

Bila kita rasa lemah, xda lain yang boleh jadi penguat bagi jiwa kita, melainkan kita kembali kepada Allah.. kembali meneliti ayat2 Allah.. Baru jiwa akan tenang.. Segala ujian bukan tanda Allah tu kejam, tapi tanda Allah sayang.. mungkin kita cakap senang, tapi nak hadapi tu yang susah.. Itu lah sebabnya kita kena usaha, kena mujahadah, kena kuat sentiasa.. agar apa saja yang berlaku, kita boleh lihat dari kacamata iman.. kita boleh pandang dari sudut yang positif.. Insha Allah..

~Sekadar peringatan untuk diri saya yang selalu lupa..~
~~Untuk lebih tadabbur Quran, lebih molek kiranya kita rujuk pada tafsir karangan ulama' muktabar.. Tafsir Fi zilal, tafsir Ibn Kathir dll..~~
~koleksi gambar motivasi ada lagi.. cuma ini dulu setakat ini..~
~~nak lemah, atau nak kuat, kita yang pilih..!~~

wassalam..

semoga bermanfaat..^_^