Wednesday, February 23, 2011

terus bertahan wahai diri..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hati ini luka dengan dosa dan karat2 jahiliyah yang masih ada..T_T

Hati ini lagi terluka dengan suasana dan situasi yang tidak mampu mengisi kekosongan hati manusia..T_T


Saya tak dapat nikmati 3 benda utama sejak Allah campakkan saya di sini..

1] Murabbi Mithali

2] Qudwah Hasanah

3] Biah Solehah


m0ga Allah tunjukkan jalan bagi saya dalam menghadapi situasi ini..
m0ga Allah bantu saya dalam menjaga hati..
m0ga Allah beri saya kekuatan agar terus bertahan dalam perjuangan ini..
m0ga Allah kuatkan hati saya untuk terus mentaati-Nya..
m0ga Allah terus memilih saya sebagai salah seorang pejuang deen ini..
m0ga Allah sentiasa bersama saya..

Ameen.. Ameen.. Ameen..

saya tahu, saya perlu dan mesti terus bertahan.. sebab ini peluang amal saya.. Allah tahu saya mampu kan..T_T

d0akan saya..T_T


~saya akan menyepi buat sementara waktu.. Insha Allah bila berkesempatan nanti, saya akan kembali untuk kongsikan suatu perkara penting dalam kehidupan kita.. "rahsia dalam kehidupan".. sebenarnya, nak post dalam masa terdekat.. tapi, dalam situasi saya sekarang ni, mungkin terpaksa tangguh lagi..maaf..~
~~maafkan saya atas segala salah dan silap saya padamu sahabatku.. sama ada saya sedar atau tidak, maafkan saya.. d0akan saya kuat ya.. terima kasih atas segalanya~~

Tuesday, February 22, 2011

warna warni kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Indahnya mukmin itu..
Bilamana dia buntu, dia menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Mengurus.
Apabila dia sedih, lalu tangisnya diaju pada-Nya Yang Maha Mendengar.
Apabila dia keliru dalam memilih, maka dia kembali kepada-Nya yang bersifat SATU!
Lalu Allah mengurus dan menyempurnakan segala hal mukmin itu.
Malah menambah akan hal- hal yang datang dari sudut yang tak disangka- sangka, Dia memujuk hamba-Nya dengan janji- janji-Nya dan Dia membuat pilihan bagi hamba-Nya..
Allah suka padanya, lalu ketenangan menyelubungi hatinya.."


~M0ga Allah mengurniakan ketenangan pada hatimu ukhti habibati..~

Sedang saya menaip ini, terdengar alunan nasyid dendangan The Zikr yang bertajuk Kehidupan..Nasyid yang telah dinyanyikan semula oleh kumpulan Inteam dan Nazrey xRaihan..
Ya..Benar..
Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..
(Boleh rujuk lirik nasyid tersebut untuk lebih mendalami maknanya)

Jadi, istimewa buat saya, kamu dan kamu juga yang sedang diuji saat ini..
Sedarilah bahawa, ujian dan dugaan yang menimpa kita semua pastinya terselit hikmah yang Allah nak beri pada kita.. Walau mungkin ujian dan dugaan kita berbeza bentuk, cara dan situasi dari Allah, namun yakinlah bahawa, segalanya pasti terdapat sesuatu yang dapat kita belajar dan ambil pengajaran daripadanya..

Saat kita diuji itu adalah saatnya Allah mahu bukti daripada kita..
Sepertimana firman Allah;

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang- orang yang benar dan pasti mengetahui orang- orang yang dusta." [Al-Ankabut:2-3]



Setiap orang, pasti ada cara dan kaedah masing- masing dalam memujuk diri agar terus tabah dan redha dengan ujian dari-Nya..
Alhamdulillah.. saat ini, hati saya tidak lagi diselubungi mendung semalam.. Cara saya, d0a sungguh2 dari hati dan menangis mengadu pada Pemilik Hati.. Alhamdulillah.. Allah beri ketenangan dan saya boleh kembali bertatih dalam meneruskan kehidupan.. saya sedar, ubatnya hanyalah kembali kepada Yang Maha Kuat.. kerana tiada daya dan upaya melainkan hanya daripada Allah swt..
yang membuatkan kita berterusan dalam kesedihan adakalanya hanyalah perasaan sendiri.. Maka, kita kena lawan rasa hati yang negatif itu.. Jangan biarkan ia membelenggu hati dan perasaan kita.. kerana saat itu, syaitan juga akan mengambil peluang.. supaya kita terus lemah, lemah dan lemah.. jadi, kita tak boleh terus lemah..!!

Anggaplah segala yang hadir, merupakan lakaran- lakaran yang mewarnai kehidupan kita.. Ibarat kertas putih kosong, pastilah tiada seri.. Maka cabaran dan dugaan itu adalah lukisan yang memenuhi kertas kosong itu tadi.. Penuh dengan warna warni, pastinya lebih menarik dan membuatkan kehidupan kita lebih bermakna..! Insha Allah..:)


Sama2 terus tabah ya..^_^

saling mend0akan..
kerna d0a itu senjata mukmin..!

m0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan kepada saya, kepada kalian juga..:)

wassalam..

Sunday, February 20, 2011

mencuba untuk bangkit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangkitlah duhai diri..
Tiada gunanya mengenang dan memikirkan hal yang tidak pasti..
Bila tiba waktunya, pasti dikau kan tahu juga..
Allah itu Maha Adil..

Cukuplah..Biarkan ia berlalu..
Pasti Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik buatmu..
Memang..bukan senang nak hilangkan perasaan ini..
Tapi, yakinlah..serahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui..

Segalanya masih menjadi rahsia-Nya kini..
Bila tiba saatnya, pasti kebenaran itu kan terserlah jua..
Anggaplah ia cuma sejarah hidupmu yang akan datang dan pergi..
walau perit untuk menerima hakikatnya, cubalah untuk pasrah menerima..

Bangkitlah duhai diri..
Kerna di bahumu tergalas tanggungjawab berat..
Yang perlu dikau tunaikan dan laksanakan sebaik mungkin..
Jangan kerana hal seremeh ini, dikau kecundang dan lemah..

Yakinlah.. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
Serahkan segalanya pada Allah saja..


~~bukan pantun, bukan puisi.. cuma sekadar monolog dalam jiwa sebagai nasihat buat diri~~
d0akan saya kuat ya sahabat2ku..
T_T ---> ^_^
hidup perlu diteruskan.. chaiy0k..!!
rentetan dari ini..

m0ga es0k masih ada sinar..T_T

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sem0ga sahabat2 saya sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..Ameen..

Dear sahabat2ku..

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan- angan.." [HR Bukhari dan Muslim]

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini, macam2 yang saya belajar.. Tapi banyak lagi benda yang saya tak tahu.. Kita boleh belajar dari pengalaman hidup sendiri mahupun dari pengalaman hidup orang lain.. Semua benda yang berlaku, pasti ada hikmah dari-Nya..

~sekadar nak kongsi cerita~

Baru2 ni, ada satu peristiwa yang berlaku, yang menyedarkan saya bahawa Allah itu Maha Adil.. Apa yang kita beri, kita akan dapat balik..
Kita sayang orang, orang akan sayang kita..
Kita hormat orang, orang akan hormat kita..
Kita suka kawan dengan orang, orang akan suka kawan dengan kita..
Macam tu juga lah sebaliknya..
Semua orang tahu kan..

Tapi, saya bukan nak cakap pasal tu..

Allah uji saya..
Orang yang saya tak berapa suka (bukan benci cuma tak senang dengan apa yang dia buat), buat 1 perkara..tapi, dalam masa yang sama rupanya, orang yang saya suka buat benda yang sama juga pada orang lain.. Apa yang saya nak buat ek??

Tapi, saya tak nak buat kesimpulan sendiri.. Sebab bagi saya, hal2 macam ni, saya nak dengar dari mulut dia sendiri.. Biarlah masa yang menentukan.. Ada jodoh ada laa..hmm..

Saya jadi terfikir..

Bila kita sukakan seseorang,
sebab sifat pemurahnya.. Adakah bila dia jadi kedekut kita dah tak suka dia?
sebab akhlak baiknya.. Adakah bila akhlak dia dah berubah jadi tak baik kita dah tak suka dia?
sebab dia jaga batasan dalam perhubungan.. Adakah bila dia dah tak jaga batasan dalam perhubungan kita dah tak suka pada dia?
sebab dia cantik/hensem.. Adakah bila Allah dah tarik nikmat cantik/hensem tu kita dah tak suka pada dia?
dan macam2 sebab lagi laa..

Jadi, sebab yang kukuh hanya bila kita sayang dia kerana Allah..
tak kira macam mana pun dia, kita boleh terima dia seadanya..

Apa yang saya nak ceritakan sebenarnya??

Saya nak ajak diri saya dan sahabat2 sekalian..
Marilah kita fikirkan dan renung kembali..
Marilah kita sama2 mengikhlaskan niat kita, memurnikan jiwa kita, menjernihkan hati kita, agar kita buat apa pun, buatlah kerana Allah..

Ketahui dan ingatlah bahawa, segala apa yang kita buat, Allah akan balas..

"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.." [Az-Zalzalah:7-8]

Itu yang Allah janji..

wassalam


~saya nak tulis panjang lagi.. tapi tak boleh nak tulis dah.. saya tak nak fikir pasal benda ni lagi..T_T~
~~sedang berfikir, apa yang Allah nak tunjuk pada saya sebenarnya..??~~

Monday, February 14, 2011

kenangan indah..^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak cerita pengalaman saya, dapat bersama j0in aktiviti rehlah keluarga hari sabtu dan ahad hari tu.. Alhamdulillah..walaupun rasa sat sangat, tapi bahagia, seronok sangat..lama xjumpa murabbi2.. sahabat2 seperjuangan juga...Alhamdulillah.. syukur sangat.. Bila dapat jumpa orang yang Qawie ni, rasa seronok sangat..xtahu nak gambarkan macam mana..

Malam tu, sambil2 makan BBQ-ada ayam, ikan, udang dan sotong bakar, berkongsi pengalaman dan cerita dengan sahabat2 saya..Alhamdulillah.. sangat seronok..hehe..waktu makan adalah waktu bercerita..hehe.. macam2 cerita dan pengalaman yang dikongsikan seorang senior saya ni.. dari kenangan2 zaman sekolah, sampai laa pengalaman dia jadi ibu, semuanya dikongsikan sampaikan kami adalah orang yang paling last keluar dari tempat makan..hehe:D

Pagi ahad tu, sambil2 mengisi masa yang ada, saya x lepaskan peluang j0in aktiviti riadhah di pantai..main bola jaring (orang jadi tiang gol..hehe), main game bola versi baru (beSt dan menarik, xpernah main cara tu sebelum ni).. Alhamdulillah.. dah lama x berlari2.. jauh juga 'tiang gol' bola jaring tu..huhu.. lepas tu, saat yang ditunggu2.. apa dia?? game dalam air..!! dari petang sabtu saya geram tengok pantai tu..jadi, apa lagi..hehehe.. dalam air, saya main bola.. dengan adik2 semuanya.. sebab sahabat2 sebaya saya x nak masuk air.. hehe.. disebabkan saya yang paling tua (masa dalam air tu), dan yang paling tinggi juga, saya jadi 'kepala kereta api'..hehe.. sorang adik berpaut belakang saya, (sebab dia dah xcecah tanah) manakala kawan2nya yang lain beratur di belakang dan berjalan mengikut saya.. Alhamdulillah..sangat laa seronok..dah lama sebenarnya saya teringin nak mandi pantai ni.. Alhamdulillah.. berkesempatan juga.. Dengan pemandangan yang cantik dan menenangkan hati, rasa terlupa seketika segala beban..huhu..

Allah izin pulak, pada masa yang sama, guru2 matri juga ada hari keluarga di tempat yang sama.. dapat jumpa murabbi2 Qawie, sangatlah menyenangkan hati saya..Alhamdulillah.. melihat aktiviti pantai dan sukaneka yang dijalankan oleh mereka, sorak tawa dan senda gurau mereka, membuatkan saya merindui zaman persekolahan dulu.. dah lama saya x ziarah sekolah saya itu.. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan murabbi2 yang sangat saya rindui..
Syukur sangat..Allah izin, saya sempat sembang dengan seorang guru yang menjadi salah seorang guru kesayangan saya.. rasa macam seolah2 dapat semangat baru pula..hehe.. Alhamdulillah.. rasa dihidupkan kembali.. syukur sangat..

Adik2 kecil juga ramai masa tu.. Melihat kerenah dan gelagat mereka, membuatkan saya rasa seronok dan terhibur..adik2 kecil yang masih suci jiwa dan hatinya.. m0ga kalian jadi anak2 yang soleh dan solehah.. Insha Allah.. teringat zaman kanak2 dulu..huhu

Hmm..Petang tu, rasa macam xnak balik u..tapi, ada tanggungjawab yang masih digalas.. sampai je asrama, letak beg pastu terus bergegas ke masjid sebab ada meeting.. m0ga kesibukan ni makin mendekatkan saya dengan Allah swt.. Balik meeting, dah mula rasa sedikit stress.. dengan segala tugasan yang bertimbun atas meja.. tapi, Alhamdulillah.. lepas susun balik jadual gerak kerja, xda la tertekan sangat.. Apa pun, saya kena ingat,
DAKWAH dan TARBIYAH itu n0 1, tapi TAK BERMAKNA akademik n0 2..
AKADEMIK itu n0 1, tapi TAK BERMAKNA dakwah dan tarbiyah itu n0 2..

Saya kena seimbangkan antara keduanya..TAWAZUN..


Final exam makin menghampiri.. Awal Mac nanti..lebih kurang 3 minggu je lagi.. Hmmm..Allah izin juga, ujian yang sama sedang melanda diri.. sama macam situasi masa final sem lepas.. m0ga Allah mudahkan dan lindungi saya dari kemurkaan-Nya.. Ameen..

Sebenarnya, saya selalu elak bila nak fikir bab 'ni'.. tapi, entahla.. Allah izin ujian yang sama datang kali ni.. Saya tahu, saya bukan yang terbaik.. Saya cuma mampu usaha untuk jadi yang terbaik.. Tapi, bila masuk bab hati dan perasaan ni, ia bukan satu perkara yang boleh dipaksa2.. Saya cuma d0a, Allah beri yang terbaik buat saya, keluarga saya, deen saya, dunia dan akhirat saya.. Hmmm.. m0ga Allah tunjukkan jalan keluar buat saya, yang terbaik di sisi-Nya..Ameen..

0h..tak boleh lama2.. es0k dan minggu2 akan datang, ada tugasan besar yang menanti.. m0ga Allah mudahkan urusan kami.. Ameen.. m0ga sedikit amalan yang kami buat ini, Allah terima sebagai amal Qawie yang menjadi saham di akhirat kelak.. Ameen..

M0ga kesibukan ini, semakin mendekatkan saya dengan Allah swt..Ameen.. Hanya Redha Allah yang dicari di dalam hidup ini.. m0ga dipermudahkan dan diberi kekuatan.. ameen..

d0akan saya ya..^_^

m0ga Allah redha..

wassalam..

sumber gambar
--> gambar di pantai xda..jadi xdapat laa nak tunjuk pemandangan pantai yang menarik itu..huhu

Friday, February 11, 2011

keep istiQamah..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Berada dalam suasana apa sekalipun, tiada yang bisa mengisi kekosongan hati melainkan bila melalui proses tarbiyah.."

Ya..
Benar..
Hati ini akan rasa kosong bila tidak diisi..
Kita selalu isi perut dengan makanan..
Tapi jarang sekali kita perhatikan..
Apakah hati kita ini, telah diberi makanan rohani..??
Malang sekali bagi diri.. jika hanya makanan perut yang dititikberatkan..

Tapi, saya sedar.. itulah realiti kini..
Dunia disibukkan dengan suasana yang menghimpit untuk lebih disibukkan mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian..
Tapi, makanan bagi rohani, tidak semua yang mencari dan gigih untuk terus mengisinya.. Hanya yang benar- benar sedar akan keperluannya akan berusaha mencari..

duhai sahabat2 seperjuanganku..

walau di mana kita berada, kita tetap di bawah bumbung langit yang sama..
walau di mana pun Allah letakkan kita, kita tetap buat kerja yang sama..!!
sama2 terus perjuangkan Islam dari sudut dan posisi masing2..
yang penting, semua kena buat kerja..!


Saya sedar.. pasti akan ada masa kita lemah, ada masa kita kuat.. Semua orang akan alami saat lemah dan saat kuat.. Apa yang penting ialah, di saat kita kuat, kita kena sentiasa istiqamah, usaha dan mujahadah agar mampu untuk terus2an kuat.. Andai tiba saat kita lemah pula, carilah jalan agar kita bisa bangkit kembali..
Andai perlu bertatih, bertatihlah.. Andai perlu merangkak, merangkaklah.. Andai perlu berjalan, berjalanlah.. Andai perlu berlari, berlarilah..


Perlu kita muhasabah kembali, adakah kuat kita itu, kuat kerana semangat semata2, atau kerana kefahaman yang sebenar2nya.. Semaklah kembali hatimu.. Kita kuat, bukan sebab semangat semata2 sebenarnya.. tapi kita kena kuat berlandaskan kefahaman dan kesedaran kita.. Baru lah Insha Allah, kita susah sikit nak lemah.. Sebab kita tahu punca dan sebab kita kuat.. Kita jelas matlamat, kita jelas tujuan dan apa yang kita nak capai..


Buat saya, kamu dan kamu, yang tengah lemah, yang tengah usaha untuk bangkit kembali, ayuh! Marilah sama2 kita tingkatkan diri, usaha agar kehidupan kita setiap saat dan ketika berada di landasan yang benar dan tidak terpesong dari apa yang telah Rasul saw gariskan..

Banyakkan tadabbur Al- Quran, banyakkan d0a, banyakkan muhasabah..
Semoga Allah pandu kita agar bisa terus kuat dan istiqamah..


Jadi, ayuh sama2 kita istiqamah..:)

wassalam..

pesat itu medan amal..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama tidak menulis,lama tidak menjengah ke alam maya..
Alhamdulillah, masih punya peluang hari ini..

Semalam, saya berkesempatan untuk bertemu dengan adik2 pesat saya. Alhamdulillah, pertemuan awal yang baik, dengan respon yang baik.. Kerjasama dan perhatian yang mereka berikan amat menarik minat saya untuk lebih mengenali dan mendalami isi hati mereka.. Insha Allah, ikatan ukhwah ini bukan sekadar naqibah dengan ahlinya, tapi bagai kakak dengan adik2nya.. Itu yang saya harapkan.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur dipertemukan dengan mereka.. Saya sedar, saya bukanlah yang terbaik, namun saya akan cuba sedaya upaya saya sebaik mungkin dalam menyampaikan ilmu dan sedikit kefahaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama mereka.. Insha Allah.. :)


Saya sedar, kita semua juga perlu sedar bahawa setiap orang itu berbeza ciri dan perwatakannya, cara berfikir dan percakapannya, gaya dan macam2 lagi laa..semua nya X SAMA kan.. (mungkin ada la yang sama kat mana2 sedikit sebanyak tu) jadi maknanya, kita xleh gunakan cara yang sama untuk semua orang.. contohnya, ada orang boleh terima bila kita guna cara A, ada orang boleh terima bila kita guna cara B.. atas diri masing2 laa kan.. Sebab tu laa bagi saya, xkisah la guna cara apa sekalipun, yang penting xlanggar syara'.. kan.. xda guna kita bertelagah pada hal2 yang xmendatangkan kebaikan pun.. buang masa ada la..hmm.. jadi, terimalah seadanya.. (eh..jap..ada kaitan x..?? huhu)

Bila kita dalam usaha untuk kenal dengan seseorang, ianya pasti akan ambil masa.. Nak kenal dia dengan sebenar2nya, ambil masa.. Bukan sekadar sehari dua.. Tapi, proses yang paling penting pada permulaan perkenalan adalah, kita tautkan hati kita dengan dia terlebih dahulu.. Bina jambatan hati antara kita dan dia.. Dan penting juga pada peringkat permulaan perkenalan ini, kita tidak membuat penilaian awal terhadap dia.. Kenapa? Sebab, bila kita awal2 lagi dah buat penilaian pada dia, proses perkenalan yang seterusnya akan jadi terlindung oleh penilaian awal tadi.. Kira kita dah bina benteng antara kita dengan dia, dan susah sikit nak kenal dia betul2..

Dalam dunia ni, Allah janji pasti akan ada satu golongan yang menyeru kepada-Nya.. Maknanya juga, pasti akan ada hati2 yang masih berhajat untuk kembali kepada Allah, berubah kearah yang lebih baik... pasti ada.. cuma hati2 sebegitu, perlu kita selidiki dan cari agar kita bisa membantu dan berkongsi dengan mereka.. Jadi, saya kira, pesat ini adalah satu peluang dan kesempatan yang sangat baik untuk kita jadikan adik2 ahli pesat kita sebagai medan amal.. Medan untuk mendekatkan diri kita dan mereka kepada Allah swt.. Insha Allah..

Allah telah beri peluang, Allah telah beri kesempatan untuk kita, sama2 tingkatkan diri, perbaiki diri dan sama2 menyeru dan mengajak orang lain untuk sama2 kembali kepada Allah swt.. Tinggal kita saja.. Nak ambil peluang ini dengan sepenuhnya, atau sambil lewa cuma..

Semoga kita sama2 terus berusaha, bertepatan dengan kata Sheikh Mustafa Masyhur, "Perbaiki diri kamu, dan serulah orang lain".. Kita baiki, ubah dan tingkatkan diri kita, dalam masa yang sama kita ajak, seru dan panggil orang lain juga agar menyertai dan bersama kita untuk kembali kepada Allah swt.. Kembali kepada fitrah kita yang asal.. Insha Allah..


Semoga Allah meredhai sedikit usaha yang kita buat ini, agar kita makin dekat dengan Allah swt.. Tiadalah lain yang dikejari, melainkan hanyalah redha Allah swt.. Teringat pesan seorang murabbi saya, "Bila kita buat kerja Islam, Allah pasti akan bantu kita.. yang penting kita kena IKHLAS.."

Sedikit peringatan buat diri..
semoga terus teguh berdiri di atas jalan DnT ini..
selamanya..Ameen..

wassalam..

Pesat ---> usrah, study circle, halaqah dan yang sama waktu dengannya
Sumber gambar

semoga bermanfaat..^_^